Friday, December 20, 2013

The Hobbit 2



     Menonton The Hobbit: The Desolation Of Smaug, Ahad lepas bersama kawan baik. Rasa ragu-ragu pada awalnya. Mengenangkan aku ada sejarah tertidur di pawagam sebelum ini, aku rasa sedikit gusar. Mana tidaknya, filem The Hobbit yang bahagian pertama pun aku belum tonton, tiba-tiba nak menonton bahagian kedua pula. Mujurlah aku pernah menonton trilogy Lord Of The Rings sebelum ini, maka tidaklah aku blur sangat. Sekurang-kurangnya, aku familiar lah juga dengan watak Gandalf dan Legolas. Hehe...


     "Ini bukan sambungan filem Lord Of The Ring, ini prequel dia..." kata kawan aku. So ini prequel ya, 'lame'nya aku. Ingatkan sambungan. Jadi jangan tanya kenapa Frodo tidak ada dalam filem ini ya. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan kerdil bersama-sama dengan Bilbo dan Gandalf, yang meneruskan misi untuk menuntut semula tanah air mereka iaitu Erebor dari naga yang digelar Smaug. Untuk membaca sinopsis panjang dari Wikipedia, sila klik SINI.

     Aku paling suka dengan watak Bilbo Baggins. Setiap babak yang menampilkan Bilbo adalah yang terbaik di dalam filem ini dan menyeronokkan untuk ditonton. Namun sayangnya, watak Bilbo tidak difokuskan lebih dan sedikit tenggelam. Setiap watak berada pada level yang hampir sama seolah-seolah tidak ada watak utama di dalam filem ini. Pelakon-pelakon popular lain yang membintangi filem ini antaranya adalah Ian Mckellan (Gandalf), Orlando Bloom (Legolas) dan Evangeline Lily (Tauriel).

     Aku rasa enjoy menonton filem arahan Peter Jackson ini, walaupun 'klise-filem-fantasi/adventure' itu tetap ada sebagai penambah rasa. Di dalam filem Harry Potter The Chamber Of Secrets, kita dapat menonton Harry Potter bertarung dengan ular gergasi (Basilisk) dan berjaya membunuhnya. Dalam Percy Jackson and The Lightning Thief,  terdapat babak Percy menewaskan the Kraken (gergasi laut yang seakan-akan Godzilla), dengan 'bantuan' Medusa (well... sort of). Dan dalam filem ini, menyaksikan kemunculan naga yang... ohh, rasanya aku patut berhenti di sini, sebelum aku merosakkan keterujaan mereka yang belum menontonnya. Itu adalah antara babak-babak klise dalam filem fantasi/adventure. Apa yang aku boleh kata di sini, stereotaip sebegitulah yang memberi ummph kepada sesebuah filem fantasi itu. Kita nantikan filem-filem fantasi yang bakal ditayangkan akan datang, gergasi (atau makhluk yang seumpamanya) berupa apa pula akan yang muncul untuk ditewaskan oleh hero. Ahh ini semua pengaruh cerita Ultraman lah ni...

P/S: Memuaskan. 3/5 bintang.




Thursday, December 19, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, December 15, 2013

Tak Ada Beza Pun


Di Maju Junction Mall minggu lepas...

     Aku ditarik. Ya... aku ditarik oleh seorang salesgirl yang gigih mengedarkan leaflet di pintu masuk. Leaflet tu kira macam 'perangkap' lah. Sesiapa yang menyambut leaflet tersebut dari tangannya, pasti akan ditarik ke stall yang menjual krim kecantikan berdekatan dengan pintu masuk. Aku lihat berpuluh-puluh kotak yang mengandungi krim kecantikan itu tersusun rapi di atas meja.

     "Saya nak cepat ni..."
     "Sekejap saja abang. Tengok dulu, tak beli tak apa..." katanya lalu menarik tangan aku.

     Ughhh...

     "Krim ni bagus untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit... bla bla bla... tidak ada bahan kimia yang bahaya... bla bla bla..." bebel salesgirl krim kecantikan itu sambil menyapu-nyapu krim itu di belakang tapak tangan kanan aku. Sangat awkward rasanya. Dia ni tak rasa bersalah ke pegang-pegang tangan aku, bukan muhrim wehh, sempat aku bermonolog dalam hati. Sebagai seorang lelaki yang masih teruna (cewahh), aku kurang selesa dipegang-pegang dan diusap-usap seperti itu. Dan sebagai wanita yang bertudung, dia sepatutnya peka tentang itu. Tapi aku biarkan saja, demi memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keberkesanan produk itu. Mungkin perkataan 'professionalism' boleh dipakai dalam situasi ini. Tapi bukan isu itu yang aku mahu bincangkan di sini.

     Selepas beberapa saat tangan aku disapu dengan lembutnya, agak-agak krim itu sudah rata dan kering pada kulit aku, dia mula menyental-nyental pula dengan kuat menggunakan ibu jarinya, di tempat yang sama. Pelik. Apakah yang cuba dibuktikan di sini? Krim yang sudah melekat rata di tangan aku itu tertanggal semula dan menghasilkan 'effect' yang kelihatan seolah-olah seperti kulit mengelupas...

     "Nampak tak kulit mati dah tertanggal. Nampak tak abang?" tanyanya dengan mimik wajah konfiden. Ya, aku nampak permainan kau kat situ.  Dia menyambung lagi, "Sekarang abang cuba bandingkan dengan tangan kiri abang. Nampak lebih cerah kan?"

     Aku lunjurkan kedua belah tangan di hadapannya. "Eh?  Tak ada beza pun. Sama aja... " kataku. Ada nada sinis di situ. Ya, memang jelas sekali. Langsung tak ada beza. Dia terpinga-pinga buat seketika.

**Bunyi cangkerik**

     "Erm... sebenarnya, krim ni TIDAK mencerahkan tapi lebih kepada menghaluskan kulit. Sebab tu lah tak nampak perbezaan. Kalau disapu selalu, kulit abang akan jadi lebih lembut lagi," jelasnya lagi. E'eh... boleh pula tukar-tukar statement ya. Padahal dah terang-terang tertera kat leaflet itu...

 
     "Cuba try kat muka pula."

     Oh tidak. Not on my face. Tidak sama sekali akan membiarkan wajah aku dikesat-kesat olehnya.

     "Tak apa, tak apa. Saya nak cepat ni. Saya ambil satu... "
     "Satu aja? Ambillah sekotak abang."

     Hmm... selepas menyaksikan demonstrasi yang 'kurang berjaya' itu, do you really expect me to buy a dozen??? Barangkali orang lain akan berlalu dari situ tanpa membeli. Aku beli juga satu, sebagai tanda terima kasih. Dah berbuih-buih bercakap, tak sampai hati pula aku nak pergi macam itu saja. Aku nampak usahanya menjual produk itu walaupun tidak meyakinkan.

     Jangan salah sangka. Entri ini bukan untuk condemn produk itu. Malah aku tidak menyebut pun jenamanya. Aku tidak pernah prejudis terhadap produk buatan Malaysia. Malah pada pandangan aku ada juga produk tempatan yang lebih bagus daripada produk import. Mungkin produk itu bagus, tapi aku percaya proses pencerahan kulit itu tidak akan berlaku dalam beberapa saat sahaja. Walaupun begitu, mengapa dia tidak perjuangkan saja kata-katanya bahawa produk itu benar-benar mampu mencerahkan kulit?

      Aku menarik satu persoalan di sini, bagaimana mahu meyakinkan orang, jika kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita 'perjuangkan'? (Soalan ini agak universal).



