STAR TREK
♫ Cindailah mana tidak berkias, jalinnya lalu rentah beribu, bagailah mana hendak berhias, cermin ku retak seribu...♫
"Ni radio ke CD ni?"
"CD... kenapa?"
'Tak ada apa..."
Baru beberapa saat sebelum itu, kawan aku yang sorang ini menegaskan dia tidak mahu menonton filem Melayu di pawagam. Adakah dia cuba membuktikan sesuatu dengan memasang lagu Cindai di dalam kereta? "Aku suka bahasa-bahasa kiasan dalam lagu ni... " katanya. Ya nampaknya dia masih berjiwa Melayu ya. Bukan soal eksyen atau berlagak jika tidak mahu menonton filem Melayu, masalahnya filem itu sendiri yang memualkan dengan tema-tema yang tipikal. Pembikin-pembikin filem di Malaysia perlu mencari idea-idea yang out-of-this-world jika mahu orang melayu menyokong filem-filem melayu.
Kami pergi menonton Star Trek Into Darkness malam itu. Jujur aku bukan peminat Star Trek tidak pernah mengikuti dan menonton siri cereka sains ini yang pernah disiarkan di TV suatu ketika dahulu. Jadi aku menonton filem ini sebagai seorang yang 'buta-Star-Trek' dan tidak tahu hujung pangkal. Di dalam kereta, kawan aku asyik bercerita tentang Star Trek dan ada menyebut tentang watak yang bernama Spock. I was like 'what kind of name is Spock? LOL!'. Surprisingly, aku enjoy menonton filem ini. Mungkin kerana aku tidak meletakkan expectation yang tinggi dan minda aku tidak dipengaruhi cerita-cerita Star Trek yang dulu-dulu. Jadi ia suatu tontonan yang segar bugar bagi aku. Terbaik dari ladang epal!
Berbeza pula pada pandangan kawan aku yang pada awalnya memang teruja mahu menonton filem Star Trek Into Darkness ini, Sebagai seorang peminat rantaian filem dan siri Star Trek, padanya filem ini predictable, pretentious, terlalu banyak aksi dan terlebih 'komersial'. Tidak seperti Star Trek yang dulu-dulu yang 'nerd-friendly'. Aku faham. Orang yang sudah biasa menikmati mayonis yang rasanya masin sudah tentu tidak akan suka jika mayonis itu dimodifikasi rasanya menjadi sedikit manis. Hilang keasliannya.
Jadi ada dua pandangan di sini. Anda di kategori mana? A) Tidak tahu apa-apa tentang Star Trek tapi seronok menontonnya B) Peminat tegar Star Trek yang mahu keaslian filem itu dikekalkan C) Lain-lain
Untuk membaca sinopsisnya sila klik di SINI, aku malas nak tulis panjang-panjang kerana aku merasakan filem ini tidak akan menjadi filem yang akan aku ingat sampai bila-bila. Dengan kata lain, tidak memorable walaupun aku rasa seronok menontonnya. Lagu Cindai yang dipasang berulang kali di dalam kereta telah meng 'outshined' filem ini, sehingga terngiang ngiang lagu itu di telinga aku untuk beberapa hari. Oh ya, Spock... what a cool hairstyle!
KIL
Ahad lepas aku pergi menonton filem KIL bersama kawan. Ya, memang niat aku untuk menonton filem KIL hari itu. Melihat trailer dan posternya sangat mengujakan.
KIL, arahan Nik Amir Mustapha adalah filem indie komedi romantik yang sinikal. Sarat dengan sindiran bersahaja mengenai sikap manusia. Apa yang aku suka ialah elemen humor di dalam filem ini tidak disampaikan secara paksaan dan slaptik sebaliknya berlaku secara natural. Kebanyakan humornya terselit di dalam dialog.
