Tuesday, March 26, 2013

Lagu Untuk Semua



     "Nah, dengar lagu ni..."

     Seronok juga sekali sekala main 'tuju-tuju lagu' ni. Ada seorang kawan baik suka sangat ajak aku main 'tuju-tuju lagu' di ruangan chat Facebook (to be honest, I hate the term 'tuju-tuju lagu'). Sambil chatting sambil dengar lagu-lagu random (yang diambil URLnya dari Youtube). Kau bagi aku lagu ini, aku balas dengan lagu itu. Haha... macam dah tak ada kerja lain kan. Ini bukannya rutin harian aku ya. Sekadar mengisi masa senggang untuk mengusir kebosanan. It's fun! (Hanya bagi orang-orang yang suka mendengar muzik).

     "... lagu ni tak pernah dengar pun sebelum ni... " respon kawan aku pada sebuah lagu yang agak strange baginya. Okay, you've been living in a cave (just kidding).

     Mungkin ada yang tidak pernah mendengar lagu ini sebelum ini. It's a very beautiful song and one of my all time favorite. Bagi aku secara peribadi, lagu ini adalah antara lagu yang paling indah melodi dan liriknya yang pernah dicipta di Malaysia. Oh wait... Maman, pencipta merangkap penyanyi lagu ini, is a Singaporean not Malaysian. Does it matter? Enjoy the song... LAGU INI UNTUK SEMUA...


Teacher's Pet...Cinta Kita

P/S: Jom main tuju-tuju kulit durian pula...






Monday, March 18, 2013

Biarku Stimulasikan Hatimu

Cinta tidak kenal tembok pemisah...
     Horror + humor + romance + aksi, adalah elemen yang menguatkan filem ini. Warm Bodies adalah filem yang memberikan audiens perspektif yang berbeza terhadap zombie yang sering distereotaip sebagai makhluk yang tidak punya perasaan.

John Malkovich
     Kecuali John Malkovich, tiada nama-nama besar di dalam filem ini. Apa yang membuatkan aku tertarik untuk menonton filem ini adalah posternya yang menarik dan nama John Malkovich itu sendiri, walaupun babak-babak yang menampilkan dirinya dalam filem ini tidak banyak. Ya, John Malkovich adalah antara aktor yang dihormati dan dikagumi bakat lakonannya di Hollywood. Tentunya dia tidak akan bersetuju untuk berlakon di dalam filem yang crappy. Dan aku juga tidak mahu menonton filem yang crappy. Huhu...


     Sanggupkah anda bercinta dengan zombie yang telah memakan daging dan otak teman lelaki anda? (Apa punya soalan la ni?) Creepy. Filem ini mengisahkan tentang seorang zombie... atau seekor zombie, yang telah terjatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis bernama Julie (Teresa Palmer). Ugrh, sudah kau makan lelaki itu, kau rampas pulak aweknya (zombie pun ada perasaan). Dia terus melarikan gadis itu dan menyembuyikannya di dalam kapal 747, dalam usaha untuk menyelamatkannya dari menjadi santapan zombie-zombie lain. Sepanjang beberapa hari bersama, mereka mula menjalin persahabatan. R (Nicholas Hoult) adalah gelaran yang diberi oleh Julie pada lelaki zombie itu. Bibit-bibit cinta mula berputik antara Julie dan R dan tanpa mereka sedari perasaan itu telah mendorong kepada suatu transformasi yang positif buat komuniti zombie sejagat.

"... pok amai amai, belalang kupu kupu... "
     Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel. Aku pun baru tahu sebenarnya, (sempat singgah di kedai buku Borders selepas membeli tiket, terpandang novel ini - cluelessnya aku). Tidak ada babak-babak yang overly romanticize dipaparkan di dalam filem ini. Yalah, zombie pun bukannya boleh bercakap sangat kan, apatah lagi bermadah pujangga. Tak dapat aku bayangkan jika watak R itu mengeluarkan kata-kata jiwang karat, dengan muka yang comot dan seperti mayat. R bukan Edward dalam filem Twilight ya. Jadi buat penggemar-pengemar filem 'cinta antara dua dunia' yang belum menonton filem ini, don't expect too much. Ok, don't get me wrong... aku suka filem ini, dan bagi aku R lebih cool dan charming daripada Edward (kantoi, aku bukan peminat Twilight). Let's not talk too much about the acting, kerana bagi aku lakonan pemain-pemain watak dalam filem ini semuanya biasa-biasa sahaja. Jika ingin melihat lakonan-lakonan yang spectacular, tontonlah Les Miserables.