P/S: "You can't convince people, if you can't convince yourself." ~dialog dari filem Cry Wolf



Sunday, December 1, 2013

Makan Bunga? Biar Betul...


    Kalau musim bola, kita pasti terdengar orang menyebut-nyebut frasa 'makan bola, tidur bola'. Tapi itu cuma metafora sahaja. Bola bukanlah untuk dimakan dan dibawa tidur. Begitu juga di dalam situasi bilamana aku terlalu sibuk dengan kerja, pasti akan terkeluar ayat "Busy betul hari ini, tak sempat nak makan, makan bunga aja..." tapi tak pula aku makan bunga betul-betul. Sekadar menggambarkan betapa sibuknya aku sampai tak ada masa nak makan. Having said that, ada ke orang makan bunga? Minum air bunga ada lah... hmm....


     Aku selalu pergi ke sebuah syarikat besar yang satu ini atas urusan kerja. Setiap kali datang ke situ, aku akan berborak sekejap dengan cik adik manis di kaunter yang peramah. Cantik orangnya, wajahnya ada iras-iras penyanyi Indonesia, Desy Ratnasari (masa muda). Ala, yang nyanyi lagu Tenda Biru tu. Tak kenal ke? Tidak mengapa, itu semua tak penting. Bukan awek aku pun. Sudah tiga minggu dia meminta aku untuk membawa sekuntum bunga rose merah untuknya. Aku yang tidak mengganggap kata-katanya itu serius mengabaikan saja permintaannya itu (tak romantik langsung aku). Dan buat kesekian kalinya, beberapa hari yang lepas dia bertanya lagi, "Abang, mana bunga rosenya?" katanya sambil membelek-belek bunga centerpiece di hadapannya. "Nak makan."

     Huh? "Nak apa?" tanya aku ingin kepastian. Kot kot aku tersilap dengar kan...

     "Nak makan bunga rose..." katanya selamba. Dari riak wajahnya, tidak ada tanda-tanda dia bergurau di situ. Dia memang 'dead serious' nampaknya nak makan bunga. Menyedari aku sedang membuat muka pelik, dia menyambung, "Ha... jangan fikir yang bukan-bukan pula, saya tak amalkan ilmu khurafat ya."

     "Makan bunga untuk apa?" tanyaku, masih lagi mengekalkan ekspresi wajah kehairanan. Perempuan ini sudah tidak ada makanan lain nak makan gamaknya. Serius, selama hampir 3 tahun aku menggubah bunga, aku tak tahu pula bunga rose boleh dimakan. Baunya harum, ya itu tak dinafikan. Tapi, motif nak makan bunga?

     "Petua orang dulu-dulu. Untuk cantik dan awet muda," terangnya ringkas.

     Okay, benda-benda seperti ini, aku memang sedikit skeptikal. Lalu aku pun dengan penuh rasa ingin tahunya, cuba mencari maklumat tentang itu di dalam internet sambil minda masih tertanya-tanya 'biar betul minah tu makan bunga, biar betul'. Berikut adalah sedikit info yang aku perolehi hasil carian di dalam internet...

- Memakan kelopak bunga rose yang diamalkan ketika masih remaja lagi dapat membantu meremajakan kulit dan menjadikan wajah awet muda.
 
- Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh menggunakan petua makan kelopak bunga rose selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, surah Al-Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
 
- Bagi wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur, bunga rose juga boleh membantu. Caranya adalah, ambil dalam anggaran 90 gram isi daun lidah buaya dan campurkan dengan bunga rose yang berwarna oren sahaja. Rebus bahan ini bersama 500 mililiter air hingga mendidih sehingga jumlah rebusan itu tinggal dalam anggaran 200 mililiter. Tapis bahan ini dan minum ketika suam. Amalkanlah meminumnya sehingga masalah haid anda menjadi lancar.

Sumber: http://cempakamelati.blogspot.com/2010/12/bunga-mawar-khasiat-dan-keistimewaannya.html  http://anizyn.blogspot.com/2009/02/petua-kecantikan-untuk-bakal-pengantin.html 

     Hmm... sebelum ini aku pernah dengar tentang mandi bunga yang bertujuan menenangkan jiwa, selain untuk mengharumkan badan dan sesetengah orang mengganggap amalan tersebut juga mampu menaikkan aura. Makan bunga rose pula adalah info yang baru bagi aku. Walaupun sedikit skeptikal dan tidak pernah mengamalkannya, bagi aku asalkan amalan itu dilakukan dengan niat kerana Allah s.w.t dan tidak membawa kepada kesyirikan, it's okay. Kerana setiap perkara berlaku adalah di atas keizinanNya.

     Ada sesiapa lagi nak tambah info tentang khasiat bunga rose? Anyone?


P/S: Sedang mencari-cari info tentang makan bunga ros, terjumpa pula info makan bunga melati. Macam-macam... ohh, kini aku melihat bunga dari perspektif yang berbeza.



Monday, November 25, 2013

Por Favor, Arissa!




     Baru sahaja menghabiskan pembacaan novel Dia Bukan Arissa beberapa hari yang lepas. Bagus juga jalan ceritanya. Terima kasih pada kawan baik, blogger Ainur Amira yang telah menghadiahkan novel ini. So sweet of you...

Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.

"Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar sebagai Arissa! Mayat ini biar aku yang uruskan," ujar lelaki tidak dikenali yang datang tiba-tiba.

Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah 'mertuanya' menyamar sebagai 'menantu' Puan Murni, 'ibu' Ameera dan... 'isteri' Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa.Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah!

Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh hati pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang!

     Ha, tu dia... komplot apakah itu? Difahamkan novel ini adalah percubaan pertama penulis, Syaida Ilmuna. Boleh tahan! Jalan ceritanya kemas dan tidak berbelit-belit. Sebelum membacanya, aku ada terbaca review seorang blogger mengenai novel ini. Katanya jalan cerita novel ini adalah 'copy-paste' drama telenovela Mexico yang pernah popular suatu masa dulu, La Usurpadora. Aku tidak mengikuti telenovela tersebut. Maka tidak adil untuk aku menghakimi novel ini (dan penulisnya) berdasarkan kepada cakap orang semata-mata. Apa yang aku pasti, novel ini ditulis dengan begitu baik sekali dan itu sudah cukup bagi aku. Aku tak pula membayangkan watak-watak di dalam novel ini kesemuanya berwajah latin. Lol! La Usurpadora atau tidak, 4/5 bintang untuk novel ini.

Adiós por ahora!


P/S: Truth hurts - Not the searching after, the running from. ~John Eyberg.




Saturday, November 16, 2013

Carey & Carrie


CAREY  
     Ahad, 10hb November, 2am... aku masih belum tidur lagi. Menonton Miss Universe 2013, live (via online streaming). Nak tengok CAREY NG, ratu cantik kita beraksi di pentas dunia, dalam usaha untuk merebut gelaran dan mahkota impian. Tapi akhirnya, hampa. Terus dapat sms dari kawan...
 
'Kan betul aku cakap. Buang masa jer tengok!'


