Sunday, June 30, 2013
Cerita Random Tentang Mimpi
Mimpi 1
Seorang kawan baik pernah bercerita padaku tentang mimpinya bertemu seorang lelaki di masjid Al-Azhar, Mesir. Aku yang agak skeptikal mula memerli..
"Macam mana you tahu itu masjid Al-Azhar? Ada signboard ke kat situ? Atau you just assume itu adalah masjid Al-Azhar?"
Dia menjawab " No, I google it after I woke up. Masjid dalam mimpi I tu sama macam masjid Al-Azhar di Mesir."
"Oh... okay. So you google every mosque yang ada dalam dunia ni?" tanyaku lagi, masih merasa skeptikal tentang mimpinya itu. Terang benar gambaran masjid dalam mimpinya itu ya. Setahu aku, dia memang tidak pernah lagi melancong ke Mesir.
"Up to you to believe me or not... tapi memang itu masjid Al-Azhar. I tahu... " katanya lagi, mungkin menyampah dengan sikap sarkastik aku. Huhu. Nampaknya cerita tentang masjid Al-Azhar itu telah mengaburi lelaki yang muncul di mimpinya itu. Aku tidak bertanya langsung tentang lelaki itu, bagaimana rupa parasnya, kacakkah dia? Mungkin kalau aku tanya, pasti dia akan sebut nama-nama celebrity berwajah arab. Tapi itu cuma pandangan aku saja. Gosh, I can be pretty sarcasatic at times...
Surprisingly, tidak lama selepas itu dia berkenalan (secara tidak sengaja) dgn seorang lelaki kacukan Melayu, Arab, Pakistan. Dan mereka mula mengenali hati budi masing-masing, berkawan dan bercinta. Beberapa minggu yang lepas mereka telah mengikat tali pertunangan dan bakal melansungkan perkahwinan tahun hadapan. Adakah ini satu kebetulan atau mimpi itu memberi petanda awal yang dia akan mendapat jodoh dari kalangan lelaki berketurunan arab. Itu aku tak pasti. Wallahualam. Kuasa Allah mengatasi segala galanya. Kadang-kadang aku mengusiknya dengan berkata "Omg your Cairo dream is real! It's real!!!" Ahaks! Dia cuma membalas "Shut up!". Huhu. Ayesha Mansor, if you're reading this right now... I love you my friend! :) Semoga berbahagia hendaknya bersama Prince Charming mu.
Mimpi 2
Sepatutnya sudah lama aku publish entri tentang novel ini, tetapi kerana masalah kesihatan, entri ini terbengkalai dan terpaksa aku tangguhkan. Tak larat aku nak membereskannya dan duduk lama-lama depan laptop. Nothing to worry about, demam biasa saja. Ya, demam biasa yang berlanjutan sehingga seminggu lamanya. Siap kena sound dengan doktor lagi "kenapa dah seminggu baru nak pergi klinik? bla bla bla..." Manalah aku tahu, biasanya paling lama aku demam 3 hari saja. Dan aku sembuh hanya dengan menelan Panadol. Kali ini, aku tertewas jua. Akulah salah seorang homo sapien yang tertewas dek jerebu. Huhu...
Okay, Ilusaniti. Karya Adib Zaini, keluaran FIXI. Mengisahkan sekumpulan rakan cyber yang bertemu buat pertama kalinya di luar alam maya. Perkenalan yang sepatutnya fun bertukar tragis apabila seorang demi seorang mengalami kejadian-kejadian aneh yang tidak dapat diterima akal. Mimpi-mimpi aneh yang sama menghantui mereka. Kewarasan fikiran terganggu sehingga akhirnya ada diantara mereka yang membunuh diri, menjadikan masalah ini bertambah kusut. Dalam keadaan yang agak berserabut itu, mereka yang masih hidup berusaha untuk mencari punca segala kekalutan yang menimpa mereka itu.
