Monday, May 27, 2013

Mood Pagi Yang Dirosakkan

25/5/2013, 9 AM
Di dalam teksi menuju ke LRT...

     "Pergi kerja ke dik?"
     "A'ah pergi kerja..."
     "Kerja apa?"
     "Florist..."
     "Florist?"
     "Ya... buat gubahan bunga untuk majlis-majlis, hotel..."
     "Kau ni nampak jantan, suara macho... kerja buat bunga... hahaha!"
     Siot betul la. Aku tersenyum paksa. Sudah biasa dengan kata-kata sinikal yang aku anggap agak kurang cerdik itu. Mungkin dia patut makan kismis banyak-banyak. Aku diam saja. Cuba menghayati lagu di radio. Lagu siapa entah. Menyedari aku tidak memberi respon, dia menyambung lagi...
     "Minat ke? Biasanya perempuan aja yang minat kerja buat bunga ni. "
     Okay dia benar-benar clueless...
     ":Saya minat seni. Buat bunga ni pun kira seni juga..."  
     "Kau tak minat berlakon? Menyanyi ke? Seni juga apa..."
      Aku tergelak kecil. Ya, typical malaysian. Kita selalu meletakkan penyanyi dan pelakon, 'orang seni' di ranking teratas.
     "Tak.. tak... itu seni lain...hehe, " kataku. "Tapi saya suka melukis juga..."
     "Ha... kau tak jadi pelukis pula? Dari kau kerja buat bunga, baik kau jadi pelukis..."
     Okay fine... that sounded like an insult. 'dari kau kerja buat bunga???'. Menyirap.
     "Dah rezeki saya kat situ abang. Macam abang juga, takkan masa kecik dulu abang bercita-cita nak jadi drebar teksi aja. Mesti ada cita-cita besar yang lain kan. Kenapa abang tak jadi doktor... lawyer..." balasku. Sekilas di minda terbayang Mak Dara (Nyonya Mansor) menyambung "...majistrett?!"
     "Ohh yalah... betul juga tu..." katanya, lalu terdiam.
     "Qada dan Qadar..." kataku lagi perlahan. Ringkas. Harap dia faham maksud aku. Bukan berniat merendah rendahkan pekerjaan pemandu teksi. Ayah aku juga  pernah bekerja sebagai pemandu teksi untuk 'sementara', semasa zaman kegawatan ekonomi negara tahun 90an dulu.
     Aku turun dari teksi sesampainya di LRT Bandar Tasik Selatan, dengan perasaan puas.  Bukan kerana aku 'menang', tapi kerana aku telah menyedarkan seseorang hari ini, betapa ketentuan Tuhan itu tak siapa mampu melawan. Tidak, aku tidak menyalahkan takdir, aku gembira dengan pekerjaanku dan aku tumpahkan segala kekreatifan yang 'dipinjamkan' Tuhan, pada kerja ini. Ada hikmahnya di situ. Dan... ohh aku sangat tidak suka kalau mood pagi aku dirosakkan.
     Entri ini aku tujukan buat semua lelaki yang bekerja di dalam bidang yang sering distereotype sebagai 'kerja perempuan' (penggubah bunga, tukang jahit, tukang masak, jururawat, jurumekap, pendandan rambut etc.). Sekurang-kurangnya anda (kita) tidak menganggur.





10 comments:

  1. biaselah tu, apa yang penting buat kerja itu biar yang kita minat dan halal .. :)

    ReplyDelete
  2. yang penting kerja tu halal.. pernah jugak di sindir, masa kerja mencanting batik, "La patut la nampak lembut, mencanting batik rupanya," baru sekali pandang dan tahu apa yg kita buat sudah di cop macamtu.. seni boleh diterjemah dalam pelbagai rupa.. tp sayang kebanyakkan manusia tak pandai menilai apa itu seni.

    adakah mereka lelaki yang meminati seni seperti gubahan bunga, tatarias, canting batik boleh dicop sebagai lelaki lembut? atau hanya mereka yang lembut layak kerja2 macam tu?

    ReplyDelete
  3. mm betul.sy setuju.apa bezanya pengubah bunga dengan keje lain2 tu kan sbb itu juga keje,rezeki yg halal juga spt lain2 tu.asal mmg itu minat kita itu dh cukup baik.lbh baik drpd kiat buat keje2 yang xdatangkan faedah spt merendah-rendahkan pekerjaan orang lain.

    ReplyDelete
  4. wah...florist..aweesome apa..tak ramai lelaki masuk dalam bidang tu..kan cool? hui.. jangna pandang florist sebelah mata..hehe

    ReplyDelete
  5. Sabar aje la kan...... yg penting rezeki halal....

    ReplyDelete
  6. setuju sangat.. biar apa pun pekerjaan kita, sekurang-kurangnya kita tak menyusahkan mereka, kita mencari rezeki yang halal..

    ReplyDelete
  7. tentu bengang sekali kena sound macam tu... ;)

    ReplyDelete
  8. best ape keje ni..sntiasa wangi and happy jer..
    dn yg ptg kita bahagia dgn apa yg kite buat..

    ReplyDelete
  9. Syabas jee...nurul bangga dengan jee. Yg penting halal kan.

    ReplyDelete
  10. Kalau dah rezeki kan? lebih lebih lagi kalau memang ada minat. Bersyukur lah. Janji, kerja. Kan :)

    ReplyDelete