Gaun yang kononnya dikatakan berharga jutaan ringgit, tapi nampak terlalu 'ordinary'

     Pasti ramai yang sudah maklum tentang kekalahan Malaysia buat kesekian kalinya dalam pertandingan Miss Universe, yang berlangsung di Moscow, Russia, Ahad lepas. Mungkin perkataan kalah itu kurang sesuai digunakan untuk melabelkan situasi tersebut kerana Miss Malaysia tidak mendapat tempat langsung untuk mengisi slot 16 peserta terbaik. Unplaced, that's the word. Apa agaknya yang kurang pada ratu cantik kita? Deborah Henry (2011), Kimberly Legget (2012) dan Carey Ng (2013) sudah mencuba yang terbaik, namun masih juga gagal menempatkan diri. Sedangkan kalau diikutkan, mereka juga cantik dan bijak berkata-kata. Barangkali kesilapan terbesar mereka adalah membiarkan diri 'sebati' dengan perserta lain dan mewujudkan kesamaan, sedangkan perkara utama yang perlu mereka lakukan adalah menonjolkan diri. Ya, menonjolkan diri. Itu tidak berlaku. Bagaimana untuk menonjolkan diri di antara puluhan ratu dari seluruh dunia yang masing-masing memiliki wajah yang jelita? Aku mengambil contoh Miss Universe Philipines Shamsey Sup Sup, tahun 2011. Lihat saja gaya catwalknya yang digelar Tsunami Walk itu. Kelihatan agak pelik, tapi cukup untuk mencuri tumpuan umum dan menyerlah. Itu yang patut Miss Malaysia lakukan. Tidak, bukan Tsunami Walk, tapi Bintang Walk (walk like a starfish!)..... Okay, bad idea. Perlu ada strategi sendiri untuk tarik perhatian. Apapun, aku percaya kejayaan itu akan lebih manis dan bermakna setelah melalui episod-episod duka. Masa untuk ratu cantik kita bersinar pasti akan tiba juga kelak. It's okay Carey, you're still a winner to us.

Pose 'tertelan-biji-durian' ini tidak membawa tuah pada Carey



CARRIE

     Okay, kita lupakan cerita Miss Universe itu. Ahad lepas aku pergi menonton filem Carrie di pawagam bersama seorang rakan blogger. Filem Carrie ini adalah filem remake sebenarnya. Versi yang asal keluaran tahun 1976, diarahkan oleh Brian De Palma dan merupakan adaptasi dari novel Stephen King. Aku pernah menonton versi asalnya, agak menarik walaupun special effectnya mungkin sedikit tacky. Filem 70an, what do you expect?

     Filem Carrie versi baru ini masih lagi mengekalkan plot yang sama, namun dimodenisasikan untuk disesuaikan dengan era semasa, tanpa mencuba untuk mengatasi versi asal filem ini. Terima kasih kepada pengarah filem ini, Kimberly Pierce. Aku cukup tidak gemar jika sesebuah filem remake diubah jalan ceritanya dengan keterlaluan dan terlebih-lebih. Carrie 2013 adalah contoh filem remake yang tidak mencuba sehabis mungkin untuk menandingi, malah sebaliknya memberi komplimentasi kepada versi asal, Kadang-kadang sesuatu pembaharuan itu mampu mencipta sesuatu yang spectacular, tapi untuk filem Carrie (yang versi asalnya tidak dinafikan sangat 'epic'!), rasanya pembaharuan yang berlebih-lebihan itu tidak perlu. Itu pada pandangan aku lah. Pandangan orang pula aku tak tahu.


Filem Carrie adalah tentang seorang gadis remaja pasif yang anti-social, Carrie White yang sering dibuli dan dipulaukan rakan sekolahnya. Dia tinggal bersama ibunya yang terlalu taksub pada agama dianuti sehingga menampakkannya seperti seorang yang sudah gila isim. Sue Snell, salah seorang mean girl yang kasihan padanya (setelah menyedari dia telah melakukan kesalahan membuli Carrie dengan keterlaluan), telah menyuruh teman lelakinya mengajak Carrie ke majlis tari menari prom, kerana baginya hanya itulah cara untuk dia menebus kesalahan pada Carrie. Carrie yang pada mulanya ragu-ragu akhirnya bersetuju. Ibunya melarang kerana khuatir Carrie akan diapa apakan. Sudah muak dengan kongkongan ibunya, dia berkeras juga dan akhirnya pergilah dia ke majlis itu dengan Tommy Ross (teman lelaki Sue). Sungguh, naluri seorang ibu sangat kuat. Carrie mengamuk! Apakah yang terjadi seterusnya? Apa yang membuatkan Carrie tiba-tiba mengamuk di majlis itu? Tontonlah sendiri di pawagam berdekatan anda. Oh ya, aku lupa nak cakap yang Carrie ini mempunya kuasa telekinetic yang cukup hebat. Jadi, faham-faham sajalah ya bagaimana seseorang yang memiliki kuasa yang tidak terjangkau dek akal ini mengamuk. Ohh pembalasan dendam yang terindah...


Walaupun jalan ceritanya boleh dijangka (kerana aku sudah beberapa kali menonton versi asal), aku puas menontonnya. Lakonan Julianne Moore sebagai ibu kepada Carrie hebat dan hampir-hampir mengaburi lakonan pemain watak utama. Chloe Grace Moretz  yang memainkan watak Carrie pula bagi aku juga bagus, walaupun mungkin tidak sehebat Sissy Spacek yang membawa watak tersebut dalam versi asal filem ini. Mungkin juga Chloe terlalu cantik untuk menjadi mangsa buli, sehingga kurang mengundang rasa simpati penonton. Secara keseluruhan, filem ini tidak mengecewakan. 4/5 bintang.





Thursday, October 17, 2013

Misi Memboloskan Diri



     ESCAPE PLAN. Sebelum menonton filem ini, berkali-kali juga aku tersasul menyebut tajuknya. Escape Plan jadi Sweet Escape. Bolehh??? Mujur aku tidak tersasul menyebutnya di depan kawan aku hari itu dan di kaunter tiket, kalau tidak... bikin malu saja. Ohh Sweet Escape itu adalah tajuk lagu Gwen Stefani ya. Hehe...


     Filem ini mengisahkan tentang Ray Breslin (Stallone) yang kerjanya adalah melarikan diri dari penjara. Tidak, dia bukan banduan. Dia hanya berpura-pura menjadi banduan, bagi membuktikan bahawa penjara dimana dia ditempatkan untuk menjalani 'hukuman' itu boleh dibolosi olehnya dan memperlihatkan kelemahan sistem penjara. Selepas beberapa kali berjaya melepaskan diri dari penjara, dia diupah pula untuk merekabentuk sebuah penjara yang escape-proof mengikut ideanya sendiri. Tanpa diduga, dia telah diperdaya, disabitkan dengan tuduhan palsu dan dimasukkan ke sebuah penjara; penjara ciptaannya. Soalnya sekarang, bagaimana dia harus melepaskan diri dari penjara yang mempunyai sistem keselamatan yang tip-top dan tanpa laluan melepaskan diri. Disinilah kepakarannya teruji dengan lebih ekstrem. Emil Rottmayer (Arnold) seorang banduan yang menjadi rakannya di dalam penjara menawarkan diri untuk membantu setelah mengetahui siapakah Breslin sebenarnya. Mampukah dia melepaskan diri? Siapakah yang telah memperdayakannya? Mahu tahu lebih lanjut, tontonlah sendiri di pawagam berdekatan anda...


     Sekitar tahun 80an-90an dulu Sylvester Stallone sering dikomparasikan dengan Arnold Schwarzenegger. Siapa bintang filem aksi yang lebih hebat beraksi di layar perak? Stallone atau Arnold? Ohh orang tidak peduli lagi tentang 'Stallone vs Arnold' itu. Kini, orang lebih interested dengan 'Edward vs Jacob' (not me of course. I hate Twilight). Walaupun zaman kegemilangan Arnold dan Stallone sudah passé, gandingan dua bintang filem aksi tersohor ini masih mampu memberi tarikan yang kuat pada peminat-peminat yang merindui lakonan mereka.