Analeigh Tipton, bekas peserta America's Next Top Model, Cycle 11,  juga turut berlakon dalam filem ini.
     Warm bodies adalah tontonan yang santai. Memang, filem ini tidak akan menang Academy Award. But who cares? Aku suka filem-filem yang lari dari kebiasaan. 3 1/2 bintang untuk filem ini. Buat pasangan-pasangan kekasih yang menonton filem ini,  tajuk filem ini bukan tiket untuk kalian 'get warm' di dalam panggung ya. Behave!

P/S: Butanya cinta...



Wednesday, March 13, 2013

Rock Oo: Bukan Komedi Sampah



     Rock OO, Rimba Bara Kembali, adalah kisah tentang kecintaan sekumpulan anak-anak muda zaman 'lewat 80an, awal 90an' terhadap muzik rock. Bukan sekadar minat, tapi cita-cita untuk menempatkan diri dan menempa nama dalam industri seni tanahair sebagai kumpulan rock terkemuka.

      Berkesempatan menonton Rock Oo Ahad lepas, terasa seperti menonton filem lama... kerana nuansa retro yang dipaparkan dalam filem itu sangat menjadi. Ahh.. suatu tontonan yang segar. Aku tenggelam dalam nostalgia masa lalu. Menonton filem yang digarap sebegitu rupa di era moden ini, terasa segar pula bagi aku. Ironis bukan?


     Hari itu, aku memilih untuk menonton filem ini bersama seorang kawan, walaupun hati berbelah bagi, nak tonton Rock Oo atau Lawak Ke Der? Akhirnya sampai giliran aku untuk membeli tiket di kaunter, mulut secara automatik menyebut "ROCK OOOO...". Di dalam panggung, duduk pula bersebelahan dengan dua orang gadis manis bertudung yang aku tak kenal pun. Amboi comey. Duduk sebelah gadis-gadis manis dan nampak sopan santun ni, aku kenalah kawal gelak sepanjang tayangan. Karang menyembur pula pop corn kan... buat malu aja... sempat aku mengingatkan diri sendiri...

     Apalah yang aku fikirkan...

     "HAHAHAHA!!!! KAHKAHKAH!!!"

     Hokalohhh... minah dua orang ni gelak lagi kuat dari aku dan kawan aku! Terkesima beberapa saat dibuatnya tatkala pada minit-minit pertama tayangan mereka sudah mula tergelak besar. Agak lintang pukang juga bunyi ketawa mereka. Tak apa, tak apa... dimaafkan. I mean... siapa yang tidak ketawa dalam panggung ketika itu? Umpama pertandingan siapa ketawa paling kuat gamaknya. Hati bagai digeletek tanpa henti.

     Amy Mat Piah, vokalis yang 'tertewas' dan cuba bangkit kembali dalam usaha untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan Rimba Bara. Maka berkumpullah semula semua bekas ahli kumpulan Rimba Bara meneruskan perjuangan mereka demi cita-cita yang satu. Watak Amy (Que Haidar), Jijoe (Khir Rahman), Black (Norazmi Bahron) dan ahli baru Slash (Pekin), masing-masing punya kekuatan tersendiri. Begitu juga dengan watak Zul Kapan (Sofi Jikan), yang kembali semula 'mengacau daun'. Lakonan setiap pelakon sangat mantap. Pengarah Mamat Khalid berjaya membuat setiap watak saling memberi komplimentasi pada watak lain. Terselit juga babak-babak yang menyentuh hati, tapi penonton masih juga ketawa. Yalah, dah nama pun filem komedi kan... takkan nak menangis pula. Gila namanya tu. Tapi rasa sedih itu tetap terkesan dalam hati. Ya, bukan senang untuk membuat penonton merasa sebak selepas ketawa dengan overnya. Dalam pada itu, penonton juga terbuai dengan alunan lagu-lagu rock malar segar yang... fuhh terbaik! Benar, lagu-lagu rock zaman dulu punya jiwa. Terasa luapan emosinya dalam setiap patah lirik.


