Monday, January 28, 2013

Reject! Reject lagi! Rejection continues...


     "Aku rasa macam Julia Roberts dalam cerita Pretty Woman sekarang ni..." kata kawan aku yang baru saja cintanya direject. Frust benar dia.

     Tersentak aku, dah tak ada contoh lain gamaknya. Aku pun tak tau apa signifikannya. Adakah dia perasan cantik seperti Julia Roberts, atau terpengaruh dengan cerita itu. Lalu aku berkata, "erm... bukan ke Julia Roberts dalam movie tu pel*c*r???" (Forgive my language).

* Bunyi cangkerik *

"... ko cakap aku apa???"

     Aku pelik, adakah kerana muka innocent ini, kawan-kawan sering menjadikan aku a shoulder to cry on / tempat untuk melepas rasa. Haha. Aku tak kisah pun... cuma aku bukanlah pakar motivasi. Tapi aku cuba juga memberikan nasihat, kerana melalui pengalaman orang lain, kita juga boleh belajar memperbaiki diri sendiri. Kiranya memberi nasihat kepada orang lain, sekaligus mengingatkan diri sendiri.

     Ada seorang kawan yang mengadu sakit hati bila hasil kerjanya direject, seolah-olah usahanya dipandang enteng oleh bossnya. Sebagai seorang yang bekerja di dalam creative field, perkataan 'reject' itu sudah sinonim dengan diri aku. Bercerita sedikit kebelakang, sejak zaman aku study Graphic Design lagi (back in 2000) aku sudah terbiasa bila idea-idea untuk membuat assignment yang di sketch terlebih dahulu di dalam buku layout, direject oleh pensyarah. Life sebagai seorang pelajar haruslah seperti sponge yang menyerap air, kita serap segala kritikan. Mujurlah, kerana minat, aku cepat menangkap segala yang diajar. Walaupun kadangkala, idea aku pun kena reject juga. Over confident punya pasal kot. Kasihan juga pada rakan-rakan yang idea mereka asyik direject berkali-kali, sedangkan yang lain sudah mula proceed dengan idea mereka yang telah diluluskan oleh pensyarah... hinggakan akhirnya apabila semua idea dah tak boleh pakai, pensyarah sendiri tampil memberikan ideanya pada mereka. Itu bezanya pelajar yang mempunyai bakat seni semulajadi, yang ideanya melimpah-limpah dalam kotak fikiran dan pelajar yang hanya mahu 'mengetest' bakat mereka dalam bidang seni kreatif. Agak keras bunyinya, tapi itu kenyataan. (Untuk adik-adik lepasan SPM yang nak isi borang kemasukan IPT tu, pilihlah kursus yang benar-benar sesuai dengan jiwa anda.)

     Memang sakit hati bila hasil perahan otak, direject. Tapi kalau difikirkan secara logiknya, orang yang mereject itu lebih tahu dan lebih banyak makan garam. Terima sajalah segala kritikan sebagai motivasi. Be positive! Dan kalau kritikan itu bersifat personal kerana anda memang tak ngam dengan bos itu... just leave, cari kerja lain ya dik. Ahaks...

     Ada juga kawan yang mengadu tentang cintanya yang direject oleh sang kekasih. Maaflah ya, aku kurang arif tentang itu. Sebagai seorang kawan, kalau bab-bab cinta ni, aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Cuma apa yang boleh aku kata, kalau jodoh sudah tertulis sejak azali, larilah ke mana saja... pasti akan bersatu juga akhirnya. Gituu... makanya, usah tension-tension. Tidak perlu mengejar sesuatu yang sifatnya tidak pasti. Cinta direject bukan bererti anda loser, tapi orang itu bukan untuk anda.

"Apa yang lahir dari kau bukan cinta, tapi napsuu!!!" PANG!!! (Dialog dari filem Sembilu)
     Rejection, it's never fun. Setiap orang pasti berdepan dengan rejection dalam hidupnya. Personally, I hate rejection. Seriously I do. But think positive. Apa juga bentuk rejection yang kita terima, sama ada tersamar atau secara langsung, ia mengajar kita menjadi lebih kuat. Yang pasti, jika kita berdepan dengan rejection, dan tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki diri... itu namanya PUTUS ASA dan itu lebih buruk dari direject.

P/S: Rasa macam nak sambung belajar pulak.


7 comments:

  1. tak de org pun yg suke kena reject samada dalam relationship, pekerjaan or sewaktu dengannya. tapi kadang2 rejection tu ada baiknya. maybe we just dont deserve it. So, keep on trying okayy :)

    ReplyDelete
  2. Selalu jadi a shoulder to cry on eh? Hemmm. Maybe cuz you're a good listener kot. Kan? Aha.

    ReplyDelete
  3. hahaha comelnye a shoulder to cry on :P

    ReplyDelete
  4. sy biase nyer suruh kawan2 kawih jer dr dok bercinta x tentu hala ni.kalau dorang ngadu je pasal putus cinta ..haaa mmg kene basuh la...ehehe :p

    ReplyDelete
  5. hahaha... kan... kawin jer terus kalau takut kehilangan...

    ReplyDelete