     Apa yang aku suka tentang filem ini adalah, watak yang dimainkan Stallone dan Arnold bukanlah watak yang sentiasa menang, ala ala kebal dan berlagak kuat dalam setiap keadaan. Breslin dan Rottmayer adalah watak hero yang vulnerable, yang nampak ketara kesengsaraan dan kesakitannya. Ini berbeza dari kebanyakan watak-watak 'kontrol macho' yang pernah dimainkan oleh Stallone dan Arnold. Filem ini juga ada memaparkan comedic side Stallone dan Arnold (terutama sekali Arnold) yang menjadikan filem ini agak fun untuk ditonton. Jim Caviezel, Vinnie Jones dan rapper 50cent juga turut berlakon dalam filem ini. 4/5 bintang. Klik SINI untuk trailer ESCAPE PLAN. Bagi peminat siri Prison Break yang popular suatu ketika dulu, filem ini sesuai untuk kalian tonton.

Lagu ini bukan soundtrack untuk filem ini, sekadar halwa telinga

P/S: Aktor Hollywood, makin tua makin dihargai. Masih dianggap releven untuk menjadi hero dalam sesebuah filem. Kan bagus begitu...






Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha Untuk Semua!




     IKHLAS dalam setiap apa yang dilakukan. SABAR dalam menghadapi ujian Allah. SYUKUR apa adanya. InsyaAllah, ada hikmahnya. Semua akan  menjadi indah pada saatnya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN


 

Thursday, October 10, 2013

INFERNO: Terapi Tidur




     Entah apa angin kawan aku Sabtu lepas, bersungguh benar dia mengajak aku menonton sebuah filem Kantonis bertajuk INFERNO. Jadi aku pun pergilah menonton Inferno bersamanya, dengan harapan filem itu bagus dan aku tidak tertidur di situ. Bukan aku tidak suka, cumanya aku jarang sekali menonton filem Kantonis dan pelakon-pelakon Hong Kong juga tak ramai yang aku tahu. Aku seorang yang mudah berasa jelak jika sesebuah filem itu tiada pelakon-pelakon yang aku kenal. Kecualilah kalau filem itu benar-benar hebat dan boleh 'berdiri sendiri' tanpa perlu bergantung pada nama-nama besar.


     Mungkin ramai para wanita yang menonton filem ini semata-mata kerana Louis Koo. Realiti maa... kalaulah filem ini tidak ada Louis Koo yang kacak itu dan pelakon utamanya tidak popular, aku tak yakin tiket filem ini terjual dengan larisnya. Ya, Louis Koo mungkin popular tapi tidak membantu membangkitkan keterujaan aku untuk menonton filem ini. Berat rasanya mata aku pada malam itu. Kawan aku pula asyik menyiku-nyiku tangan aku setiap kali aku terlelap. Tidak mahu aku terlepas babak-babak yang menarik barangkali. Atau mungkinkah aku berdengkur dengan mulut ternganga? Serius, filem ini sangat membosankan bagi aku. Dalam kemengantukan itu, mata aku sempat meliar-liar ke arah penonton di hadapan. Kelihatan seorang wanita juga terlentok kepalanya di kerusi (syoknya akak tu tidur), manakala dua orang anak kecilnya pula sibuk bertanya itu ini pada si bapa di sebelah yang melayan penuh sabar sambil menonton skrin besar di hadapan. Teringat iklan Petronas, 'burung apa? Burung Murai. Burung apa?! Burung Murai.' Okay, tak ada kena mengena dengan entri ini...

     Tak banyak yang aku nak ulas tentang filem ini, kerana bagi aku filem ini biasa-biasa saja. Bagi mereka yang menaruh minat mendalam terhadap prosedur memadam kebakaran, mungkin akan terhibur menontonnya. Filem ini adalah tentang bencana kebakaran yang terjadi di dalam sebuah bangunan yang sedang berlangsungnya satu majlis dan di sinilah terpancar semangat kepahlawanan ahli bomba yang mempertaruhkan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Filem ini memfokuskan kepada dua orang karakter iaitu Keung, seorang bekas ahli bomba dan abangnya Tai Kuan, juga seorang ahli bomba. Walaupun tidak lagi bekerja sebagai ahli bomba, tapi kerana semangat untuk berjuang itu masih membara, Keung bersama-sama abangnya terus cuba mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan dan membawa mangsa keluar dari bangunan yang sedang dimamah api itu. Yawn...

     "Kau tidur ek tadi? Sabar aja la aku...." kata kawan aku usai tamat tayangan. Oh, aku hanya terbayangkan tilam, selimut dan bantal saat itu. 2/5 bintang untuk filem ini.



P/S: Suka menonton filem-filem komedi Hong Kong yang sangat kelakar seperti 92 Legendary La Rose Noire, All's Well Ends Well dan filem-filem Stephen Chow.



Wednesday, October 2, 2013

Tentang Aweks


     ...kerana cintaku mewangi dan harum, walau tercampak di mana jua...  Ewahh!

     Dulu aku playboy. Wah! Sebuah pengakuan! Alahai... cinta monyet zaman riang ria Ribena. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Stail budak-budak sekolah bercinta ; kirim-kirim surat cinta, berdating di perpustakaan (kononnya study la) etc. Oh pernah juga dapat surat cinta yang wangi macam bau bedak talkum Dashing. Terbersin-bersin aku dibuatnya. Masa itu aku terfikir, 'bedak siapalah agaknya kau tabur atas kertas kajang ni???'. Bedak abah dia kot dia belasah. Tapi tak pula aku menegur dia depan-depan, kecik hati pula nanti. Oh well... it's the effort that counts. Sehingga ke hari ini, apabila tercium bau bedak/perfume Dashing, aku pasti teringat akan gadis itu. Awek Dashing, entah dimanalah dia sekarang. Sudah kahwin gamaknya, anak 8.....


     Anyway, kita lupakan cerita awek Dashing itu. Beralih kepada AWEK CHUCK TAYLOR, sebuah novel. Menceritakan tentang lelaki bernama Hafiz, seorang playboy. Ya, aku kategorikan dia sebagai seorang playboy, playboy yang malang. Playboy sering dianggap penghancur hati wanita. Berbeza pada Hafiz, dia tidak berniat untuk meletakkan status playboy itu pada dirinya. Dia adalah mangsa keterdesakan dirinya sendiri. Hafiz bagi aku seolah-olah desperate untuk mempunyai teman wanita. Nampak kenaifannya di situ.

     Dia dipertemukan dengan Mira, gadis yang bersifat anarkis, garang dan seorang yang opinionated. Kemunculan Mira dalam hidupnya telah memberikan suatu reality check buat dirinya. Mira sentiasa mahu menang dalam setiap hal. Hafiz tidak kisah semua itu, cinta mengatasi segala galanya. Perhubungan dengan Mira secara tidak langsung merapatkan dirinya dengan keluarga Mira, terutama sekali Aiman (abang kepada Mira) yang nakal dan narsis dan Nana (adik Mira) yang anti-social, merasa diri kekurangan kerana gagap. Dalam diam Nana menyimpan perasaan terhadap Hafiz dan mengharap cinta itu berbalas. Hafiz juga menyimpan perasaan yang sama, namun sedaya upaya cuba menangkis rasa itu. Ketegangan tercetus apabila Mira dapat menghidu something fishy sedang berlaku. Apa yang berlaku seterusnya? Bacalah sendiri...

