Saturday, January 25, 2014

Segmen : Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah

 
Ukhuwah itu sangat manis... sungguhh...
 
     Jom ramai-ramai memeriahkan segmen ini dan berkenal-kenalan sesama bloggers. Sila klik banner di bawah untuk sertai...
 
http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html


Manisnya kurma ituuu.... ;)
 
 
 

Friday, January 24, 2014

Jack Ryan... Contoh filem klise yang bagus!



     Aku pergi menonton filem Jack Ryan: Shadow Recruit, Ahad lepas bersama kawan. Tak senang duduk aku dibuatnya. Bukan kerana dewan panggung yang sejuk gila, tapi disebabkan oleh babak-babak aksi yang terhidang untuk santapan mata, begitu mendebarkan dan penuh suspen. Filem arahan Kenneth Branagh, yang dibintang oleh Chris Pine, Kevin Costner dan Keira Knightley ini tidak dinafikan memang sebuah filem aksi thriller yang berjaya.

 

     Secara ringkasnya, Jack Ryan: Shadow Recruit mengisahkan tentang Jack, seorang penganalisis CIA yang menjadi spy 'bidan terjun', dalam usaha membongkar satu plot terroris Rusia untuk meruntuhkan ekonomi Amerika Syarikat. Dia perlu berjuang untuk menyelamatkan diri sendiri, orang ramai dan dan juga tunangnya, Cathy. Sounds familiar? Ya, mungkin agak klise. Tapi oleh kerana filem ini bagus, aku maafkan keklisean itu.

This picture should be put in a dictionary next to the word 'Hot'
 
     Tarikan utama filem ini bagi aku adalah Chris Pine, kerana dia memang tengah 'in' pada masa kini. Cuma lakonannya dalam filem ini mengingatkan aku pada Matt Damon, dan itu tidak sepatutnya berlaku... huhu. Keira Knightley, walaupun tidak lagi berada dalam ranking aktres terlaris, tetap menampilkan lakonan mantap dan masih lagi hot! Yang pasti, pelakon British ini boleh tahan juga bercakap dalam American slang. Namun itu bukanlah perkara pelik, kerana aktres British seperti Kate Beckinsale dan Minnie Driver juga pernah melakukannya dengan baik sebelum ini. Tapi Keira Knightley memang hot... okay, I said it twice. Kevin Costner pula, secara peribadinya bagi aku, filem paling memorable yang pernah dia lakonkan adalah filem The Bodyguard (bersama Whitney Houston) dan Waterworld. Filem lain yang dibintanginya aku tak ingat. Tapi sebagai pelakon veteran, dia punya aura tersendiri. Aku sukakan lakonannya yang bersahaja. Gandingan pelakon-pelakon yang mantap ini menjadikan filem Jack Ryan: Shadow Recruit ini suatu tontonan yang menghiburkan.

     Watak Jack Ryan itu sebenarnya adalah watak yang dicipta oleh penulis novel Tom Clancy, yang meninggal dunia pada Oktober tahun lepas. Filem ini bukanlah filem adaptasi dari novel, cuma mengambil watak Jack Ryan itu sahaja, yang acapkali diketengahkan dalam novel-novel thriller Tom Clancy. Bagi peminat-peminat filem aksi/thriller, filem ini adalah pilihan yang terbaik untuk ditonton. Berbaloi dan tidak menghampakan. 4 bintang. Klik SINI untuk trailer Jack Ryan: Shadow Recruit.


P/S: Agak menggeramkan di saat-saat getir, Jack dan Cathy sempat lagi bercumbu-cumbuan. Itulah cinta... ughh...


Wednesday, January 15, 2014

Kerana Aku Sayang Blog Aku...


     Ini cerita Ahad lepas sebenarnya. Dek kerana terlalu bosan duduk di rumah dan tiada mood untuk keluar berhibur kerana kurang sihat terkena hujan, aku pun meluangkan masa memindahkan gambar-gambar dari kamera kompak aku ke dalam laptop. Bila melihat gambar-gambar yang terkumpul itu, tiba-tiba idea datang, "baik aku buat header baru untuk blog..." Sudah terlalu lama meninggalkan bidang rekaan grafik, kira nak test power lah ni. Hehe... menggunakan software Photoscape, inilah hasilnya...


     Ini sajalah yang aku mampu lakukan untuk mencantikkan blog aku. Nak buat yang canggih-canggih macam orang lain aku tak pandai sangat. Risau juga masa nak tukar tu, takut kalau-kalau orang kata aku narsis*. "Over ke?" aku tanya pada kawan baik aku, Ayesha Mansor. "No lah, it's okay. Trust me..." jawabnya. Oh well, semua orang yang sihat sememangnya ada sedikit sifat narsisme dalam diri mereka. Lantak lah, narsis atau tidak, kita memang harus mencintai diri kita dulu sebelum mencintai orang lain. ;-) Biarlah muka aku terpampang di situ, agar bila pembaca membaca entri-entri aku, mereka dapat membayangkan bahawa aku sedang bercerita di depan mata mereka. Tu diaa... Tujuan aku cuma nak mencantikkan blog saja, sebenarnya.

*Narsis: Mencintai dan mengagumi diri sendiri. Contoh paling ketara pada masa kini adalah selfie. Hehe...


     Sebelum ini aku menggunakan gambar di atas sebagai header. Memang mengundang banyak pertanyaan. Ada juga kawan yang pernah kata, "Apasal kau guna gambar ni? Tak menarik langsung. Gunalah gambar yang rare* sikit..." Aku sendiri tak pasti apa definisi rare menurut pandangannya. Tidak cukup rare lagikah gambar ini? Lol! Mungkin aku patut berpakaian pelik seperti Lady Gaga untuk kelihatan lebih rare. But that's not going to happen. Anyway, gambar ini diambil sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2012. Diambil secara candid oleh kawan aku yang sedang menunggu giliran untuk digunting rambutnya juga. Sengaja aku memilih gambar ini untuk dijadikan header, kerana aku sukakan gambar-gambar sebegini, yang 'jujur' dan tidak pretentious. Tidak ada sebab lain. Hehe... dan aku tak tahu kenapa muka aku kelihatan agak 'angry' dalam gambar ini....
 
*Rare: Luar biasa


     Ini pula adalah header aku yang terawal sekali, sewaktu mula-mula berblogging dulu. Agak klasik di situ. Ada kawan yang kata "macam pahlawan dulu-dulu". Erm... pahlawan dulu-dulu tak pakai jam tangan dan songkok rasanya. Mereka pakai tengkolok kot. Aku lebih suka kalau orang kata, "macam gambar zaman P. Ramlee". Ya, mungkin songkok itu perlu lebih tinggi lagi. Hehe...

     Bagi aku, cara seseorang blogger itu 'menghias' blognya melambangkan personalitinya. Aku sukakan sesuatu yang simple dan tidak berserabut. Perubahan yang dibuat bukan saja untuk menarik pembaca tetapi juga untuk membuatkan diri sendiri merasa tidak jelak melihat blog sendiri. Sayangilah blog anda. Hehe. Ohh... dan aku harap selepas ini aku akan lebih banyak menulis entri-entri baru.

     What do you think guys? Ok ke header baru tu? Komen sikit... ;-)

Kangkung? Huh... I prefer kacang botol... (tetiba)

P/S: Missing someone...