Wahh...tajuk entri. Tak hengat!!!
Cuti umum sempena Krismas lepas, aku ke Nilai 3 wholesale centre bersama-sama dengan family. Tujuan sebenar adalah untuk meninjau dan membeli barang-barang kahwin. Tapi sambil menyelam, nak juga minum air kan. Alang-alang datang ke sini, belilah apa-apa yang berkenan. Carpet, alatan dapur, perabot, kedai lampu etc... semua ada di sini. Sila.. sila... pilih lah...
cuaca mendung hari itu... tapi ramai lah pulak orang... |
ibu-ibu pasti rambang mata |
Lois Lane gitu... |
Lee Cooper? |
Kepenatan memilih-milih barang (kerana terlalu banyak pilihan) dan mengeluarkan idea aku yang bernas (wahh), aku keluar seketika untuk minum dan menghisap rokok. Terpandang bunting ini, hampir-hampir tersembur air dari mulut...
Fiona 2 - Kedai terbako |
Dan mak, adik, bapa serta anak buah aku pun sambung bershopping. Aku? Seperti yang aku cakap tadi lah, Nilai 3 bukan tempatku untuk bershopping. Tapi aku tak pulang dengan tangan kosong, sempat juga la membeli sepasang baju melayu pasang siap. Hehe... apapun seronok berkunjung ke sini dan meluangkan masa seharian dengan keluarga. Bukan selalu kan...
Pada sesiapa yang belum berkunjung ke Nilai 3 wholesale centre ni, datanglah ya. Jangan lupa cucuk duit kat ATM dulu... hehe...
kurus ya santa claus ni... santa claus yang mengamalkan pemakanan seimbang gituu... |
P/S: bukan aku yang nak kahwin..tapi adik aku ya... harap maklum... huhu...
hehehe..santa skrg pn da pandai diet spy nmpk kacak..hehe..thnx ye sbb follow me..
ReplyDeleteherdiaryoflife.blogspot.com
oh... sama2... :-)
ReplyDeletenilai 3 ni kalu nk berjalan-jalan kena ada stamina..hehehe penat dan panas..
ReplyDeleteHaha... Tau takpe... Tp ada kedai makan gak situ... Kalau penat boleh berehat minum2 kejap...
ReplyDelete