Tuesday, May 28, 2013

Hadirku Untuk Mengubat Luka



     Susah nak lelapkan mata malam ni. Kaki sakit, berdenyut-denyut rasanya balik dari kerja petang tadi. Mungkin aku perlu beli kasut kerja baru. Salahkan kasut. Layan lagu-lagu rock lama sementara menunggu mata mengantuk. Kita Serupa, one of my all time favorite song. Dinyanyikan oleh Zainal Abidin. Ya, Zainal Abidin bermula sebagai vokalis kumpulan Headwind sebelum bergerak solo pada tahun 1989. Tentu ramai yang sudah tahu tentang itu. Sekadar info tambahan... hehe. Solo or not, vokalnya adalah antara yang terbaik di Malaysia. Dan lagu ini sangat berhantu... ohh terbuai perasaanku.

     Okay, kaki ini mahu diurut. Denyutannya dah macam rentak K-Pop dah. Potong stim betul. Di mana aku letak minyak urut Mas Cotek aku tadi...

Gambar ini sengaja di'vintage'kan
untuk memberikan rasa 80'an di situ...

     Selamat malam semua...

P/S: Benarkah lagu-lagu zaman sekarang kurang jiwa?


12 comments:

  1. Kita serupa antara lagu wajib karaoke bro! :)

    ReplyDelete
  2. huk huk.. entah la..saya pun tak berapa tahu lagu2 zaman dahulu..uuhuhhu.tapi ada betulnya..sebab lagu sekarang kurang 'jiwa'.. baru bbrapa bulan dah tak famous..kalau lagu dulu2 sampai sekarang pun orang ingat lirik2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't wanna judge... bagi saya lagu-lagu zaman sekarang juga bagus. Tapi jika mahu yang lebih 'jiwa', saya prefer untuk mendengar lagu-lagu oldies. Malah ada lagu lama yang terasa segar pula pada pendengaran saya, seolah-olah mendengar sesuatu yg baru.

      Delete
  3. Replies
    1. bacalah... bukan satu jenayah pun... haha...

      Delete
  4. lagu lama adalah kenangan..... lagu sekarang akan jadi lagu lama pada masa akan datang.... ia akan jadi kenangan pada masa akan datang.... sekadar pendapat sahaja... tiada lama tiads baru... otai masih berbisa!!!! (cehh siap promote kilauan emas lagi ni hihihiii)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...lagu baru akan menjadi lagu lama pada masa akan datang...tapi tidak semua lagu akan menjadi evergreen... :)

      Delete
  5. Lagu lama tetap best walau dimainkan berkali kali. Melodi yg tak membosankan

    ReplyDelete