Tiada mood...
Kesian kat blog aku ni. Agak lama juga aku tinggalkan blog ini tanpa entri baru. Maaflah, aku mungkir janji pada blog sendiri... hehe. Aku agak sibuk dengan kerja sejak kebelakangan ini. Mood blogging itu hilang buat sementara. Aku ada menonton filem Sejoli di pawagam baru-baru ini, tapi tak ada mood pula untuk buat review tentangnya. Apa yang aku boleh katakan, filem Sejoli adalah sebuah filem yang beruntung kerana dibarisi pelakon-pelakon A list. Kalaulah filem ini dilakonlah oleh pelakon-pelakon kurang dikenali, mungkin dengan mudah filem ini dilabel sebagai filem cheesy. Itu kenyataan. Mujurlah lakonan Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak dan Izara Aisyah bagus dan berupaya menguatkan jalan cerita. Jadi isu filem ini cheesy tidak timbul. Ini pendapat peribadi sahaja. Maaf kalau ada yang tidak setuju.
Tiada lagi 'guna jari pun boleh'...
Ramai yang bertanya kenapa aku membuat keputusan drastik untuk membotakkan kepala, kerana di kalangan teman-teman dan keluarga, aku dikenali sebagai seorang yang 'terlalu menyayangi rambut'. Timbul pertanyaan demi pertanyaan. "What happen to you?" "Kenapa botak?" "Kau sakit ke?" Tidak ada sebab-sebab tertentu sebenarnya. Aku cuma mahu menukar gaya rambut yang rasanya dari zaman kolej lagi tidak pernah ditukar. Bosan juga melihat sesuatu yang sama hari-hari. Jadi aku memutuskan untuk membotakkan kepala. Mungkin juga kerana faktor kepanasan melampau yang melanda negara kini, membuatkan aku tidak ragu-ragu untuk membotakkan kepala. Tidak ragu-ragu? Oh mungkin ada sedikit keraguan. Khuatir kalau-kalau aku kelihatan seperti lollipop dengan kepala yang bulat. Sempat aku sms pada kawan, "Ok tak kalau saya botak?" beberapa minit sebelum rambut aku 'dikorbankan'. Berdebar-debar juga sebelum nak potong. Aku rasa penggunting rambut itu pun tahu perasaan aku ketika itu. Dengan tangan kanannya memegang mesin pemotong rambut yang sudah di switch on, sempat lagi dia tanya "Is it your first time?" Hmm...teringat dialog epik Normah Damanhuri dalam filem Songlap "pertama kali ke dik?" Selepas ini tiadalah lagi aksi-aksi 'guna jari pun boleh' semasa bersyampu....
Gambar selepas beberapa hari botak. Rambut sudah tumbuh sedikit.
Macam carpet.
Tiada lagi malu-malu berselfie...
Rajin pulak aku ber selfie sejak botak ni. Laptop selfie pula tu. Aku ni dah kenapa?
P/S: Sedangkan pantai lagi berubah...