Novel Usah Menangis Sayang karya Aini Marisha
Ini bukan entri rasis dan aku sama sekali tidak menyokong perbuatan rasis sesama manusia. Cina Buta adalah istilah yang digunakan di
dalam keadaan di mana jika seorang suami telah menceraikan isterinya dengan
talak tiga, dan kemudian mahu kembali kepada isterinya itu… ughh (rolling
eyes)… isterinya itu mestilah berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu dan
jika suami barunya itu menceraikannya, barulah dia boleh kahwin semula dengan
suami lamanya. Haiyoo… berbelit-belit ayat.
Isma dan Tini adalah sahabat sehati sejiwa. Mereka umpama
belangkas, sukar dipisahkan. Persahabatan yang terjalin sejak dari kecil
menjadikan mereka saling memahami antara satu sama lain. Ibaratnya andai
dicubit salah seorang dari mereka, yang seorang lagi pasti terasa juga
sakitnya. Atas nama persahabatan itulah,
mereka berjanji akan setia bersama untuk selamanya.
Dengan takdir tuhan, mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke
universiti yang sama, Universiti Malaya. Disinilah cinta antara Isma dan
pensyarahnya, Syed Imran mula terjalin. Tini pula mula berputik cintanya pada
abg kandung Isma, Faizul yang sering melawat mereka di universiti. Namun cinta
Tini dan Faizul menghadapi tentangan dari ibu Faizul, Syarifah Khadijah. Baginya
seorang yang bergelar syed perlu berpasangan dengan syarifah dan tidak ada
kompromi di situ. Itu hanya alasan semata-mata. Ada sesuatu yang lebih peribadi
yang membuatkan Syarifah Khadijah membenci Tini. Dendam masa silam…
Isma dan Syed Imran mengikat percintaan mereka dengan
perkahwinan. Konflik tercetus apabila Isma dan Syed Imran berselisih faham dan
akhirnya terlafazlah talak 3 ke atas Isma. Tarlajak kata tanggunglah sendiri. Pasangan gelabah ini mula hilang punca.
Bagaimana harus mereka memulakan hidup yang baru, sedangkan tembok cinta itu
masih utuh berdiri. Cewahh! Dalam diam mereka merancang sesuatu. Sesuatu yang dapat menyatukan mereka kembali.
Cina buta. Hanya itulah jalan terbaik untuk mereka kembali
bersama. Tini
terperangkap oleh keadaan. Rayuan Isma yang memintanya untuk berkahwin dengan Syed Imran menjerat dirinya. Kerana sayangnya pada
seorang sahabat, dia sanggup 'dipergunakan'. Akhirnya rancangan itu diteruskan tanpa
pengetahuan keluarga Isma termasuk Faizul sendiri. Tini pasrah, walaupun
terpaksa melupakan Faizul. Keadaan makin kusut, apabila setelah Tini dan Syed
Imran berkahwin, Isma pula kemalangan.
Namun jasadnya hilang entah kemana, dikhuatiri sudah hanyut dibawa arus sungai.
Apa yang terjadi seterusnya pada Tini dan Syed Imran? Bagaimana pula dengan
Faizul? Bacalah novel ini untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.
Alangkah bertuahnya mempunyai sahabat yang sanggup melakukan
apa sahaja demi kasihnya pada seorang sahabat. Novel ini mengajar kita tentang
erti persahabatan sebenar, walaupun mungkin in real life, di zaman ini sahabat
seperti itu sukar dicari. Namun itulah yang dikatakan fiksyen, tidak semestinya
mengikut acuan dunia sebenar. Tapi tidak ada salahnya untuk kita menghayati
kisah persahabatan sejati ini, dan ambil iktibar daripadanya. Semoga selepas
membacanya, kita akan terdorong untuk menjadi sahabat yang sebaik dan sesetia Tini.
Novel dari penulis Aini Marisha ini tidaklah semelankolik
tajuknya. Aku cuma terasa sedih apabila Tini berpisah dengan ibunya buat kali
pertama untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, kerana aku pernah melalui
pengalaman itu. Cumanya aku tak masuk universiti, aku masuk kolej sahaja. Hehe. Berpisah dengan ibu yang menjaga kita dari kecil, demi untuk
menuntut ilmu di tempat orang bukanlah suatu perasaan yang menggembirakan. I
can relate to that. The rest of the story… hmm kurang terasa sedihnya. Apapun kekreatifan Aini Marisha dalam
memanipulasikan watak-watak dalam novel ini harus dipuji. Tidak tipikal, dan
jalan ceritanya bolehlah tahan. Aku suka
endingnya. ;-)
P/S: 3.5 bintang...
erk..jalan cerita masa awal perenggan tu mcam satu drama nie.. ada juga cina buta..huhu
ReplyDeleteMovie pun ada gak cina buta...yg aziz m osman dan umie aida berlakon tu... Apa ntah tajuknya dah lupa...
DeleteTqvm for the review
ReplyDeleteYou're welcome... :)
Deletecina buta??apakah??jgn mendiskriminasikan cina ea..ira suka chinese guys ^_^..tapi kannn, rs cam ada sedikit kekeliruan di situ..setahu ira, Isma yg kena kawen lain sebelum boleh kembali ke pangkuan syed imran...pa pun, tanya la ustaz untuk merungkai persoalan tersebut..
ReplyDeleteDia antara dua ira...samada isteri yg kawen lain atau suami yg kawen lain...huhu...dalam citer ni dua2 berusaha mencari org yg sanggup dicinabutakan...last2 kawan sendiri jadi mangsa...haha...
Delete