Tuesday, May 20, 2014

Kegilaan Baru


     Ya... ya... aku tahu. Sudah lama aku menghilangkan diri dari dunia blogging. Tidak, aku tidak pergi bertapa di mana-mana gua. Masih lagi aktif di media sosial yang lain. Aku tidak akan tulis "ohh dah bersawang dah blog aku ni". Klise. Walaupun begitu aku akui aku sangat rindu nak menulis di blog aku yang satu ini dan rindu nak membaca entri-entri dari rakan blogger yang aku hormati kesemuanya.

     Sebelum ini aku ada menulis entri yang agak emo (tapi terkawal) yang menceritakan tentang semangat aku yang hilang. Hilang... Gone! Gone with the wind! Oh well... sh*t happens (forgive my language). Aku hanya manusia biasa. Aku sangka aku kuat... tapi tidak. Abaikan entri itu. Ambil yang positif sahaja. Kerana tidak ada org lain yang benar-benar faham tentang apa yang kita alami melainkan diri kita sendiri. Oleh itu, mintalah pertolongan dari tuhan kerana Dia maha mengetahui. Apa yang pasti, kita belajar daripada pengalaman. Yang terjadi ada hikmahnya. Dan ini bukan masanya lagi untuk mendengar Adele melalak " never mind I'll find, someone like youuuuu " berulang kali. Cukuplah. Buatlah aktiviti yang boleh menggembirakan diri sendiri.

     Pada rakan-rakan blogger yang ada Instagram, sudi sudikanlah follow Instagram aku. Ya, aku sudah gila dengan Instagram sekarang ini. For some reason, mengambil gambar menggunakan handphone dan dimuat naikkan dalam album Instagram aku dapat mengurangkan sedikit rasa stress yang aku alami, tak kiralah stress bekerja atau yang lain-lain. Menyeronokkan bagi aku. Gambar-gambarnya tidaklah secantik gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR atau yang seumpamanya, but it's the thought that counts, right? Mungkin aku agak terlewat sedikit dari orang lain yang sudah lama ada akaun Instagram. Mungkin juga sedikit over excited. Mula-mula biasalah. Lol!

     Teringat perbualan aku dengan kawan sewaktu mula-mula buat akaun Instagram beberapa bulan yang lepas "Okay, nak post gambar apa ni? For my first photo, aku nak gambar yang significant. Gambar yang ada makna... gambar yang-" "Haha, jangan nak over excited sangat lah Jee! Post jer lah apa-apa gambar..." kata kawan aku Muz. Ya, memang ada sesetengah gambar di dalam Instagram itu yang nampak agak mengarut dan seolah-olah tidak ada makna. Tapi ia mungkin mengarut pada mata kita, tidak pada mata orang lain yang memandang. It's an art. Seni yang termudah dan termurah bagi aku. Erm... okay, tak adalah 'termurah' sangat pun, kerana anda perlukan smart phone untuk mengambil dan memuat naik gambar. But ya, kalau ada gambar-gambar yang nampak mengarut itu, anggaplah ia sebagai satu seni dan interpretlah sendiri. Seni datang dalam pelbagai cara, dan tidak seharusnya mengongkong minda kita. Or maybe this is just a defense mechanism for taking a bad photo. Hehe... ID Instagram aku... jeefairuzjoe

 
Gambar pertama yang aku muatnaik dalam Instagram... penuh signifikan katanyaaa....


P/S: Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang sudah follow. Appreciate it.