JUWITA
Ahad lepas (3/2/2013) aku ke 1 Malaysia Book Fair di PWTC. Berpusu-pusu juga orang keluar masuk PWTC pada hari terakhir pesta buku itu. Mujurlah aku tidak berseorangan, kalau tak tentu aku rasa awkward sorang-sorang kat situ.
Aku dan kawan mula menyerbu bahagian buku-buku dan novel-novel bahasa Inggeris. Teruja sungguh kami. Ahaks! What a dork... Tapi seronok bila ada kawan yang berkongsi minat yang sama.
Setelah membeli tiga buah novel bahasa Inggeris, aku bergerak pula ke bahagian novel-novel bahasa Melayu. Rasa macam nak baca novel melayu lagi. Novel Andai Itu Takdirnya yang aku baca bulan lepas begitu meninggalkan kesan buat aku. Jiwangkah aku? Dengan wajah yang kehairanan, kawan aku bertanya, "Kau baca novel melayu ke Jee?"
"Salah ke? Kita orang melayu what..." balas aku. "Kau tolong aku cari boleh?"
"Cari novel apa?"
"Novel yang bukan novel cinta..."
"Okay."
Lalu pencarian 'bukan-novel-cinta' pun bermula. Pening dibuatnya. Semua tajuk cintan cintun gitu. Why? Why? No offense to anyone, tak salah pun baca novel cinta. Jangan terpengaruh sudah. Kerana keromantikan yang digambarkan dalam sesebuah novel itu, tidak sama dengan realiti. Takut nanti adik-adik yang masih bersekolah menengah (terutamanya yang perempuan) asyik ingat nak bercinta saja bila membacanya. Jiwa mereka masih naive. Kita yang dah dewasa ni tak apalah, boleh fikir. Wahh, membebel pulak aku kan...
"Antologi Jiwa Kacau," tiba-tiba kawan aku bersuara sambil memegang sebuah buku. "Kau patut baca buku ni. Sebab aku rasa jiwa kau tengah kacau kan sekarang ni."
Dah kenapa dengan kawan aku ni? Aku sekadar tersengih. Dah kebosanan terlampau kot dia ni. Malas aku nak layan. Aku teruskan misi mencari bukan-novel-cinta. Aku terpandang novel ini; AKUKAH JUWITA? Aku baca sinopsisnya. Hmm.. menarik. Kisah cinta seorang gadis biasa bernama Minah binti Temon. Diulangi MINAH BINTI TEMON. Nama watak itu yang menarik minat aku sebenarnya. Nama kampung sejati. Aku terus ke kaunter pembayaran bersama dengan buku itu. Tersipu-sipu aku membayarnya. Ahh... ko nak malu apa Jee Fairuz.
"Ini bukan novel cinta ke?" tanya kawan aku. "Sah kau tengah jiwa kacau..."
KURANG ASAM.
JUVANA
Dari PWTC ke Times Square. Beria-ia benar kawan aku nak ke sini. Nak shopping katanya. Macamlah The Mall dekat PWTC tu tak boleh shopping kan.
Selesai sesi menghabiskan duit (aku pun ikut shopping sekali, jealous tengok orang shopping), aku mengajak kawan aku menonton wayang pula. Dah alang-alang datang sini kan.
"Movie apa ko nak tengok ni?" tanya kawan aku.
"...yang pukul 6 punya... " jawabku ringkas.
Hanya ada dua filem saja yang ditayangkan pukul 6, Juvana dan sebuah filem Korea (aku dah lupa tajuknya). Aku memilih menonton Juvana.
"Cerita apa ni?" tanya kawan aku sambil buat muka eksyen. Nilah dia, orang yang jarang nak tengok cerita-cerita melayu kat TV. Cerita Juvana pun tak tau. Ok, secara jujurnya, aku sendiri pun tak pernah menonton drama Juvana ni kat TV. Hehe... Tapi ramai yang memuji-muji filem ini. Buat aku tertanya tanya, apa istimewanya filem ini?
Juvana; cerita budak-budak nakal, pesalah-pesalah juvana di pusat pemulihan. Rasanya ramai yang sudah menonton filem ni jadi tak perlulah aku terangkan jalan ceritanya. Mungkin ada idea-idea yang dicedok sedikit dari Prison Break (pendapat peribadi aku saja). Tapi dari segi positifnya, penerbit-penerbit filem di Malaysia jarang nak buat filem yang seperti ini. Jadi ini boleh dikira satu pembaharuan. Tak bosankah orang Malaysia asyik dihidangkan dengan cerita komedi/komedi romantik/seram saja?
Lakonan Zahiril Adzim sebagai Daim, ex-student sekolah juvana, memang tak boleh dinafikan kebagusannya. Secara peribadinya aku merasakan, Zahiril Adzim dan Beto Khusyairi adalah dua aktor pelapis yang perlu diberi perhatian lebih oleh pembuat-pembuat filem. Mereka sangat talented. Tapi Beto tidak ada dalam filem ini ya. Just saying. Hehe...
Johan As'ari sebagai Botak juga menampilkan lakonan yang bagus. Memegang watak salah seorang pelajar Wirabakti, sekolah budak-budak nakal / juvana yang ditutup, dan terpaksa dihantar ke sekolah juvana lain untuk meneruskan hukuman. Rasanya watak ini memang dicipta khas untuknya. Nampak natural sekali dia melakonkan watak itu.
Lakonan Sharnaaz Ahmad untuk watak Lan Todak, ketua samseng, juga harus diberi pujian. Walaupun nampak sedikit overacting, tapi mungkin itu yang pengarah mahukan; watak antagonis yang entah apa-apa lagaknya. Watak Lan Todak mengingatkan aku pada watak T-Bag dalam Prison Break.
Overall, ok juga la filem ni. Sebuah filem ringan bagi aku, walaupun mungkin subjeknya agak berat. Tak adalah ganas sangat. Rasa macam menonton telemovie. Banyak juga pengajaran dalam filem ini. 2/5 bintang untuk filem ini. Sikit sangat ke 2 bintang tu? Oklah tu. Entahlah, aku asyik terbayang Prison Break aje masa menonton filem ini. Mungkin expectation yang aku letakkan untuk filem ini terlalu tinggi... aku lupa ini filem Malaysia, perlu ada batasan...
"BEST!" kata kawan aku di akhir cerita. Suka pula dia.
P/S: Kadang-kadang kita seolah-olah teralpa kita orang Malaysia. Siapa lagi yang nak sokong produk-produk Malaysia kalau tak orang kita sendiri. Cehhh... cakap orang, aku pun sama. Peringatan untuk diri sendiri juga. ;-)
nnt review laa pasal novel "akukah juwita" tu eyh?hee..lama xbaca novel.. cerita juvana tu ramai kata best, tp den xtgok lg...huhu..
ReplyDeletehehe... sure.. nanti saya review... juvana tu best la juga... tengok la nanti... ada gak babak2 yg kelakar...
ReplyDeletekalau dah ulat buku...apo buku sanggup cari...membacakan amalan mulio...
ReplyDeletesokong pilem melayu..ni tidak..duk melopong tgk cito indon..kojap-kojap slow motion...berkurun satu cerita nak habis..hahahha
Hahaha.. tau takpe...
ReplyDeleteramai respon juvana superb nih aihh
ReplyDeleteok la... not bad juga... :-)
ReplyDeleteamboi seronoknya dia jalanjalan >.<
ReplyDeleteHehehe... :-)
ReplyDelete