     Novel ini juga menyelitkan kisah cinta Hafiz bersama Fadilah yang kuat cemburu, Bella si kaki kikis duit, dan persahabatannya dengan Azrina, adik angkatnya yang ala-ala gedik gitu. Oh tak lupa juga dengan Sheila, gadis yang dia secretly admired.

     Perlu diingatkan, ini bukan 'another' novel cinta klise yang banyak terdapat di pasaran ketika ini. Walaupun begitu, aku yakin peminat-peminat novel 'cinta sendu' di luar sana juga pasti akan enjoy membaca novel ini kerana kelainan jalan ceritanya. (Atau mungkin menyampah lalu terus menghentikan pembacaan dan sambung baca novel sendu-sendu). Mungkin bahasa yang digunakan antara pasangan bercinta Hafiz dan Mira di dalam novel ini tidak se'lovey-dovey' novel-novel cinta yang lain, dan dialog antara Hafiz dan kawan baiknya Aiman sangatlah 18SX dan sedikit kasar, tetapi secara peribadinya bagi aku membaca novel seperti ini lebih terasa kerealistikannya, kerana bahasanya lebih dekat dengan dunia sebenar. Okay, you've been warned, jangan pula selepas ini ada yang merasa tersentap bila terbaca perkataan-perkataan 'tidak bertapis' dalam novel ini dan menyalahkan aku kerana tidak mengingatkan.

     Well written. 4/5 bintang untuk novel ini. Nami Cob Nobbler, you're such a good writer!


P/S: Chuck Taylor  = Kasut Converse




Monday, September 16, 2013

The Zizan Factor


**SPOILER ALERT**

     Aku sering mendengar rungutan peminat-peminat novel yang tidak puas hati bilamana novel kegemaran mereka dijadikan filem dan hasilnya seolah-olah tidak memberi 'justice' pada novel itu. Contohnya filem Lagenda Budak Setan. Rata-rata yang pernah membaca novel nukilan Ahadiat Akashah itu menyuarakan rasa hampa mereka terhadap filem tersebut yang jalan ceritanya tidak sama 100% seperti di dalam novel. Setiap kali mendengar bebelan mereka, setiap kali itulah aku akan berkata, "oh come on, just enjoy the movie lah..." Aku tidak pernah membaca novel Lagenda Budak Setan, maka aku tidak dapat membuat perbandingan. Tapi aku rasa, filemnya agak bagus juga. Dan aku kurang faham kenapa ia dijadikan isu. Akhirnya terkena batang hidung aku sendiri...
     Beberapa hari lepas, aku pergi menonton KL Zombi (arahan MJ Woo). Sengaja aku memilih untuk menonton filem yang ringan hari itu, untuk melepaskan stress yang bersarang dalam diri. Cewahh! (gubah bunga juga boleh mengundang stress ya). Difahamkan filem KL Zombi ini adalah adaptasi dari novel Fixi, Zombijaya, karya Adib Zaini. Aku pernah baca novel itu, dan kali ini aku mahu menghayati ceritanya dalam bentuk filem pula.
     KL Zombi adalah cerita tentang Aliff yang digigit anjing, dan akibat dari serangan itu dia telah mengalami penyakit pelik dan bertukar menjadi zombi. Dari situ wabak itu menular dan Nipis (lakonan Zizan) bersama-sama dengan beberapa orang yang lain mencari jalan untuk menghapuskan zombi-zombi yang berkeliaran dan pada masa yang sama memastikan diri sendiri selamat. Memang lucu, lebih-lebih lagi dengan adanya Zizan sebagai pelakon utama. Cuma, yang aku tak faham, kenapa bahagian-bahagian menarik di dalam novel itu tiada di dalam filem ini. Wahh nampaknya aku sudah termasuk dalam kumpulan "pembaca-novel-yang-tidak-berpuashati". Ya, memang aku sedikit kecewa dengan filem ini, kerana sebelum menontonnya, aku menjangkakan bahagian-bahagian menarik dalam novel itu pasti akan direalisasikan dalam filem ini. Ohh, tingginya expectation aku.
     Tidak dinafikan Zizan punya pengaruh yang kuat dalam industri hiburan tanahair ketika ini, dan mungkin kerana itulah filem ini diolah mengikut 'acuan' Zizan, selain daripada faktor komersial. Zombie memang tidak wujud di dalam dunia ini, mungkin ada di negara lain yang mempercayai kewujudannya (mungkin) atau di dalam minda orang-orang schizophrenic. Tapi walaupun kewujudan zombie itu sendiri dalam filem ini sudah cukup mengarut, janganlah pula jalan ceritanya juga diolah mengarut. Aku suka pengakhiran cerita di dalam novel itu, dimana tidak ada seorang pun yang terselamat dari wabak zombie, kecuali Nipis dan dua orang lagi karakter yang tidak dinyatakan namanya. Berbeza dalam filem apabila di akhir cerita kesemua yang telah bertukar menjadi zombie kembali pulih seperti sediakala. Ya, mungkin penonton di Malaysia sukakan happy ending yang begitu. Tapi agak hiperbola di situ bila zombie-zombie itu kembali menjadi manusia normal, hanya kerana krim muka MLM yang menjadi penawar kepada wabak itu. Really? Krim muka? Ya, seperti yang aku katakan tadi, barangkali kerana Zizan adalah tunjang utama filem ini, maka jalan ceritanya juga dilawakkan mengikut 'rentak' Zizan yang memang hebat berlawak.
Novel Zombijaya
     Orang kata, ketawa pengubat stress. I had a good laugh, walaupun di akhir cerita terkeluar juga ayat "cerita apalah yang aku tengok ni?". Novel 'Zombijaya' itu tidaklah setebal mana, ceritanya mudah. Tapi mungkin kerana bajet yang terhad, maka cerita yang sudah sedia ringkas itu, diringkaskan lagi dalam filem ini dan ditambah dengan babak-babak lucu sebagai perencah untuk menyedapkan rasa dan disesuaikan dengan selera penonton Malaysia. 2 bintang saja untuk filem ini bagi aku. Untuk yang sukakan cerita zombi yang unconventional, mungkin anda akan suka filem ini. Pelakon lain yang menjayakan filem ini antaranya Siti Saleha, Faezah Elai, Izara Aishah, Zain Hamid dan Azhan Rani.

Zombi jalan-jalan cari makan
Zombi yang high fashion

P/S: Izara Aishah jadi zombi pun still nampak hot...

Saturday, August 31, 2013

Raya Kan Sebulan...


     ♪ ♫"Termenung ku sendiri... mengenang rindu tidak menentu..."♪ ♫

     Aku bukanlah orang yang suka menjeruk rasa sorang-sorang. Tapi terkadang, ada ketikanya aku tertewas juga pada situasi.

     ♪ ♫"...pulanglah ku merinduimu sayang... ku menanti dengan jiwa raga..."♪ ♫

     Sedang membelek-belek baju di tingkat 2, gedung membeli belah Sogo, tiba-tiba lagu raya 'Pulanglah' yang dinyanyikan oleh Aishah berkumandang. "TIDAKKK!!!" jeritku (dalam hati, gila nak jerit betul-betul di khalayak ramai!?) seraya berlari-lari anak ke arah fitting room yang berdekatan untuk menenangkan perasaan gundah gulana. Macam filem hindustan pula. "Aku sepatutnya tengah makan ketupat sekarang ni, lemang, rendang, batang buruk... bla... bla... bla..." omelku sorang-sorang di dalam fitting room... sambil mencuba baju of course.

