Thursday, February 21, 2013

Secebis Harapan




Makluman kepada semua sahabat dan saudara yang prihatin :
Skuad Amru Jajahan Machang dengan Kerjasama Pejabat Agama Jajahan Machang akan mengadakan Program " Setulus Kasih Di Sebalik Derita" dalam masa yang terdekat, Program yang berorientasikan kebajikan dan ziarah ukhuwwah ini telah mengenal pasti seramai 15 keluarga miskin, dhuafa', dan bermasalah untuk dibantu. 


Antara keperluan utama program :-
1) Sukarelawan para medik;
2) Sukarelawan para da'ei & Kauselor am / Kewangan
2) Bantuan material dan keperluan harian / dapur / alat tulis / kelengkapan rumah / dll;
3) Bantuan kewangan & Sumbangan tajaan beras, susu, milo, makanan tambahan (supplement), vitamin, dll;
4) Bantuan keperluan baik pulih rumah seperti zink, simen, pasir, batu-bata, dll.
pihak kami juga menyediakan pakej bantuan untuk ditaja seperti berikut :-

` Sekampit Beras 10 kg (RM24.00)
` Pakej barangan Keperluan Dapur (RM100.00)
` Pakej barangan penjagaan diri ( RM100.00)
` Pakej pakaian seragam sekolah (RM120.00)


     Kepada yang berminat untuk menyertai pelaburan saham akhirat dan kemanusiaan ini, boleh la berhubung terus dengan Encik Kamarul @ 019-6922820 dan sebarang sumbangan tunai boleh la disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad melalui akaun "Tabung Pembangunan Islam" no akaun: 03045010026827 @ berurusan terus di Pejabat Penguatkuasa Agama, Kompleks Islam Jajahan Machang, Jalan Bahagia, 18500 Machang Kelantan. @ hubungi sekretariat program, @ 09-9752482 (Cik Siti Hasanah) untuk sebarang maklumat selanjutnya.

" Tangan dihulur, Ukhuwwah Terjalin, Syurga digamit"

Sokongan dan kerjasama anda amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.


Wednesday, February 13, 2013

Apa Kau Ingat Kau Artis?


     "Siapa nama awak?"
     "Jee..."
     "Nama penuh?"
     "Jee Fairuz Johari..."
     "No, I mean your real name..."
     "Jee Fairuz Johari la!"

    Situasi sebegini sering terjadi pada aku. Itulah nama yang tertera dalam kad pengenalan aku. Tidak ada tokok tambah di situ. Bagi orang yang tak tahu tentu ingat aku mereka-reka nama untuk kedengaran lebih glamour ala-ala Fizz Fairuz gitu. "Retiss la sangat kan." Manusia, sentiasa punya assumption masing-masing dalam segala hal. Aku pun sama juga, so aku tak ambil pusing. Aku sedar 'keunikan' nama aku itu membuat orang tertanya-tanya. Kenapa Jee? Kenapa tak Joe? Dan kerana nama ini jugalah aku pernah dimarahi oleh seorang ustazah yang mengajar aku di sekolah menengah suatu ketika dulu...

     "JEE FAIRUZ BIN JOHARI!!!"

     Kus semangat dibuatnya bila kelas yang sunyi sepi (sebab semua orang tengah dok busy buat kerja),  tiba-tiba dikejutkan dengan suara ustazah yang nyaring di depan kelas, memecah kebekuan suasana. Dah kenapa tiba-tiba jerit nama aku? Adehh, kerja rumah aku tak lengkap ke? Habis la kena halau dari kelas.

     "Kenapa tulis nama separuh-separuh ni? Orang tua awak dah bagi nama cantik-cantik, awak tak berterima kasih ke? Penat-penat orang tua awak fikir nak bagi nama apa kat awak... bla.. bla..bla..."