Illusaniti adalah novel yang santai untuk dibaca. Gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini selamba dan lebih kepada cara percakapan kita sehari-hari.. Aku rasa seolah-olah membaca novel Christopher Pike yang dimelayukan. Christopher Pike adalah penulis kegemaran aku masa zaman sekolah menengah dulu. Aku ibaratkan Christopher Pike sebagai 'guru' Bahasa Inggeris aku, kerana aku jarang sekali membaca buku teks dan tidak berminat nak membeli buku rujukan bahasa Inggeris kerana aku rasakan ia sangat membosankan. Sebaliknya setiap minggu aku akan ke perpustakaan untuk meminjam novel-novel thriller Christopher Pike. Dan jika ada perkataan yang aku tidak faham, aku akan rujuk pada kamus. Itu cara aku belajar. Tapi itu cerita lain, sekadar menyatakan betapa novel Illusaniti ini mengingatkan aku pada novel-novel Christopher Pike dari segi cara penulisannya. Mungkin disebabkan itulah aku suka novel ini.
Tapi, bagi mereka yang tidak sukakan novel yang anti klimaks/ceritanya tergantung, mungkin novel Ilusaniti ini bukan untuk anda. Barangkali penulis sengaja mahu membiarkan pembaca membuat kesimpulan sendiri atau mungkin ada sambungan lagi di masa akan datang, itu aku tak pasti. Atau barangkali aku yang kurang dapat menangkap mesej sebenar di sebalik ending yang tergantung itu. Maka aku habiskan sendiri pengakhiran ceritanya di dalam kotak fikiran aku dan membuat natijah sendiri. Bagi yang belum membaca novel ini dan mahu membacanya, silakan. But don't expect too much. Kalian mungkin teruja mahu tahu punca segala 'kegilaan' yang membelenggu watak-watak dalam cerita ini. Guess what, you're not gonna find it. Haha. Mungkin ada, tapi tidak konkrit. Jadi buatlah kesimpulan sendiri. Cara setiap manusia berfikir berbeza, dan setiap kali membaca novel, gambaran dalam kotak fikiran masing-masing juga berbeza. Itu keunikan membaca novel. Aku bagi 3/5 untuk novel ini.
Selamat berhalusinasi. Ehhh!
Mimpi 3
Masa kecil dulu, setiap kali demam, tidurku pasti diganggu dengan mimpi yang pelik-pelik. Pernah suatu hari, aku yang sedang demam menonton drama melayu di TV bersama keluarga. Erma Fatima melakonkan watak yang bernama Atikah (watak utama di dalam cerita itu). Dan selepas menonton, aku tertidur dan bermimpi Erma Fatima... sedang makan TV. Ya, anda tidak silap baca di situ. Erma Fatima muncul di dalam mimpi aku, sedang makan TV dengan lahapnya. How weird is that?! Ya, aku budak lagi ketika itu (darjah 5 kot), dan gambaran Erma Fatima makan TV adalah sangat menakutkan bagi aku. Dan selepas terjaga dari mimpi yang 'maha dahsyat' itu, boleh pula aku jerit "ATIKAH MAKAN TV!!!!!" Insiden ini sentiasa segar dalam ingatan, kerana ia adalah mimpi yang paling pelik/kelakar pernah aku alami. Setelah meningkat dewasa, aku tidak lagi mengalami mimpi pelik setiap kali demam. Syukurlah...
P/S: Jangan lupa baca doa tidur dan cuci kaki sebelum tidur agar tidurmu tidak diganggu syaitonirrojim...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Abg jee MAKAN coki-cokiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ReplyDeletetetiba..haha...tak suka makan manis2...hehe...
Deletebanyak mimpi nie...haha
ReplyDeletemainan tidur Bahrain...hehe..
Deletehhaahahaha erma makan tv?hahahah saya tgh gelak ngn mem
ReplyDeleteya... masa tu memang menakutkan la... sekarang ni bila teringat balik rasa kelakar plak...
ReplyDeletehehehe....
ReplyDeletebila tah nk dpt mimpi camnie....
c(:
Mimpi yang mana satu tu? Yg makan tv ke? Haha...
Deletemimpi jumpe laki baik?? wah
ReplyDeleteYa... Mungkin kebetulan jer kot... Tapi hanya Tuhan yang maha mengetahui...
DeleteHahaha~ boleh pulak mimpi orang tu makan tv. Adoiii~ ;p
ReplyDeleteYa.. Sedap sgt kot tv tu... Huhu...
ReplyDelete