Monday, January 7, 2013

The Jantan Test


+


     Apa kaitan lagu Cinta Embunan pagi dengan novel Andai Itu Takdirnya? Haha... sempena tahun baru, aku nak test diri aku sikit. Aku jarang sebenarnya baca novel-novel bahasa Melayu ni. Kalau ada pun bukan yang bertemakan cinta. Membaca tajuk-tajuknya saja dah buat aku menggeliat.... bukan prejudis cuma aku kurang berminat dengan novel-novel cinta (no offense to anyone). Sebab tu lah aku lebih gemar membaca novel-novel Inggeris yang lebih banyak variasi genre. Tapi itu cerita lain.

     Jumaat lepas (4 Jan) aku singgah sekejap ke MPH book fair di KL Sentral untuk membeli buku. Dah jadi rutin bulanan, aku akan membeli dua, tiga buku untuk dibaca, dan buku-buku itu mesti dihabiskan pembacaannya dalam masa sebulan. Oh... Kedengarannya seperti seorang nerd aku ini. Ya aku nerd yang cool! Huhu... Aku terpandang novel ini. ANDAI ITU TAKDIRNYA. Hmmm... macam pernah dengar tajuk novel ini. Tapi di mana ya???

     Ohhh...YOUTUBE! Cinta Embunan Pagi (CEP) lagu nyanyian Azian Mazwan Sapuan. Sedap lagu tu. Aku memang suka layan lagu-lagu lama ni. Jika dilihat komen-komen yang tertera di bawah muzik video itu... hampir 90 peratus bercakap tentang kehebatan novel karya Siti Rozmizah ini, instead of commenting on the song. Agak tidak adil untuk lagu yang best itu... hahaha. Seolah-olah mereka dibayar untuk mempromote, rata-ratanya mengatakan novel ini memberikan kesan yang begitu mendalam sekali pada mereka sehingga boleh menangis gitu. Sentimental sungguh mereka. Dan lirik lagu CEP ada terselit di dalam buku ini, sebagai perencah untuk menambahkan lagi tahap kesedihan itu. Oooook... that explains everything.

     I ended up buying the book. Huhu. Kalau buku ini benar-benar bagus dan mampu membuatkan orang menangis, tentu pengarangnya seorang pengimajinasi yang hebat. Tapi anak jantan tak akan menangis membaca novel cinta... haha, benarkah? We'll see...

     To be continue...


=




1 comment: