POSY, apa itu posy? Posy ialah gubahan bunga kecil yang biasanya diletakkan di atas meja untuk majlis-majlis keramaian (birthday party, annual dinner etc). Walaupun posy yang aku akan tunjukkan ini adalah stail yang agak tradisional (posy moden biasanya menggunakan vase), tetapi ia masih releven sebagai hiasan untuk menghidupkan suasana sesuatu majlis itu. Ok let's get started...
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Floral foam/oasis
- Gunting
- Pisau (untuk memotong foam)
- Aluminium foil
- Sellotape
- Floral wire
- Apa-apa daun (sebagai pembalut)
- 3 jenis bunga pilihan anda
- Daun Carnation
Cara-cara membuatnya (wahh dah macam resepi masakan pulak dohh bunyinye):
1
Rendam floral foam dalam air lebih kurang 2 minit. Potong mengikut garis yg terdapat pada foam itu. Balut dengan aluminium foil di bahagian bawahnya dan lekatkan dengan sellotape di sekelilingnya agar tidak tertanggal. Tidak perlu beria-ia membalutnya dengan cantik dan kreatif. Kita bukan nak balut hadiah ya. Ahaks. Cukuplah sekadar setiap bahagian di bawah foam itu tertutup untuk membolehkannya menampung air.
2
Kemudian balut keliling foam dengan menggunakan daun. Bahagian atas dan bawah tidak perlu dibalut. Di sini aku menggunakan daun Bird Nest. Pinkan balutan itu dengan floral wire untuk mengukuhkan balutan itu.
3
Mula mencucuk bunga, aku memilih untuk menggunakan bunga Ros (3 kuntum), bunga Crysanthemum (2-3 batang) dan Lily (3 kuntum) di sini. Oleh kerana gubahan ini adalah stail 'grouping' dan bukan stail bunga-bunga berselerakan seperti gubahan bunga english style yang 'vintage' gitu, aku bahagikan foam itu kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, mulakan dengan bunga Ros dahulu. Potong batang bunga Ros lebih kurang 5 inci. Cucuk bunga Ros di tengah-tengah permukaan foam itu lebih kurang 4 inci kedalam. Seterusnya, cucuk dua kuntum lagi pada bahagian depannya tetapi pendek sedikit daripada yang tadi dan dalam posisi sedikit condong.
4
Beralih kepada bahagian kedua pula. Sama juga seperti kaedah tadi, penuhkan bahagian kedua dengan mencucuk bunga Chrysanthemum. Bahagian kosong yang terakhir pula, aku memilih untuk meletakkan bunga Lily. Sama seperti bunga Ros tadi, cucuk di bahagian tengah dulu diikuti pada bahagian tepi, dalam posisi sedikit menyondong. Oleh kerana bunga Lily adalah bunga yang besar, maka tidak perlu kisahlah jika ianya lebih tinggi sedikit dari bunga-bunga lain. Jangan risau jika gubahan bunga anda sudah out of shape sedikit (hilang bentuk bulatnya). Perfect is boring!
5
Akhir sekali, tutuplah lubang-lubang di bahagian bawah gubahan tadi dengan menggunakan apa-apa saja daun. Daun Fish Leaf, Jasmine Leaf atau Carnation Leaf adalah daun-daun yang biasa digunakan untuk menutup lubang pada sesuatu gubahan. Di sini aku menggunakan Carnation Leaf.
SIAP!
Gubahan bunga yang sudah siap dan sedia untuk diletakkan di atas meja sebagai hiasan... and you can brag about it. |
Mudah bukan? Selamat mencuba!
P/S: Kerana ilmu itu adalah untuk dikongsi.
simple but nice!!!!huhuhuh!!!
ReplyDeleteI know right... Hehe thanks..
DeleteCantiknyeee... simple. Suka sangat!!!
ReplyDeleteHehe...try la buat nanti...
ReplyDeleteHebat! buatkan satu! hehehehehhe...
ReplyDeletecantik kan...haha...kak Ogy try la buat....
ReplyDeleteNama: __ Hendi Zikri Didi
ReplyDeleteKota: _______________ Malaka
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.
Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516