Sunday, July 21, 2013

Nasi Ambeng Yang Kurindui


     Orang kata aku gila... gila Nasi Ambeng. Aku okay jerr... :)

Ramadhan 2010, Singapura...

     "Kau ni tak habis-habis nasi ambeng, nasi ambeng, nasi ambeng... muka pun dah macam nasi ambeng... " kata kawan sekerja aku Azri, yang memang laser mulutnya sambil memasukkan bungkusan nasi ambeng yang aku belikan untuknya di dalam oven untuk dipanaskan.
     "Makan aja lah. Nasi ambeng ni okay. Tak cepat basi, sedap pun sedap," balasku. Di pagi yang hening itu, Nasi Ambeng terasa sangat lazat. Itulah rezeki sahur kami.


     Apa benda Nasi Ambeng ni? Secara ringkasnya, Nasi Ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa yang menggabungkan nasi putih, mee goreng atau bihun, ayam goreng atau ayam masak kicap (biasanya ayam masak kicap), serunding kelapa, tempe, ikan kering dan kerisik. Aku bukanlah orang Jawa (walaupun ada orang kata muka aku macam orang Jawa. Tang mana Jawanya aku pun tak tau), tapi aku begitu menggemari Nasi Ambeng. Barangkali gabungan lauk-lauk yang pelbagai itu menjadikan rasanya unik dan memberi sensasi yang berbeza pada lidah aku. Gitu...

     Tahun 2010, aku sering berulang alik dari KL ke Singapura atas urusan kerja. Jarang benar aku dapat tidur di rumah aku di Kuala Lumpur. Masa aku banyak dihabiskan di Singapura. Masuk bulan Ramadhan, jadual kerja aku masih begitu, tidak ada pengurangan waktu kerja. Namun aku tak pernah pula merungut. Tapi itu cerita lain (akan diceritakan di entri yang lain nanti). Azri, kawan sekerja aku yang paling kamceng selalu berpesan kalau singgah mana-mana, belilah apa saja makanan untuk bersahur. Nanti nak sahur tak payah makan kat luar, panaskan saja dalam oven. Biasanya dalam perjalanan ke Singapura, aku akan singgah di RNR Pagoh untuk berbuka puasa dan selepas berbuka puasa aku akan tapau something untuk bersahur pula. Awalnya aku beli makanan sahur kan. Hehe... ya, hidup sebagai seorang rakyat Malaysia di Singapura tidak memungkinkan aku untuk selalu bermewah-mewah, makan di restoran. Sekali sekala bolehlah, aku bukannya sengkek sangat pun. Kadang-kadang makan juga di Adam Road Food Court yang terletak berdekatan dengan tempat kerja (nasi lemak di situ terbaik!). Makanya, aku akan tapau makanan dari Pagoh atau RNR Gelang Patah untuk 'diseludup' ke Singapura. Kalau bukan aku, Azri pula yang kan tapaukan untuk aku. Dan selalunya, Nasi ambeng memang menjadi pilihan aku untuk bersahur. Kali pertama makan Nasi Ambeng, hati aku sudah terpaut pada rasanya. Ironisnya, sebelum itu aku cukup menyampah mendengar nama nasi itu disebut-sebut orang. Pelik benar bunyinya. Sudahlah rupanya pelik. Tatkala pertama kali mencubanya, tanggapan awal aku berubah. Sedap! Ini makanan kampung yang benar-benar kampung!, fikirku (itu satu pujian ya). Dan aku juga bukanlah penggemar makanan eksotik seperti ikan kering (atau sesetengah orang memanggilnya ikan masin), tapi ikan kering yang menjadi salah satu lauk di dalam Nasi Ambeng senang aja masuk ke mulut aku tanpa kompromi. Ya... usahlah kita berbicara tentang makanan itu sihat atau tidak di sini, kerana tajuk entri ini bukanlah 'makanan seimbang untuk kekal langsing'.