     Filem komedi yang berjaya adalah filem komedi yang mampu membuatkan penontonnya ketawa. Maksud aku... benar-benar ketawa sehingga mengeluarkan air mata dibuatnya. Dan Rock Oo adalah sebuah filem komedi yang berjaya. Namun Rock Oo bukan sebuah filem komedi kosong semata mata. Kejarlah cita-citamu walau bagaimana payah sekalipun, kerana bakat yang tersia-siakan adalah salah satu perkara yang paling merugikan dalam hidup... itulah antara pengajaran yang terdapat dalam filem ini. Sebenarnya bagi aku (secara peribadi), filem ini boleh diolah menjadi filem yang serius dan bukan dalam bentuk komedi. Kenapa? Kerana Mamat Khalid mampu. Enough said. Tapi ada ke orang yang akan tonton? Orang Malaysia lebih suka bergelak ketawa di dalam panggung sebenarnya daripada menonton filem berat. Itu kenyataan. Oh what am I talking about?! Biarlah Mamat Khalid dengan lawak jenaka berkualitinya. Itu trademarknya sebagai seorang pengarah filem. Teruslah menghasilkan filem-filem komedimu yang berkualiti. Sebagai peminat muzik rock lama, appresiasi aku terhadap filem ini sangat tinggi. 5 bintang untuk Rock Oo!



P/S: Rock On!


Tuesday, March 5, 2013

Dia Jodohmu

     Apa yang kita impikan dalam hidup ini? Kebahagiaan. "I want to grow old with you..." Manis ungkapan ini. Cinta datang dan pergi. Carilah seseorang yang terbaik untukmu. Dan apabila sudah menemuinya, rayakanlah cintamu. Allah mengetahui yang terbaik...

Direnjis renjis dipilis, ditpungi lah tawar, hai beras kuning ditabur, disiram si air mawar...

     
     Ya, adik bongsu aku, Ayu sudah menemui Mr.Right nya. Janji sudah termeterai, alhamdulillah akhirnya mereka disatukan. Majlis pernikahan Ayu & Shamsul telah berlangsung pada 15 Febuari yang lepas, dan bersanding pada 16 Febuari di Labuan dan 23 Febuari di Putrajaya.

Majlis Pernikahan (Layang-Layangan, Labuan 15 Febuari 2013)
"Aku terima nikahnya... "

Dapat dirasakan getar perasaannya ketika ini... menanti saat-saat untuk diijabkabulkan...
Dengan sekali lafaz, Ayu dan Shamsul telah sah menjadi suami isteri
Altogether now... "awww..."
Sebahagian keluarga pengantin lelaki
Tema Jawa

Majlis Persandingan (Tiara Labuan Hotel, 16 Febuari 2013)
"Go Green"


The pelamin... garden theme...
Gorgeous! Cantik bunga... hehe... ;-)
Main cak-cak plak dahh...
cakk!
"I pun nak pose gak... "
Acara memotong kek
Tumpang glamour pengantin... hehe.. ambil berkat katanya...
Antara ahli keluarga yang terlibat menjayakan majlis
La Familia

Majlis Persandingan di Putrajaya (Desa Pinggiran Putra, 23 Febuari 2013)
"Merah itu sexy"

 Merah menyala oh jantungku... berdegup kencang kerna mu... 
Keluarga dari Sabah dan Labuan
Rombongan Cik Ayu ke Putrajaya


Makan beradab
Pengantin ditemubual
Majlis perkahwinan  Ayu & Shamsul mendapat liputan RTM1
Canon Moment

     Buat Ayu dan Shamsul, semoga Allah memberkati perkahwinan kalian dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. :-)