♪ ♫"Termenung ku sendiri... mengenang rindu tidak menentu..."♪ ♫
Aku bukanlah orang yang suka menjeruk rasa sorang-sorang. Tapi terkadang, ada ketikanya aku tertewas juga pada situasi.
♪ ♫"...pulanglah ku merinduimu sayang... ku menanti dengan jiwa raga..."♪ ♫
Sedang membelek-belek baju di tingkat 2, gedung membeli belah Sogo, tiba-tiba lagu raya 'Pulanglah' yang dinyanyikan oleh Aishah berkumandang. "TIDAKKK!!!" jeritku (dalam hati, gila nak jerit betul-betul di khalayak ramai!?) seraya berlari-lari anak ke arah fitting room yang berdekatan untuk menenangkan perasaan gundah gulana. Macam filem hindustan pula. "Aku sepatutnya tengah makan ketupat sekarang ni, lemang, rendang, batang buruk... bla... bla... bla..." omelku sorang-sorang di dalam fitting room... sambil mencuba baju of course.
Menyedihkan.
Itu cerita aku pada hari raya tahun lepas. Aku yang tidak pulang beraya di kampung kerana cuti raya yang terlalu singkat, pergi membeli belah di Sogo pada hari raya pertama untuk mengurangkan perasaan sedih. Ada dua perkara yang membuatkan aku 'lemah' dan rasa nak menangis, takbir raya dan lagu-lagu raya yang sedih-sedih. Jadi aku cuba elakkan untuk duduk sorang-sorang di rumah mengenang nasib. Semua kawan-kawan rapat sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Jemputan open house hanya pada hari raya ketiga. Apa aku buat selama dua hari pertama itu? Shopping! Ia bukanlah idea yang terbaik. Langsung tidak membantu.
Tahun ini aku beraya di kampung emak aku, Keningau, Sabah. Aku sudah membeli tiket ke Labuan seawal bulan April lagi. Teruja sungguh rasanya untuk pulang ke kampung, setelah melalui pengalaman keseorangan di pagi raya tahun lepas yang aku rasakan sangat... hmm, what's the word... kosong, mati kutu... ahh senang cakap tak best lah!
Dari Kota Kinabalu, sempat singgah di Taman Banjaran Crocker, Keningau dalam perjalanan menuju ke rumah nenek... I just love roadtrip...
Gaya bebas, sesedap rasa dan seadanya
Raya tahun ini, secara peribadinya, aku dapat rasakan diri aku semakin matang (bukan saja dari segi perangai tapi juga usia). Duit raya yang aku terima tahun ini agak merundum jumlahnya, jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Haha.. dah tua-tua nak bercakap pasal duit raya (you wish Jee Fairuz!). Sebaliknya tahun ini, aku pula yang menghulurkan duit raya pada mereka yang lebih muda dan perasan muda. Tak apalah, aku sendiri pun segan dalam usia yang sebegini, tergedik-gedik nak minta duit raya. "Nak duit raya!" oh tidak... it would be really awkward.
Melawat kebun nenek di hening pagi (semua nampak macam belum mandi lagi kan)
Marilah kita semua berdoa untuk kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Bersederhanalah...
Oh ya... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!
P/S: "kau baru nak buat entri raya?!" kata seorang kawan. Well, raya kan sebulan.... lol!
haha, rayakan sebulan..mesti meriah kan family kan masa tu...kad raya aku yang tak berapa lawa sangat.hahaha.
ReplyDeletememang meriah... hehe... yelah bukan selalu dapat berkumpul kan.... ehh comel kat raya ko tu... haha.. suka tengok...
ReplyDeletebest ooo dpt kumpul ramai2 cenggitu.kalau boleh nak raya tiap2 hari mcm lagu kalau aku kaya..ehehe
ReplyDeletehahaha... betul tu Harith... memang best kumpul ramai-ramai...
Delete