Monday, November 19, 2012

♫ At Skyfaaaaall ♫

     Menonton Skyfall, filem James Bond yang terbaru, beberapa hari yang lepas. Agak terlambat rasanya kalau nak berbicara tentang jalan cerita filem ini kerana hampir semua orang yang aku kenal sudah tonton filem ini di pawagam, jadi aku tidak akan menulis tentang itu... huhu. I mean, siapa yang belum tengok? One word to describe the movie... GREAT!

     Setiap kali keluar jer filem James Bond yang terbaru, aku pasti teruja nak mendengar lagu soundtracknya yang seksi dan misterius. Of course nothing can beat Diamonds Are Forever yang dinyanyikan oleh Shirley Bassey untuk filem James Bond, Diamonds Are Forever (1971). Evergreen! Berikut adalah tiga lagu 'James Bond' kegemaran aku, yang memberi 'life' kepada filem itu sendiri...

Sheryl Crow ~ Tomorrow Never Dies

Tina Turner ~ GoldenEye

... and of course.. Adele ~ Skyfall (addicted to this song
at the moment).


P/S: Gosh... Daniel Craig always looks so good in a tux! Let's just not talk about his body... (jealous).



Thursday, November 15, 2012

Maal Hijrah 1434



     Tahun demi tahun berlalu, umur pun makin meningkat. Suntiklah diri anda dengan harapan, bukan dengan botox... hehehe...

     Salam Maal Hijrah. Azam baru? Tidak ada azam yang ekstrem yang mahu aku capai. Cuma mahu jadi yang lebih baik dari sebelumnya, disenangi kawan-kawan dan disayangi keluarga. Ya, aku dalam proses untuk 'berhijrah' ke arah sesuatu yang lebih baik. Biarlah perlahan-lahan. Nak berubah secara drastik nanti orang kata aku gila isim pula. Ikhlaslah, jangan memaksa diri. Semoga segala niat yang baik akan diberkati dan dimakbulkan oleh Nya. Amin.

Friday, November 9, 2012

Fine! Aku jiwang

     Orang kata aku jiwang bila dengar lagu-lagu melayu. Ya, mungkin. Tetapi adakah dengan mendengar lagu-lagu Bahasa Inggeris, anda sudah cukup cool? Tidak pernah terfikirkah anda, jika lagu-lagu bahasa Inggeris itu diterjemahkan  ke bahasa Melayu... ia akan jadi 2 kali lebih jiwang dari lagu-lagu melayu yang sedia ada. Mari kita terjemahkan sedikit lirik lagu-lagu bahasa Inggeris di bawah ke bahasa Melayu...

 (chorus)
 aku tidak peduli siapa engkau
dari mana kau datang
apa yang kau lakukan
asalkan kau cinta padaku


(chorus)
aku baru berjumpa dengan mu
ini semua gila! 
tapi ambillah nomborku
mungkinkah kau akan menghubungiku?


(Intro)
Sebelum ini kau disini 
di saat itu tidak mampu ku merenung matamu 
kau seperti bidadari
kulitmu membuatkan ku menangis
kau terapung seperti bulu, di dalam dunia yang indah
alangkah bagusnya kalau aku istimewa, sesungguhnya kau sangat istimewa


     Jiwang bukan? Ya, anda juga jiwang seperti saya. LOL! Orang kata 'don't jugde a book by it's cover'... but in this case, 'don't judge a song by its language'. Just enjoy it while you can lohh. Me? Aku suka rock, oldies... Beatles, Creedence Clearwater Revival, Nirvana etc. Tapi sebenarnya, kalau lagu itu sedap pada telinga aku, genre apa pun, dalam bahasa apa pun, walau dari negara Uganda sekalipun... AKU LAYAN JER! :-)

P/S: I see things differently...


Fatwa Pujangga