     Tahun 2011, aku bertukar kerja dan tidak lagi berulang alik ke Singapura. Nasi Ambeng tinggal kenangan. Aku tidak lagi merasa makan Nasi Ambeng selepas itu. Aku tak tahu pula di mana ada jual Nasi Ambeng di Kuala Lumpur ini. Aku kenal Nasi Ambeng pun di Pagoh. Kalau tanya kat kawan-kawan pun, antara jawapan 'kurang asam' mereka adalah seperti "Aku tak tahulah kat mana ada jual nasi Ambeng  kat KL ni. Kau ni dah kenapa, mengidam ke? Anak siapa?!" atau jawapan blur "Nasi Ambeng? Apa tu?" Ramai juga yang tak tahu kewujudan Nasi Ambeng itu ya. Jujur, sudah 2 Ramadhan aku mencari nasi Ambeng di Bazaar Ramadhan berdekatan, tapi tak jumpa atau mungkin aku terlepas pandang (bukan rezeki). Kesian kan aku... macam obses ya amat pulak bunyinya. LOL!



     Ramadhan tahun ini berbeza. Ditakdirkan aku berjumpa Nasi Ambeng di bazaar Ramadhan pada hari kedua berpuasa. Hati berbunga-bunga. Umpama perjumpaan semula dengan teman lama pula rasanya, segala memori jelas terimbau tatkala menikmatinya di kala azan Maghrib berkumandang. 2 Tahun aku mencarimu. Bagi yang tidak faham... biarlah. Nasi Ambeng penuh nostalgia bagi aku, ia mengingatkan aku erti syukur dalam bersederhana, dalam usaha untuk hidup dan mencari rezeki di tempat orang.

     Kawan-kawan, jika anda tahu, nyatakan pada saya... di manakah letaknya kedai makan yang ada jual Nasi Ambeng paling sedap di Kuala Lumpur ini? ;-)

P/S:  Kenangan yang lama menjelma... ingatanku padamu menyala nyala... (tetiba).


20 comments:

  1. Jee, Nurul tak pernah makan nasi ambeng. Bukan tak pernah jupa dengan nasi ambeng ni. Tapi tak terasa nak beli dan nak cuba. Jujur selepas baca entri Jee ni, terus rasa nak cubalah nasi ambeng lepas ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la... Tp kalau tak sedap jangan marah Jee plak... Hahaha... Selera masing2 berbeza...

      Delete
  2. hurmm..patut la muka pun dh cam ambeng???ehhh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... Muka ambeng ni la yang sentiasa bermain2 di minda Ira... Jgn cuba menafikan ya... Haha!

      Delete
  3. memang sedap nasi ambang, kat kg aku kalo ada kenduri kat surau mesti makan nasi ambang..sedap hingga menjilat jari..dari Kl ke singapore, jauh tu bukan dekat..penat tu~

    ReplyDelete
  4. Bahrain mesti dah biasa makan nasi ambeng kan? Hehe... Ya dulu kerja kat singapore... Sekarang kat KL jer... :) penat tu memang la... Wlupun gaji boleh tahan...tp tak ada masa utk diri sendiri... Faham2 aje la... :)

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka jugak Nasi Ambeng ni. Dah bertahun-tahun tak makan sebab tak jumpa. Di manakah nasi ambeng?
    Saya paling suka tempe tu. Mmmm.... sedap ;)

    ReplyDelete
  6. xpernah mkn lg sbb xpernah jumpa..ehe

    ReplyDelete
  7. Ohh saya kat Johor & kat sini nasi ambeng memang senang nak dapat. Kadang2 kalau buat kenduri doa selamat pun diorang hidangkan nasi ambeng. Memang sedap laa!

    ReplyDelete
  8. saya bertandang ke blog nih selepas disyorkan blogger aku baharin . maka terjumpalah entry nasi ambeng . Kat RnR pagoh tu mmg terkenal . klu balik kg kat batu pahat , abg ipar mesti rehat kat situ utk pekena nasi ambeng . Kat tpt saya ni , Seri Kembangan ada satu restoran Nasi Beriani Gam Batu Pahat yang menyediakan juga menu nasi ambeng . tak tau sedap ker tak sbb tak pernah rasa . Kalau nak makan , saya buat sendiri sbb saya org jawa ! heheheee

    ReplyDelete
  9. Try la nasi ambeng warisan dr zdanz ent.tp time bln pose jer de jual kat bazar lau tak order katering. Berbaloi dngn harga

    ReplyDelete
  10. Try la nasi ambeng warisan dr zdanz ent.tp time bln pose jer de jual kat bazar lau tak order katering. Berbaloi dngn harga

    ReplyDelete
  11. Memang nasi ambeng penuh nostalgia dan memori buat kita semua :)

    ReplyDelete
  12. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malaka
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  13. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete