Bila mulut sudah tidak mampu berkata-kata, biarkan mata itu berbicara...
'The Afghan Monalisa''
Gambar ini dijadikan muka depan majalah National Geographic edisi June 1985,

dan menjadi popular di serata dunia
Umpama mencari sebatang jarum di dalam timbunan rumput kering, Steve McCurry, jurugambar National Geographic yang telah mengambil gambar itu di kem pelarian Nasir Bagh, Pakistan pada tahun 1984, cuba menjejak kembali gadis di dalam gambar itu di serata Pakistan dan Afghanistan. Ia bukan misi yang mudah kerana ketika gambar itu diambil, dia langsung tidak mengenali gadis itu. Gadis itu bukan supermodel popular, hanya gadis biasa. Mangsa keadaan.
Pencarian bermula di sekitar tahun 90an. Malangnya usaha itu tidak membuahkan hasil malah ada beberapa wanita yang mengaku itu adalah gambar mereka dan tidak kurang juga para lelaki yang mengatakan gadis dalam gambar itu adalah isteri mereka, namun diragui kesahihannya. Akhirnya setelah Steve sudah mula hilang harapan dan berputus asa, gadis itu (kini seorang wanita) berjaya juga dijejaki pada tahun 2002 dengan bantuan beberapa pihak (golongan pelarian sendiri) dan seterusnya disahihkan dengan bantuan teknologi moden. Pencarian hampir dua dekat lamanya, berhasil.
Gadis di dalam gambar itu bernama SHARBAT GULA. Sharbat Gula, tidak mempunyai idea langsung gambarnya itu telah memberi impak kepada dunia. Imej wajahnya dengan selendang merah di kepala dan mata hijau jernih yang merenung tajam tepat pada kamera telah menjadi simbol kepada konflik yang berlaku di Afghanistan pada tahun 1980 (pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan). Mata itu... ya mata itu menggambarkan keadaan sebenar di situ, segala kepayahan yang terpaksa mereka lalui dan perjuangan untuk terus hidup sebagai pelarian di bumi sendiri.
Disaat gambar itu diambil, Sharbat baru berusia 12 tahun. Ibu bapanya terbunuh dalam serangan Soviet Union terhadap Afghanistan, memaksa Sharbat dan adik beradik serta neneknya untuk meninggalkan kediaman mereka dan tinggal di kem pelarian. Tragedi peperangan itu telah meragut kesejahteraan dan kebahagiaan hidup bukan sahaja Sharbat, malah beratus yang lain. Sedih bukan?
Dokumentari 'Search For The Afghan Girl' ini sebenarnya sudah lama aku tonton di National Geographic Channel beberapa tahun yang lepas. Aku recalled kembali di sini kerana ia adalah dokumentari kegemaran aku dan aku mahu kongsi pada semua orang yang tidak tahu tentang cerita ini. Dokumentari ini tidak pernah gagal memberikan goosebumps pada aku setiap kali menonton Sharbat membuka kain yang menutup sebahagian wajahnya untuk membenarkan Steve mengambil gambarnya buat kali kedua. Itupun setelah diyakinkan oleh Steve, betapa gambar dan kisahnya itu akan memberi kesedaran pada dunia terhadap nasib pelarian Afghan yang menderita. Wajah itu menceritakan segala galanya. Ramai lagi 'Sharbat Gula' di luar sana yang berharap dunia ini akan pulih dari hari-hari gelap yang menimpa mereka. The Search For The Afghan Girl adalah dokumentari TV terbaik yang pernah aku tonton.

Ketika gambar ini diambil oleh Steve McCurry, Sharbat Gula berusia 30+ tahun, sudah
berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Versi pendek dokumentari 'Search For The Afghan Girl'.
P/S: Sinar harapan pasti ada di setiap sempadan putus asa.
cantik mata dia...pernah nampak gambar nie, thanks for da info..
ReplyDeletexpernah tgk lg doku ni,ni pon baru tau ade doku ttg budak nih.tp majalah tu mmg prnah tgk la, lama dulu.mmg terkesan :)
ReplyDeletenice sharing