Wednesday, October 2, 2013
Tentang Aweks
♫ ...kerana cintaku mewangi dan harum, walau tercampak di mana jua...♫ Ewahh!
Dulu aku playboy. Wah! Sebuah pengakuan! Alahai... cinta monyet zaman riang ria Ribena. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Stail budak-budak sekolah bercinta ; kirim-kirim surat cinta, berdating di perpustakaan (kononnya study la) etc. Oh pernah juga dapat surat cinta yang wangi macam bau bedak talkum Dashing. Terbersin-bersin aku dibuatnya. Masa itu aku terfikir, 'bedak siapalah agaknya kau tabur atas kertas kajang ni???'. Bedak abah dia kot dia belasah. Tapi tak pula aku menegur dia depan-depan, kecik hati pula nanti. Oh well... it's the effort that counts. Sehingga ke hari ini, apabila tercium bau bedak/perfume Dashing, aku pasti teringat akan gadis itu. Awek Dashing, entah dimanalah dia sekarang. Sudah kahwin gamaknya, anak 8.....
Anyway, kita lupakan cerita awek Dashing itu. Beralih kepada AWEK CHUCK TAYLOR, sebuah novel. Menceritakan tentang lelaki bernama Hafiz, seorang playboy. Ya, aku kategorikan dia sebagai seorang playboy, playboy yang malang. Playboy sering dianggap penghancur hati wanita. Berbeza pada Hafiz, dia tidak berniat untuk meletakkan status playboy itu pada dirinya. Dia adalah mangsa keterdesakan dirinya sendiri. Hafiz bagi aku seolah-olah desperate untuk mempunyai teman wanita. Nampak kenaifannya di situ.
Dia dipertemukan dengan Mira, gadis yang bersifat anarkis, garang dan seorang yang opinionated. Kemunculan Mira dalam hidupnya telah memberikan suatu reality check buat dirinya. Mira sentiasa mahu menang dalam setiap hal. Hafiz tidak kisah semua itu, cinta mengatasi segala galanya. Perhubungan dengan Mira secara tidak langsung merapatkan dirinya dengan keluarga Mira, terutama sekali Aiman (abang kepada Mira) yang nakal dan narsis dan Nana (adik Mira) yang anti-social, merasa diri kekurangan kerana gagap. Dalam diam Nana menyimpan perasaan terhadap Hafiz dan mengharap cinta itu berbalas. Hafiz juga menyimpan perasaan yang sama, namun sedaya upaya cuba menangkis rasa itu. Ketegangan tercetus apabila Mira dapat menghidu something fishy sedang berlaku. Apa yang berlaku seterusnya? Bacalah sendiri...
Novel ini juga menyelitkan kisah cinta Hafiz bersama Fadilah yang kuat cemburu, Bella si kaki kikis duit, dan persahabatannya dengan Azrina, adik angkatnya yang ala-ala gedik gitu. Oh tak lupa juga dengan Sheila, gadis yang dia secretly admired.
Perlu diingatkan, ini bukan 'another' novel cinta klise yang banyak terdapat di pasaran ketika ini. Walaupun begitu, aku yakin peminat-peminat novel 'cinta sendu' di luar sana juga pasti akan enjoy membaca novel ini kerana kelainan jalan ceritanya. (Atau mungkin menyampah lalu terus menghentikan pembacaan dan sambung baca novel sendu-sendu). Mungkin bahasa yang digunakan antara pasangan bercinta Hafiz dan Mira di dalam novel ini tidak se'lovey-dovey' novel-novel cinta yang lain, dan dialog antara Hafiz dan kawan baiknya Aiman sangatlah 18SX dan sedikit kasar, tetapi secara peribadinya bagi aku membaca novel seperti ini lebih terasa kerealistikannya, kerana bahasanya lebih dekat dengan dunia sebenar. Okay, you've been warned, jangan pula selepas ini ada yang merasa tersentap bila terbaca perkataan-perkataan 'tidak bertapis' dalam novel ini dan menyalahkan aku kerana tidak mengingatkan.
Well written. 4/5 bintang untuk novel ini. Nami Cob Nobbler, you're such a good writer!
P/S: Chuck Taylor = Kasut Converse
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah! memang minat baca novel nie..aku pun sekarang tgk baca novel juga tapi ntah habis ke tidak tak tahu la,..haha
ReplyDeleteNovel apa Bahrain? Share la...hehe...
Deletebro, try kasarnova. yang nie i dah baca. mmg best. ending pun sedih. novel lejen press mmg lejen. layannn~~~
ReplyDeleteBest ek Kasarnova? Nak beli nanti. Novel Lejen memang best...yang baru keluar tu apa tajuknya? Kimono merah apa tah... Tu pun macam best jer sinopsisnya...
Deleteya..sangat sechochok watak2 dlm novel ni
ReplyDeleteYa..secocok sgt kan... Hahaha...kisah benar ni katanya...
ReplyDeleteCover cam novel omputih..
ReplyDeletetu la.... simple tapi menarik. Tak perlu ada gambar bunga-bunga kat depan atau simbol love....ughh...
ReplyDelete