     Menyedihkan.

     Itu cerita aku pada hari raya tahun lepas. Aku yang tidak pulang beraya di kampung kerana cuti raya yang terlalu singkat, pergi membeli belah di Sogo pada hari raya pertama untuk mengurangkan perasaan sedih. Ada dua perkara yang membuatkan aku 'lemah' dan rasa nak menangis, takbir raya dan lagu-lagu raya yang sedih-sedih. Jadi aku cuba elakkan untuk duduk sorang-sorang di rumah mengenang nasib. Semua kawan-kawan rapat sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Jemputan open house hanya pada hari raya ketiga. Apa aku buat selama dua hari pertama itu? Shopping! Ia bukanlah idea yang terbaik. Langsung tidak membantu.


    Tahun ini aku beraya di kampung emak aku, Keningau, Sabah. Aku sudah membeli tiket ke Labuan seawal bulan April lagi. Teruja sungguh rasanya untuk pulang ke kampung, setelah melalui pengalaman keseorangan di pagi raya tahun lepas yang aku rasakan sangat... hmm, what's the word... kosong, mati kutu... ahh senang cakap tak best lah!

Dari Kota Kinabalu, sempat singgah di Taman Banjaran Crocker, Keningau dalam perjalanan menuju ke rumah nenek... I just love roadtrip...


     Rumah nenek penuh lagi tahun ini. Apabila seluruh ahli keluarga berkumpul di dalam satu rumah, berbagai ragam dapat disaksikan. Memang kecoh dan hingar bingar rumah dari pagi sampai ke tengah malam. Nenek tak kisah pun. Dia lagi suka rasanya...

Gaya bebas, sesedap rasa dan seadanya

     Raya tahun ini, secara peribadinya, aku dapat rasakan diri aku semakin matang (bukan saja dari segi perangai tapi juga usia). Duit raya yang aku terima tahun ini agak merundum jumlahnya, jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Haha.. dah tua-tua nak bercakap pasal duit raya (you wish Jee Fairuz!). Sebaliknya tahun ini, aku pula yang menghulurkan duit raya pada mereka yang lebih muda dan perasan muda. Tak apalah, aku sendiri pun segan dalam usia yang sebegini, tergedik-gedik nak minta duit raya. "Nak duit raya!" oh tidak... it would be really awkward.

Melawat kebun nenek di hening pagi (semua nampak macam belum mandi lagi kan)

     Ohh alang-alang aku buat entri raya yang agak terlewat ini, aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi mengepos kad raya pada aku. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah sebagai tanda ingatan. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas gitu. Ya, zaman kad raya sudah berlalu. Zaman sekolah dulu-dulu, kad raya diberi by hand saja di kalangan rakan-rakan sekelas. Gembira rasanya jika dapat banyak kad raya. Itu tandanya ramai yang ingat kat kita. Dan ingatan itu diterjemahkan dalam bentuk kad lalu diberi by hand dan dibalas dengan cara yang sama. Lihatlah betapa sesuatu yang simple boleh menjadi sangat manis dan menggembirakan orang. Itu cerita dulu, tapi tidak ada salahnya jika kita mahu meneruskan tradisi yang sudah dikaburi dengan kemajuan teknologi ini. Nilai sentimentalnya lebih dapat dirasakan berbanding dengan menyampaikan ucapan raya menggunakan teknologi moden. Tak gitu? Terima kasih Bahrain Ramlan, Ainur Amira, Khairil Mazri (terima kasih duit rayanya...hehe), Nurul Fairuz dan bro Eqbal Zack. Tahun depan bagilah kad raya lagi... :)


     Setiap orang mengharapkan hari lebaran yang penuh makna. Ya, ada hikmahnya aku tidak pulang ke kampung tahun lepas. Aku lebih menghargai keluarga selepas melalui pengalaman itu. Sangat mengarut jika ada yang mahu meraikan hari raya keseorangan, tanpa sebab. Berpuasa mengajar kita mengingati mereka yang daif dan sentiasa dalam kelaparan disebabkan tidak ada apa untuk dimakan. Sama juga halnya jika tidak beraya di kampung (lupakan cerita aku melepas geram dengan membeli belah itu... hehe). Aku menarik sesuatu yang positif di atas pengalaman itu, ia mengajar aku untuk mengingati nasib mereka yang hidup sebatang kara dan orang-orang tua yang ditinggalkan oleh anak. Put yourself in their shoes. Sekurang-kurangnya aku masih boleh menelefon keluarga di kampung, bagaimana pula dengan mereka yang tidak punya siapa? Dan ia sesuatu yang menginsafkan. Empathy, that's the word. Semua orang patut ada sifat itu. Hargailah keluarga anda.


     Marilah kita semua berdoa untuk kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Bersederhanalah...

     Oh ya... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!



P/S: "kau baru nak buat entri raya?!" kata seorang kawan. Well, raya kan sebulan.... lol!



Saturday, August 17, 2013

Testing Update Entri Blog






Harap maaf. Entri ini adalah untuk testing sahaja. Sedang kenalpasti masalah feed blog ini.

Tuesday, July 30, 2013

Memburu Pemilik Mata Itu


     Bila mulut sudah tidak mampu berkata-kata, biarkan mata itu berbicara...

'The Afghan Monalisa''
Gambar ini dijadikan muka depan majalah National Geographic edisi June 1985,
dan menjadi popular di serata dunia

     Umpama mencari sebatang jarum di dalam timbunan rumput kering, Steve McCurry, jurugambar National Geographic yang telah mengambil gambar itu di kem pelarian Nasir Bagh, Pakistan pada tahun 1984, cuba menjejak kembali gadis di dalam gambar itu di serata Pakistan dan Afghanistan. Ia bukan misi yang mudah kerana ketika gambar itu diambil, dia langsung tidak mengenali gadis itu. Gadis itu bukan supermodel popular, hanya gadis biasa. Mangsa keadaan.

      Pencarian bermula di sekitar tahun 90an. Malangnya usaha itu tidak membuahkan hasil malah ada beberapa wanita yang mengaku itu adalah gambar mereka dan tidak kurang juga para lelaki yang mengatakan gadis dalam gambar itu adalah isteri mereka, namun diragui kesahihannya. Akhirnya setelah Steve sudah mula hilang harapan dan berputus asa, gadis itu (kini seorang wanita) berjaya juga dijejaki pada tahun 2002 dengan bantuan beberapa pihak (golongan pelarian sendiri) dan seterusnya disahihkan dengan bantuan teknologi moden. Pencarian hampir dua dekat lamanya, berhasil.

    Gadis di dalam gambar itu bernama SHARBAT GULA. Sharbat Gula, tidak mempunyai idea langsung gambarnya itu telah memberi impak kepada dunia. Imej wajahnya dengan selendang merah di kepala dan mata hijau jernih yang merenung tajam tepat pada kamera telah menjadi simbol kepada konflik yang berlaku di Afghanistan pada tahun 1980 (pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan). Mata itu... ya mata itu menggambarkan keadaan sebenar di situ, segala kepayahan yang terpaksa mereka lalui dan perjuangan untuk terus hidup sebagai pelarian di bumi sendiri.

     Disaat gambar itu diambil, Sharbat baru berusia 12 tahun. Ibu bapanya terbunuh dalam serangan Soviet Union terhadap Afghanistan, memaksa Sharbat dan adik beradik serta neneknya untuk meninggalkan kediaman mereka dan tinggal di kem pelarian. Tragedi peperangan itu telah meragut kesejahteraan dan kebahagiaan hidup bukan sahaja Sharbat, malah beratus yang lain. Sedih bukan?

