Wednesday, March 13, 2013
Rock Oo: Bukan Komedi Sampah
Rock OO, Rimba Bara Kembali, adalah kisah tentang kecintaan sekumpulan anak-anak muda zaman 'lewat 80an, awal 90an' terhadap muzik rock. Bukan sekadar minat, tapi cita-cita untuk menempatkan diri dan menempa nama dalam industri seni tanahair sebagai kumpulan rock terkemuka.
Berkesempatan menonton Rock Oo Ahad lepas, terasa seperti menonton filem lama... kerana nuansa retro yang dipaparkan dalam filem itu sangat menjadi. Ahh.. suatu tontonan yang segar. Aku tenggelam dalam nostalgia masa lalu. Menonton filem yang digarap sebegitu rupa di era moden ini, terasa segar pula bagi aku. Ironis bukan?
Hari itu, aku memilih untuk menonton filem ini bersama seorang kawan, walaupun hati berbelah bagi, nak tonton Rock Oo atau Lawak Ke Der? Akhirnya sampai giliran aku untuk membeli tiket di kaunter, mulut secara automatik menyebut "ROCK OOOO...". Di dalam panggung, duduk pula bersebelahan dengan dua orang gadis manis bertudung yang aku tak kenal pun. Amboi comey. Duduk sebelah gadis-gadis manis dan nampak sopan santun ni, aku kenalah kawal gelak sepanjang tayangan. Karang menyembur pula pop corn kan... buat malu aja... sempat aku mengingatkan diri sendiri...
Apalah yang aku fikirkan...
"HAHAHAHA!!!! KAHKAHKAH!!!"
Hokalohhh... minah dua orang ni gelak lagi kuat dari aku dan kawan aku! Terkesima beberapa saat dibuatnya tatkala pada minit-minit pertama tayangan mereka sudah mula tergelak besar. Agak lintang pukang juga bunyi ketawa mereka. Tak apa, tak apa... dimaafkan. I mean... siapa yang tidak ketawa dalam panggung ketika itu? Umpama pertandingan siapa ketawa paling kuat gamaknya. Hati bagai digeletek tanpa henti.
Amy Mat Piah, vokalis yang 'tertewas' dan cuba bangkit kembali dalam usaha untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan Rimba Bara. Maka berkumpullah semula semua bekas ahli kumpulan Rimba Bara meneruskan perjuangan mereka demi cita-cita yang satu. Watak Amy (Que Haidar), Jijoe (Khir Rahman), Black (Norazmi Bahron) dan ahli baru Slash (Pekin), masing-masing punya kekuatan tersendiri. Begitu juga dengan watak Zul Kapan (Sofi Jikan), yang kembali semula 'mengacau daun'. Lakonan setiap pelakon sangat mantap. Pengarah Mamat Khalid berjaya membuat setiap watak saling memberi komplimentasi pada watak lain. Terselit juga babak-babak yang menyentuh hati, tapi penonton masih juga ketawa. Yalah, dah nama pun filem komedi kan... takkan nak menangis pula. Gila namanya tu. Tapi rasa sedih itu tetap terkesan dalam hati. Ya, bukan senang untuk membuat penonton merasa sebak selepas ketawa dengan overnya. Dalam pada itu, penonton juga terbuai dengan alunan lagu-lagu rock malar segar yang... fuhh terbaik! Benar, lagu-lagu rock zaman dulu punya jiwa. Terasa luapan emosinya dalam setiap patah lirik.
Filem komedi yang berjaya adalah filem komedi yang mampu membuatkan penontonnya ketawa. Maksud aku... benar-benar ketawa sehingga mengeluarkan air mata dibuatnya. Dan Rock Oo adalah sebuah filem komedi yang berjaya. Namun Rock Oo bukan sebuah filem komedi kosong semata mata. Kejarlah cita-citamu walau bagaimana payah sekalipun, kerana bakat yang tersia-siakan adalah salah satu perkara yang paling merugikan dalam hidup... itulah antara pengajaran yang terdapat dalam filem ini. Sebenarnya bagi aku (secara peribadi), filem ini boleh diolah menjadi filem yang serius dan bukan dalam bentuk komedi. Kenapa? Kerana Mamat Khalid mampu. Enough said. Tapi ada ke orang yang akan tonton? Orang Malaysia lebih suka bergelak ketawa di dalam panggung sebenarnya daripada menonton filem berat. Itu kenyataan. Oh what am I talking about?! Biarlah Mamat Khalid dengan lawak jenaka berkualitinya. Itu trademarknya sebagai seorang pengarah filem. Teruslah menghasilkan filem-filem komedimu yang berkualiti. Sebagai peminat muzik rock lama, appresiasi aku terhadap filem ini sangat tinggi. 5 bintang untuk Rock Oo!
P/S: Rock On!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju bro! Filem Rock Oo memang rock habis, kelakar n terbaik!! :)
ReplyDeletetak rugi tengok kan Fareto :)...
Deleteassalam,
ReplyDeletesalam kenal dari bunda...bunda belum berkesempatan untuk menonton filem ni...
Salam kenal bunda... Takpe boleh beli dvd atau tengok kat astro first nanti.
Deletedui..belum berkesempatan nak tonton filem neh..
ReplyDeleteHahaha... Dengar jer dah kelakar.
ReplyDeleteNanti nak tengok la.
Macam best jer ;)
Entah bila baru berkesempatan nak tengok... huhu
ReplyDeletep/s salam kenal :)
FIlem MK walaupun merapu skit..tapi santai..tak berapa nak berat..tak ada kesempatan tgk movie nie..huhu
ReplyDeleteMK memang kreatif. Merapu tapi orang boleh terima lawak jenakanya...
Deletesaya suka tengok tang rebus kentang sebiji tu.... hahah ...sedih ada kelakar ada....
ReplyDeleteTak berkesempatan lagi tengok Rock Ooo sebab pergi ke panggung dengan maksu saya. Maksu tanya nak tengok apa? Terus cakap Lawak Ke Der... sebab utama takut nak tengok Rock Ooo sebab takut tak best...tapi ramai cakap best nanti ada peluang nak tengok..
ReplyDelete