|
Cinta tidak kenal tembok pemisah... |
Horror + humor + romance + aksi, adalah elemen yang menguatkan filem ini. Warm Bodies adalah filem yang memberikan audiens perspektif yang berbeza terhadap zombie yang sering distereotaip sebagai makhluk yang tidak punya perasaan.
|
John Malkovich |
Kecuali John Malkovich, tiada nama-nama besar di dalam filem ini. Apa yang membuatkan aku tertarik untuk menonton filem ini adalah posternya yang menarik dan nama John Malkovich itu sendiri, walaupun babak-babak yang menampilkan dirinya dalam filem ini tidak banyak. Ya, John Malkovich adalah antara aktor yang dihormati dan dikagumi bakat lakonannya di Hollywood. Tentunya dia tidak akan bersetuju untuk berlakon di dalam filem yang crappy. Dan aku juga tidak mahu menonton filem yang crappy. Huhu...
Sanggupkah anda bercinta dengan zombie yang telah memakan daging dan otak teman lelaki anda? (Apa punya soalan la ni?) Creepy. Filem ini mengisahkan tentang seorang zombie... atau seekor zombie, yang telah terjatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis bernama Julie (Teresa Palmer). Ugrh, sudah kau makan lelaki itu, kau rampas pulak aweknya (zombie pun ada perasaan). Dia terus melarikan gadis itu dan menyembuyikannya di dalam kapal 747, dalam usaha untuk menyelamatkannya dari menjadi santapan zombie-zombie lain. Sepanjang beberapa hari bersama, mereka mula menjalin persahabatan. R (Nicholas Hoult) adalah gelaran yang diberi oleh Julie pada lelaki zombie itu. Bibit-bibit cinta mula berputik antara Julie dan R dan tanpa mereka sedari perasaan itu telah mendorong kepada suatu transformasi yang positif buat komuniti zombie sejagat.
|
"... pok amai amai, belalang kupu kupu... " |
Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel. Aku pun baru tahu sebenarnya, (sempat singgah di kedai buku Borders selepas membeli tiket, terpandang novel ini - cluelessnya aku). Tidak ada babak-babak yang overly romanticize dipaparkan di dalam filem ini. Yalah, zombie pun bukannya boleh bercakap sangat kan, apatah lagi bermadah pujangga. Tak dapat aku bayangkan jika watak R itu mengeluarkan kata-kata jiwang karat, dengan muka yang comot dan seperti mayat. R bukan Edward dalam filem Twilight ya. Jadi buat penggemar-pengemar filem 'cinta antara dua dunia' yang belum menonton filem ini, don't expect too much. Ok, don't get me wrong... aku suka filem ini, dan bagi aku R lebih cool dan charming daripada Edward (kantoi, aku bukan peminat Twilight). Let's not talk too much about the acting, kerana bagi aku lakonan pemain-pemain watak dalam filem ini semuanya biasa-biasa sahaja. Jika ingin melihat lakonan-lakonan yang spectacular, tontonlah Les Miserables.
|
Analeigh Tipton, bekas peserta America's Next Top Model, Cycle 11, juga turut berlakon dalam filem ini. |
Warm bodies adalah tontonan yang santai. Memang, filem ini tidak akan menang Academy Award. But who cares? Aku suka filem-filem yang lari dari kebiasaan. 3 1/2 bintang untuk filem ini. Buat pasangan-pasangan kekasih yang menonton filem ini, tajuk filem ini bukan tiket untuk kalian 'get warm' di dalam panggung ya. Behave!
P/S: Butanya cinta...
Baru jeh tgk filem ni....nak tgk sbb genre agak berbeza sikit....and memang sgt santai and ble gelak besar2..:)..Nicholas Hault tengah hot la plak skang ni....Jack and the giant slayer pun tgh on screening..
ReplyDeletememang berbeza... tapi cukup la... tak nak ada sambungan lagi.... karang jadi berjela-jela macam Twilight plak... haha... (dengar cerita akan ada sambungan lagi...huhu)
DeleteHaah cinta itu buta. Hehe.. O00ooo.. cite ni warm bodies. Aritu member pergi tengok. Alamak patotnya sy join sekali macam best je.
ReplyDeletetakpe.. ada masa pergi la tengok...movie santai macam ni, tengok lepas kerja sesuai... hilang penat dan tension sikit. tapi jangan tertido dalam tu dah la ya...hehe...
Deletedari tahun lepas lg ternanti2 nk tgk *slps tgk trailer kt youtube* sbb konsep citer dia mcm mnarik
ReplyDeletesama la.. hehe.. dah tengok trailer kat youtube nampak plak poster filem ni kat LRT beberapa minggu sebelum tayangan... memang teruja nak tengok... poster menarik....
ReplyDeletebesok aku nak tgk cerita nie macam best je..hehehe
ReplyDelete