Aku ceritakan secara ringkas sinopsisnya. Akil/KIL (Redza Minhat) menganggap dirinya tidak berguna dan sering dilanda kemurungan. Oleh itu dia merasakan tidak ada gunanya dia hidup lagi dan mahu membunuh diri. Namun dia tidak ada keberanian untuk berbuat demikian, dan kalau ada pun, perancangannya gagal dan dia tidak mati-mati juga. Nak sangat mati, dia meminta pertolongan dari sebuah 'agensi-bunuh-diri' yang boleh membantunya... well, membunuh diri. Namun kemunculan Zara (Christina Suzanne) dalam hidupnya selepas itu seolah-olah memberi satu sinar harapan buatnya.
Aku ada mendengar komen-komen mereka yang sudah menonton KIL yang mengatakan filem ini ada persamaan dengan filem '500 Days Of Summer'. Ya, mungkin ada babak-babak yang ideanya dicedok sedikit dari filem itu, tapi jalan ceritanya nyata berbeza. Aku tak sampai hati nak memberi komen yang buruk-buruk tentang filem ini (atau mungkin tidak ada langsung kekurangan filem ini yang aku nampak), kerana pengarah dan penerbit filem ini telah cuba berusaha menghidangkan penonton sesuatu yang baru dan lari dari tipikaliti. Aku hargai usaha itu. If you want to copy, do it beautifully. Sama cantik dengan yang ditiru, sekalipun tidak lebih cantik. Dan bagi aku filem KIL bukan sahaja 'cantik', malah sweet! Sinematografinya juga mempersonakan, meskipun hanya memaparkan pemandangan yang biasa-biasa saja. Tidak ada babak-babak pasangan bercinta bergaduh/berkasih kasihan di Cameron Highlands atau Putrajaya atau mana-mana tempat yang pemandangannya indah. Ada satu babak yang aku rasa sangat menarik, apabila watak Akil dan Zara menonton wayang di Pawagam Coliseum yang agak 'klasik' itu. Aww... that is so cute. Mungkin kalau babak itu dirakamkan di pawagam Pavilion yang moden dan gah itu, babak itu menjadi tidak menarik dan tidak memberi apa-apa kesan.
Lakonan bersahaja Redza Minhat dan Christina Suzanne membuatkan aku merasa seolah-olah menonton sesuatu yang real berlaku di hadapanku. Dan rasa macam nak lepak bersama dengan dua watak itu (get a life Jee... kacau daun saja). Sekadar memberi gambaran betapa realistiknya permainan watak itu. Begitu juga para pelakon lain (Harun Salim Bachik, Zainol Rahmat dll.) yang menampilkan lakonan yang natural dan tidak terlalu theatrical. Ohh... Juliana Evans, Ella dan Atillia juga muncul dalam filem ini sebagai cameo.
Yang pasti, bibir aku tak lepas dari menguntum senyuman sepanjang menonton filem yang berdurasi 1 jam 30 minit ini. Dan aku pasti penonton-penonton di belakang aku juga begitu. Ya... tempat duduk belakang sudah penuh. Aku pasrah duduk di depan.
I've been KILed.
P/S: Hidup kena realistik... barulah happy... :)
Star trek mmg best tapi tak kena pada tajuknya..hahaha, apa yang darknessnya pun aku tak tahu...Filem Kil sampai skrang tak tgk2x lagi....
ReplyDeletePegi la tengok KIL...hehe...memang best! :)
Deleteperghh..certain words make me terbungkam and it is a fancy entry..keep it up bro..
ReplyDeleterasa cam nak duduk lepak ngan awak kat tebing sungai sambil tengok ladybird..
haha... ada-ada jer ira ni...
ReplyDeletedah tengok filem star trek nih..imah pon bru first time tngok movie series ni.best jugak. part yg best nye bile xtau sape dalang jahat di sebaliknye. skejap Khan yg jahat, skejap ketua dye yg jahat..hehe
ReplyDeletesaya suka tengok part2 aksi jer... hehe...
ReplyDelete