Wednesday, March 5, 2014

Bo bo bo bo botak...

 
Tiada mood...
 
     Kesian kat blog aku ni. Agak lama juga aku tinggalkan blog ini tanpa entri baru. Maaflah, aku mungkir janji pada blog sendiri... hehe. Aku agak sibuk dengan kerja sejak kebelakangan ini. Mood blogging itu hilang buat sementara. Aku ada menonton filem Sejoli di pawagam baru-baru ini, tapi tak ada mood pula untuk buat review tentangnya. Apa yang aku boleh katakan, filem Sejoli adalah sebuah filem yang beruntung kerana dibarisi pelakon-pelakon A list. Kalaulah filem ini dilakonlah oleh pelakon-pelakon kurang dikenali, mungkin dengan mudah filem ini dilabel sebagai filem cheesy. Itu kenyataan. Mujurlah lakonan Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak dan Izara Aisyah bagus dan berupaya menguatkan jalan cerita. Jadi isu filem ini cheesy tidak timbul. Ini pendapat peribadi sahaja. Maaf kalau ada yang tidak setuju.
 
Tiada lagi 'guna jari pun boleh'...

     Ramai yang bertanya kenapa aku membuat keputusan drastik untuk membotakkan kepala, kerana di kalangan teman-teman dan keluarga, aku dikenali sebagai seorang yang 'terlalu menyayangi rambut'. Timbul pertanyaan demi pertanyaan. "What happen to you?" "Kenapa botak?" "Kau sakit ke?" Tidak ada sebab-sebab tertentu sebenarnya. Aku cuma mahu menukar gaya rambut yang rasanya dari zaman kolej lagi tidak pernah ditukar. Bosan juga melihat sesuatu yang sama hari-hari. Jadi aku memutuskan untuk membotakkan kepala. Mungkin juga kerana faktor kepanasan melampau yang melanda negara kini, membuatkan aku tidak ragu-ragu untuk membotakkan kepala. Tidak ragu-ragu? Oh mungkin ada sedikit keraguan. Khuatir kalau-kalau aku kelihatan seperti lollipop dengan kepala yang bulat. Sempat aku sms pada kawan, "Ok tak kalau saya botak?" beberapa minit sebelum rambut aku 'dikorbankan'. Berdebar-debar juga sebelum nak potong. Aku rasa penggunting rambut itu pun tahu perasaan aku ketika itu. Dengan tangan kanannya memegang mesin pemotong rambut yang sudah di switch on, sempat lagi dia tanya "Is it your first time?" Hmm...teringat dialog epik Normah Damanhuri dalam filem Songlap "pertama kali ke dik?" Selepas ini tiadalah lagi aksi-aksi 'guna jari pun boleh' semasa bersyampu....

Gambar selepas beberapa hari botak. Rambut sudah tumbuh sedikit.
Macam carpet.
 
Tiada lagi malu-malu berselfie...
 
 
Rajin pulak aku ber selfie sejak botak ni. Laptop selfie pula tu. Aku ni dah kenapa?


P/S: Sedangkan pantai lagi berubah...



Monday, February 17, 2014

LEGO dan Kawanku Yang Awesome

 

     The Lego Movie, adalah filem terakhir yang aku tonton di pawagam bersama kawan baik/movie buddy, sebelum beliau berpindah ke Sabah atas tuntutan kerja. Sedih. Am I being too dramatic here? Ya, maybe. Macamlah aku tak boleh tengok wayang dengan orang lain kan selepas ini? Tapi, kawan yang baik adalah kawan yang mampu memberi impak kepada sesebuah persahabatan itu. Anda akan terasa kehilangannya, apabila tidak ada lagi orang yang akan menceriakan hari-hari anda. Kalau anda punya kawan baik, anda tahu bagaimana rasa berpisah dengannya. Kalau tidak, anda memang tidak punya perasaan. Oleh itu, aku dengan sukacitanya ingin menganjurkan peraduan...