     Dokumentari 'Search For The Afghan Girl' ini sebenarnya sudah lama aku tonton di National Geographic Channel beberapa tahun yang lepas. Aku recalled kembali di sini kerana ia adalah dokumentari kegemaran aku dan aku mahu kongsi pada semua orang yang tidak tahu tentang cerita ini. Dokumentari ini tidak pernah gagal memberikan goosebumps pada aku setiap kali menonton Sharbat membuka kain yang menutup sebahagian wajahnya untuk membenarkan Steve mengambil gambarnya buat kali kedua. Itupun setelah diyakinkan oleh Steve, betapa gambar dan kisahnya itu akan memberi kesedaran pada dunia terhadap nasib pelarian Afghan yang menderita. Wajah itu menceritakan segala galanya. Ramai lagi 'Sharbat Gula' di luar sana yang berharap dunia ini akan pulih dari hari-hari gelap yang menimpa mereka. The Search For The Afghan Girl adalah dokumentari TV terbaik yang pernah aku tonton.

Ketika gambar ini diambil oleh Steve McCurry, Sharbat Gula berusia 30+ tahun, sudah
 berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. 

Versi pendek dokumentari 'Search For The Afghan Girl'.

     Bersyukurlah, Malaysia masih lagi sebuah negara yang aman. Namun bumi tidak berputar hanya di sekeliling negara kita sahaja. Dengan cuba memahami apa yang berlaku di negara-negara yang bergolak dengan peperangan, kita akan lebih menghargai tinggal di Malaysia dan berusaha mengekalkan keharmonian yang sedia ada. Sayang, masih ada yang cuba merosakkannya...

P/S: Sinar harapan pasti ada di setiap sempadan putus asa.

Sunday, July 21, 2013

Nasi Ambeng Yang Kurindui


     Orang kata aku gila... gila Nasi Ambeng. Aku okay jerr... :)

Ramadhan 2010, Singapura...

     "Kau ni tak habis-habis nasi ambeng, nasi ambeng, nasi ambeng... muka pun dah macam nasi ambeng... " kata kawan sekerja aku Azri, yang memang laser mulutnya sambil memasukkan bungkusan nasi ambeng yang aku belikan untuknya di dalam oven untuk dipanaskan.
     "Makan aja lah. Nasi ambeng ni okay. Tak cepat basi, sedap pun sedap," balasku. Di pagi yang hening itu, Nasi Ambeng terasa sangat lazat. Itulah rezeki sahur kami.


     Apa benda Nasi Ambeng ni? Secara ringkasnya, Nasi Ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa yang menggabungkan nasi putih, mee goreng atau bihun, ayam goreng atau ayam masak kicap (biasanya ayam masak kicap), serunding kelapa, tempe, ikan kering dan kerisik. Aku bukanlah orang Jawa (walaupun ada orang kata muka aku macam orang Jawa. Tang mana Jawanya aku pun tak tau), tapi aku begitu menggemari Nasi Ambeng. Barangkali gabungan lauk-lauk yang pelbagai itu menjadikan rasanya unik dan memberi sensasi yang berbeza pada lidah aku. Gitu...

     Tahun 2010, aku sering berulang alik dari KL ke Singapura atas urusan kerja. Jarang benar aku dapat tidur di rumah aku di Kuala Lumpur. Masa aku banyak dihabiskan di Singapura. Masuk bulan Ramadhan, jadual kerja aku masih begitu, tidak ada pengurangan waktu kerja. Namun aku tak pernah pula merungut. Tapi itu cerita lain (akan diceritakan di entri yang lain nanti). Azri, kawan sekerja aku yang paling kamceng selalu berpesan kalau singgah mana-mana, belilah apa saja makanan untuk bersahur. Nanti nak sahur tak payah makan kat luar, panaskan saja dalam oven. Biasanya dalam perjalanan ke Singapura, aku akan singgah di RNR Pagoh untuk berbuka puasa dan selepas berbuka puasa aku akan tapau something untuk bersahur pula. Awalnya aku beli makanan sahur kan. Hehe... ya, hidup sebagai seorang rakyat Malaysia di Singapura tidak memungkinkan aku untuk selalu bermewah-mewah, makan di restoran. Sekali sekala bolehlah, aku bukannya sengkek sangat pun. Kadang-kadang makan juga di Adam Road Food Court yang terletak berdekatan dengan tempat kerja (nasi lemak di situ terbaik!). Makanya, aku akan tapau makanan dari Pagoh atau RNR Gelang Patah untuk 'diseludup' ke Singapura. Kalau bukan aku, Azri pula yang kan tapaukan untuk aku. Dan selalunya, Nasi ambeng memang menjadi pilihan aku untuk bersahur. Kali pertama makan Nasi Ambeng, hati aku sudah terpaut pada rasanya. Ironisnya, sebelum itu aku cukup menyampah mendengar nama nasi itu disebut-sebut orang. Pelik benar bunyinya. Sudahlah rupanya pelik. Tatkala pertama kali mencubanya, tanggapan awal aku berubah. Sedap! Ini makanan kampung yang benar-benar kampung!, fikirku (itu satu pujian ya). Dan aku juga bukanlah penggemar makanan eksotik seperti ikan kering (atau sesetengah orang memanggilnya ikan masin), tapi ikan kering yang menjadi salah satu lauk di dalam Nasi Ambeng senang aja masuk ke mulut aku tanpa kompromi. Ya... usahlah kita berbicara tentang makanan itu sihat atau tidak di sini, kerana tajuk entri ini bukanlah 'makanan seimbang untuk kekal langsing'.

     Tahun 2011, aku bertukar kerja dan tidak lagi berulang alik ke Singapura. Nasi Ambeng tinggal kenangan. Aku tidak lagi merasa makan Nasi Ambeng selepas itu. Aku tak tahu pula di mana ada jual Nasi Ambeng di Kuala Lumpur ini. Aku kenal Nasi Ambeng pun di Pagoh. Kalau tanya kat kawan-kawan pun, antara jawapan 'kurang asam' mereka adalah seperti "Aku tak tahulah kat mana ada jual nasi Ambeng  kat KL ni. Kau ni dah kenapa, mengidam ke? Anak siapa?!" atau jawapan blur "Nasi Ambeng? Apa tu?" Ramai juga yang tak tahu kewujudan Nasi Ambeng itu ya. Jujur, sudah 2 Ramadhan aku mencari nasi Ambeng di Bazaar Ramadhan berdekatan, tapi tak jumpa atau mungkin aku terlepas pandang (bukan rezeki). Kesian kan aku... macam obses ya amat pulak bunyinya. LOL!



     Ramadhan tahun ini berbeza. Ditakdirkan aku berjumpa Nasi Ambeng di bazaar Ramadhan pada hari kedua berpuasa. Hati berbunga-bunga. Umpama perjumpaan semula dengan teman lama pula rasanya, segala memori jelas terimbau tatkala menikmatinya di kala azan Maghrib berkumandang. 2 Tahun aku mencarimu. Bagi yang tidak faham... biarlah. Nasi Ambeng penuh nostalgia bagi aku, ia mengingatkan aku erti syukur dalam bersederhana, dalam usaha untuk hidup dan mencari rezeki di tempat orang.