     Ya, memang salah aku, tak tulis nama penuh kat buku latihan. Aku hanya tulis Fairuz Johari, without 'Jee'. Bukan malu dengan nama Jee itu, tapi nama itu terlalu glamour untuk aku carry (alasan semata mata). Setelah kes ditegur ustazah itu, aku tidak lagi menulis namaku separuh-separuh. Betapa teguran itu menyedarkan aku bahawa kita perlu menghargai 'hadiah pertama' yang diberikan oleh orang tua kita kepada kita. Apatah lagi, teguran itu datangnya dari seorang yang bergelar ustazah, yang langsung tidak mempersoalkan 'keunikan' nama aku itu.

     Aku sendiri tak pernah tanya kat orang tua aku kenapa 'Jee'? (Parents aku minat Fauziah Latif kot dulu. Err...Fauziah Latif mula menyanyi tahun bila ek?)

     Kepada blogger yang sudi follow blog ini, terima kasih. Saya Jee Fairuz Johari. A son, a brother, a good friend, a florist, an art lover, a fashion enthusiast, peminat lagu-lagu rock, ulat buku. Salam perkenalan.


Nama saya glamour hingga ke Korea. (Cehh...perasan!)

P/S: Baru lagi dalam dunia blogging ni... blogger-blogger otai di luar sana silalah bagi kritikan dan komen ya tentang blog ni... apa yang perlu ditambah dan apa yang tak perlu...


Sunday, February 10, 2013

Hey Minah!

  
     Akukah Juwita itu?

     Bukan. Aku bukan juwita itu. Hehe... aku nak cerita pasal novel 'Akukah Juwita?' sebenarnya.


     Dilema, dilema, dilema. Hidup adalah satu permainan yang memerlukan kita untuk memilih. Pilihlah dengan bijak untuk menang. Seperti kata pakcik Poweroot suatu ketika dahulu... "saya menang mottoor..."

     Hidup MINAH BINTI TEMON sentiasa dibelenggu dengan dilema. Minah bertuah kerana walaupun dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak kampung yang sederhana, dia menjadi rebutan lelaki-lelaki kacak semalaya. Untung Minah, cinta datang dengan sendiri tanpa perlu dia bersusah payah mencari. Terserah padanya, tinggal pilih.

     Tetapi tidak semudah ABC. Minah bukan perempuan keberet... eh silap... Minah bukan perempuan yang mudah alpa. Walaupun menjadi pujaan lelaki-lelaki ganteng, dia tetap dengan prinsip hidupnya. Soal hati bukan perkara main-main baginya. Pada Minah, suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. 

     Novel ini adalah tentang 'journey' Minah, dalam mencari erti cinta sebenar. Antara beberapa orang lelaki yang menagih cinta Minah, siapakah yang berjaya menambat jiwanya? Benar, cinta perlu ada mutuality. Tapi kadang benci juga, boleh bertukar menjadi suka dan seterusnya cinta. Jadi berusahalahh. Chewahhhh...

     Pusing-pusing ke mana pun, jodoh tetap di situ kalau sudah tersurat. Walaupun lelaki yang berjaya mencuri hatinya dalam cerita ini, bukanlah 'pilihan' aku (aku lebih suka jika dia memilih yang sorang tu), tapi itulah istimewanya novel ini. Realistik dan tidak straightforward. Minah terpaksa mengharungi banyak rintangan dan lelaki yang menagih cintanya juga sanggup berjuang demi cinta.

     Perlu diingatkan, ini bukan cerita cinta sendu (walaupun ada juga bahagian-bahagian yang sedih). Bagi peminat-peminat novel sedih, ini bukan novel untuk anda. Novel ini sangat kelakar ya. Sebab itulah aku menyukainya. Biasanya aku akan membaca buku di tempat kerja selepas selesai menyiapkan semua tugasan (sementara menunggu masa untuk pulang ke rumah), dan membaca novel 'Akukah Juwita?' ini buat aku happy dan terrelease (haa..bahasa apa ni?) segala tension dan stress bekerja. Beberapa kali juga aku tergelak sorang-sorang membacanya. Kredit untuk penulis novel ini, Rina Farizq. Tak rugi membaca novel Melayu yang berkualiti.

     Aku suka. 5 bintang untuk novel ini. Unputdownable.

     Ok, nak sambung baca novel bahasa Inggeris. Ughh, siapa pula yang call ni, nak ajak aku keluar la tu...................