'WHO WANTS TO BE MY NEW BFF?'
(tetiba)
 
     Just kidding. Lol! Jee Fairuz, kau ingat kau Paris Hilton?! Jangan risau sahabatku, dengan siapa pun aku keluar dan menonton wayang selepas ini, kau takkan ada pengganti. I love you my friend. Wish you all the best! We'll meet again someday. Itu pasti!
 
     Okay, tak banyak yang aku mahu ceritakan tentang Lego Movie ini. Penonton tahu kenapa mereka memilih untuk menonton filem ini. Lego Movie adalah sebuah tontonan ringan yang bagi aku tidak perlu dikritik kerana filem seperti ini sememangnya bertujuan untuk menceriakan penontonnya.  Tidak ada apa yang 'wrong' dalam filem ini. Ceria-ceriakanlah diri menontonnya dan ketawalah bersama dengan keluarga dan teman tersayang.

     Filem animasi The Lego Movie mengisahkan tentang Emmet, minifigure LEGO yang tersilap dianggap sebagai Master Builder yang hebat dan  berupaya untuk menyelamatkan dunia. Bersama-sama dengan minifigure LEGO yang lain, Wyldstyle, Batman etc., mereka berusaha untuk menghentikan perbuatan kejam President Bussiness ke atas dunia LEGO. Perjalanan mereka yang kurang persediaan itu mengalami pelbagai rintangan dan kejadian yang melucukan. Klik SINI untuk trailer The LEGO Movie.
 
 
ANYBODY CAN LOVE YOUR LOOKS,
BUT IT'S YOUR HEART AND PERSONALITY
THAT MAKES SOMEONE STAY WITH YOU.


 

Monday, February 10, 2014

Jumpa Frankenstein Di Putrajaya


     Aku jalan-jalan di Putrajaya pada cuti Hari Wilayah baru-baru ini bersama kawan (classmate masa di kolej dulu) yang sudah lama tak berjumpa. Alang-alang berada di Putrajaya, singgah di Alamanda untuk menonton wayang. Tajuk filem yang aku tonton sangat cool. I, Frankenstein. Sila sebut dengan penuh bergaya ala-ala "Bond... James Bond."


     Berdasarkan novel grafik " I, Frankenstein " oleh Kevin Grevioux, filem ini mengisahkan tentang makhluk Frankenstein yang bernama Victor Frankenstein/Adam yang berhayat abadi, menjadi subjek pertempuran antara makhluk Gargoyles dan Demon (syaitan) dalam usaha untuk membongkar rahsia immortalitinya. Menampilkan Aaron Eckhart sebagai pelakon utama  (yang membawa watak Adam), filem arahan Stuart Beattie ini biasa-biasa sahaja bagi aku, tapi menghiburkan jugalah dan sesuai untuk tontonan keluarga, kerana tidak ada paparan yang melampau-lampau ganas dan aksi romance yang tidak perlu. Yang melampau-lampau cuma efek CGInya saja yang nampak seperti di'exaggerate'kan. Cheap thrill. Tak perlulah aku sebut nama para pelakonnya di sini sebab yang aku tahu hanya Aaron Eckhart seorang saja. Yang lain tak popular kot. Hehe... 3/5 bintang untuk filem ini.


     Sedikit info, makhluk Frankenstein sebenarnya telah dipopularkan oleh penulis novel klasik Mary Shelly.  Frankenstein, di dalam novel Mary Shelly adalah makhluk hodoh setinggi 8 kaki, yang tercipta melalui kaedah saintifik oleh seorang doktor yang kemudiannya menafikan kewujudan makhluk itu dan mengabaikannya. Makhluk menakutkan itu yang sama sekali tidak tahu siapa dirinya, merayau rayau untuk menagih kasih dan penerimaan orang, namun dia dijauhi oleh manusia yang takut dan ada juga yang berbuat jahat padanya. Akhirnya dia fed up lalu membenci manusia dan pergi mencari doktor yang mencipta dirinya untuk membalas dendam. Sedih dan tragiknya. Tapi rasanya cerita nukilan Mary Shelly ini lebih menarik dari filem I, Frankenstein itu. Just saying...



P/S: Lambat menulis entri tentang filem ini kerana aku terlupa. Adakah aku yang pelupa, atau filem ini tidak memorable. Huhu...