     Kawan-kawan, jika anda tahu, nyatakan pada saya... di manakah letaknya kedai makan yang ada jual Nasi Ambeng paling sedap di Kuala Lumpur ini? ;-)

P/S:  Kenangan yang lama menjelma... ingatanku padamu menyala nyala... (tetiba).


Sunday, June 30, 2013

Cerita Random Tentang Mimpi


Mimpi 1

     Seorang kawan baik pernah bercerita padaku tentang mimpinya bertemu seorang lelaki di masjid Al-Azhar, Mesir. Aku yang agak skeptikal mula memerli..
     "Macam mana you tahu itu masjid Al-Azhar? Ada signboard ke kat situ? Atau you just assume itu adalah masjid Al-Azhar?"

     Dia menjawab " No, I google it after I woke up. Masjid dalam mimpi I tu sama macam masjid Al-Azhar di Mesir."
     "Oh... okay. So you google every mosque yang ada dalam dunia ni?" tanyaku lagi, masih merasa skeptikal tentang mimpinya itu. Terang benar gambaran masjid dalam mimpinya itu ya. Setahu aku, dia memang tidak pernah lagi melancong ke Mesir.
     "Up to you to believe me or not... tapi memang itu masjid Al-Azhar. I tahu... " katanya lagi, mungkin menyampah dengan sikap sarkastik aku. Huhu. Nampaknya cerita tentang masjid Al-Azhar itu telah mengaburi lelaki yang muncul di mimpinya itu. Aku tidak bertanya langsung tentang lelaki itu, bagaimana rupa parasnya, kacakkah dia? Mungkin kalau aku tanya, pasti dia akan sebut nama-nama celebrity berwajah arab. Tapi itu cuma pandangan aku saja. Gosh, I can be pretty sarcasatic at times...
     Surprisingly, tidak lama selepas itu dia berkenalan (secara tidak sengaja) dgn seorang lelaki kacukan Melayu, Arab, Pakistan. Dan mereka mula mengenali hati budi masing-masing, berkawan dan bercinta. Beberapa minggu yang lepas mereka telah mengikat tali pertunangan dan bakal melansungkan perkahwinan tahun hadapan. Adakah ini satu kebetulan atau mimpi itu memberi petanda awal yang dia akan mendapat jodoh dari kalangan lelaki berketurunan arab. Itu aku tak pasti. Wallahualam. Kuasa Allah mengatasi segala galanya. Kadang-kadang aku mengusiknya dengan berkata "Omg your Cairo dream is real! It's real!!!" Ahaks! Dia cuma membalas "Shut up!". Huhu. Ayesha Mansor, if you're reading this right now... I love you my friend! :) Semoga berbahagia hendaknya bersama Prince Charming mu.

Mimpi 2

     Sepatutnya sudah lama aku publish entri tentang novel ini, tetapi kerana masalah kesihatan, entri ini terbengkalai dan terpaksa aku tangguhkan. Tak larat aku nak membereskannya dan duduk lama-lama depan laptop. Nothing to worry about, demam biasa saja. Ya, demam biasa yang berlanjutan sehingga seminggu lamanya. Siap kena sound dengan doktor lagi "kenapa dah seminggu baru nak pergi klinik? bla bla bla..." Manalah aku tahu, biasanya paling lama aku demam 3 hari saja. Dan aku sembuh hanya dengan menelan Panadol. Kali ini, aku tertewas jua. Akulah salah seorang homo sapien yang tertewas dek jerebu. Huhu...

     Okay, Ilusaniti. Karya Adib Zaini, keluaran FIXI. Mengisahkan sekumpulan rakan cyber yang bertemu buat pertama kalinya di luar alam maya. Perkenalan yang sepatutnya fun bertukar tragis apabila seorang demi seorang mengalami kejadian-kejadian aneh yang tidak dapat diterima akal. Mimpi-mimpi aneh yang sama menghantui mereka. Kewarasan fikiran terganggu sehingga akhirnya ada diantara mereka yang membunuh diri, menjadikan masalah ini bertambah kusut. Dalam keadaan yang agak berserabut itu, mereka yang masih hidup berusaha untuk mencari punca segala kekalutan yang menimpa mereka itu.

     Illusaniti adalah novel yang santai untuk dibaca. Gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini selamba dan lebih kepada cara percakapan kita sehari-hari.. Aku rasa seolah-olah membaca novel Christopher Pike yang dimelayukan. Christopher Pike adalah penulis kegemaran aku masa zaman sekolah menengah dulu. Aku ibaratkan Christopher Pike sebagai 'guru' Bahasa Inggeris aku, kerana aku jarang sekali membaca buku teks dan tidak berminat nak membeli buku rujukan bahasa Inggeris kerana aku rasakan ia sangat membosankan. Sebaliknya setiap minggu aku akan ke perpustakaan untuk meminjam novel-novel thriller Christopher Pike. Dan jika ada perkataan yang aku tidak faham, aku akan rujuk pada kamus. Itu cara aku belajar. Tapi itu cerita lain, sekadar menyatakan betapa novel Illusaniti ini mengingatkan aku pada novel-novel Christopher Pike dari segi cara penulisannya. Mungkin disebabkan itulah aku suka novel ini.


     Tapi, bagi mereka yang tidak sukakan novel yang anti klimaks/ceritanya tergantung, mungkin novel Ilusaniti ini bukan untuk anda. Barangkali penulis sengaja mahu membiarkan pembaca membuat kesimpulan sendiri atau mungkin ada sambungan lagi di masa akan datang, itu aku tak pasti. Atau barangkali aku yang kurang dapat menangkap mesej sebenar di sebalik ending yang tergantung itu. Maka aku habiskan sendiri pengakhiran ceritanya di dalam kotak fikiran aku dan membuat natijah sendiri. Bagi yang belum membaca novel ini dan mahu membacanya, silakan. But don't expect too much. Kalian mungkin teruja mahu tahu punca segala 'kegilaan' yang membelenggu watak-watak dalam cerita ini. Guess what, you're not gonna find it. Haha. Mungkin ada, tapi tidak konkrit. Jadi buatlah kesimpulan sendiri. Cara setiap manusia berfikir berbeza, dan setiap kali membaca novel, gambaran dalam kotak fikiran masing-masing juga berbeza. Itu keunikan membaca novel. Aku bagi 3/5 untuk novel ini.

     Selamat berhalusinasi. Ehhh!

Mimpi 3


     Masa kecil dulu, setiap kali demam, tidurku pasti diganggu dengan mimpi yang pelik-pelik. Pernah suatu hari, aku yang sedang demam menonton drama melayu di TV bersama keluarga. Erma Fatima melakonkan watak yang bernama Atikah (watak utama di dalam cerita itu). Dan selepas menonton, aku tertidur dan bermimpi Erma Fatima... sedang makan TV. Ya, anda tidak silap baca di situ. Erma Fatima muncul di dalam mimpi aku, sedang makan TV dengan lahapnya. How weird is that?! Ya, aku budak lagi ketika itu (darjah 5 kot), dan gambaran Erma Fatima makan TV adalah sangat menakutkan bagi aku. Dan selepas terjaga dari mimpi yang 'maha dahsyat' itu, boleh pula aku jerit "ATIKAH MAKAN TV!!!!!" Insiden ini sentiasa segar dalam ingatan, kerana ia adalah mimpi yang paling pelik/kelakar pernah aku alami. Setelah meningkat dewasa, aku tidak lagi mengalami mimpi pelik setiap kali demam. Syukurlah...


P/S: Jangan lupa baca doa tidur dan cuci kaki sebelum tidur agar tidurmu tidak diganggu syaitonirrojim...