Sunday, December 30, 2012

Nilai Cinta Fiona



     Wahh...tajuk entri. Tak hengat!!!

     Cuti umum sempena Krismas lepas, aku ke Nilai 3 wholesale centre bersama-sama dengan family. Tujuan sebenar adalah untuk meninjau dan membeli barang-barang kahwin. Tapi sambil menyelam, nak juga minum air kan. Alang-alang datang ke sini, belilah apa-apa yang berkenan. Carpet, alatan dapur, perabot, kedai lampu etc... semua ada di sini. Sila.. sila... pilih lah...

cuaca mendung hari itu... tapi ramai lah pulak orang...
ibu-ibu pasti rambang mata
     Ini kali ketiga rasanya aku ke sini tahun ini. Yang pasti, kaum wanitalah yang paling teruja bila ke sini. Untung ya jadi perempuan, banyak pilihan pakaian-pakaian wanita dijual di sini. Tentulah bukan dari jenama yang popular, tetapi berbanding dengan lelaki, wanita mempunyai kelebihan. Pakaian wanita yang dijual cantik-cantik belaka dan yang murah pun nampak mahal. Bagi aku sendiri, ini bukan tempat untuk aku bershopping. Bukan berlagak atau memilih jenama, tetapi pakaian-pakaian lelaki di sini terlalu 'fancy' buat aku yang gemarkan gaya ringkas dan tidak terlalu menonjol. Tidak original, tidak mengapa, tetapi janganlah nampak sangat ke'tidak original'an tu kan. Huhu...

Lois Lane gitu...
Lee Cooper?
     Untuk bakal-bakal pengantin yang nak cari barang-barang kahwin, di Nilai 3 wholesale centre ini bolehlah beli secara borong ya. Banyak kedai-kedai menjual barangan kahwin di sini. Sebagai seorang florist yang selalu menghias majlis-majlis perkahwinan orang, aku suka la juga masuk kedai-kedai sebegini.







     Kepenatan memilih-milih barang (kerana terlalu banyak pilihan) dan mengeluarkan idea aku yang bernas (wahh), aku keluar seketika untuk minum dan menghisap rokok. Terpandang bunting ini, hampir-hampir tersembur air dari mulut...

Fiona 2 - Kedai terbako
     Melampau-lampau kreatifnya, idea siapalah agaknya ya. Haha... Dan lagu Fiona 4U2C pun berkumandang dalam telinga, diikuti dengan gambaran kedai terbakar. Creepy thought... sempat pula aku berfantasi ya. Lalu aku kembali ke kedai membantu emak dan adik aku mencari  barang kahwin dan seterusnya mengangkat barang menuju ke kereta. Ya, tenaga lelaki diperlukan di sini... huhu...


     Dan mak, adik, bapa serta anak buah aku pun sambung bershopping. Aku? Seperti yang aku cakap tadi lah, Nilai 3 bukan tempatku untuk bershopping. Tapi aku tak pulang dengan tangan kosong, sempat juga la membeli sepasang baju melayu pasang siap. Hehe... apapun seronok berkunjung ke sini dan meluangkan masa seharian dengan keluarga. Bukan selalu kan...

     Pada sesiapa yang belum berkunjung ke Nilai 3 wholesale centre ni, datanglah ya. Jangan lupa cucuk duit kat ATM dulu... hehe...

kurus ya santa claus ni... santa claus yang mengamalkan pemakanan seimbang gituu...


P/S: bukan aku yang nak kahwin..tapi adik aku ya... harap maklum... huhu...



   

Tuesday, December 25, 2012

Siapa IRA... Lawyer? Majistret?

     Sudah dua bulan lebih aku berblogging tapi rasanya blog ini seperti tidak wujud saja gamaknya. Aku akui aku tak pandai nak meminta-minta orang untuk menjadi pengikut blog ini. Dengan kata lain, I'm kind of shy about it. "Sila follow blog saya ya..." Ahh, malu rasanya aku nak mengeluarkan kata-kata itu kepada blogger-blogger lain. Hahaha... mungkin belum bersedia. Atau mungkin aku hanya mahu bersikap neutral, tidak mahu memaksa sesiapa, follow lah jika mereka merasakan blog ini interesting. Dan begitulah sebaliknya. Lagipun blog ini masih di dalam 'percubaan'. Wah... berbunyi seperti defence mechanism di situ. Apapun aku berterima kasih pada seorang gadis yang begitu baik hati sudi membaca setiap entri aku walaupun isinya tidaklah sehebat blog-blog yang lain. IRA... AINUR AMIRA... (sebut ala-ala 'Bond... James Bond').

     Flashback: Ainur Amira? Siapakah gadis ini? Sudah bertahun lama namanya berada di dalam friendlist aku di laman Facebook tapi tak pernah chatting dan tidak pernah terlintas pula nak mengurat. Aku pun dah lupa siapa add siapa dan bagaimana dia boleh ada dalam friendlist aku. Tapi aku selalu  terbaca status-statusnya di Facebook, berbicara tentang blog itu, blog ini. Ohh... pasti seorang blogger, fikirku. Boleh la minta tunjuk ajar sikit or maybe some tips. Lalu aku menegurnya buat pertama kali...

     "Awak blogger ek?"

     "Erm... yer la kot... "

     Agak dingin responnya pada mulanya. Mesti seorang blogger yang sombong... sangkaku. Mesti dia ingat aku ni stalker agaknya. Aku belajar sesuatu di sini tentang hidup. Jangan buruk sangka kat orang, tak baik. Rupa-rupanya dia juga seperti aku, baru nak mula aktif berblogging, walaupun blognya sudah lama wujud, sejak tahun 2009 lagi. Ehh... sama lah pulak. Takpe, ada geng! Hahaha...

     Cinta pun mula bersemi di putih abu-abu (gurau aje... itu tidak pernah berlaku.) Persahabatan pun mula terjalin. Tak apalah jika blog ini dingin tanpa followers, dari blog ini lah aku kenal dirimu. Itu hikmahnya... bertambah lagi seorang kawan yang cool and happy-go-lucky. Terima kasih IRA. (Haa...jangan nak menangis terharu kat situ). Let's support each other.. gituu...

     Dan lagu ini untukmu...



P/S: Siapa nak berkenalan atau nak buat calon menantu boleh la melawat blognya http://sunquickgirl.blogspot.com/ ... hehe...


Thursday, December 20, 2012

Go Kimberley!!!

Leila Lopes - Miss Universe 2011

Mereka cantik, seksi dan bijak... (bijak ke?)

     Milik siapakah gelaran Miss Universe 2012 yang bakal berlangsung esok di Las Vegas, US. Wakil dari negara manakah yang bakal bersinar? Adakah gadis latin bakal menggenggam gelaran itu buat kesekian kalinya? Atau barangkali wakil dari negara asia? Atau mungkinkah Angola bakal 'memaku' pertandingan ini sekali lagi? Siapapun yang bakal mengungguli pentas Miss Universe esok, yang pasti bagi 89 peserta yang bertanding, semuanya mahu menang.

     Dont judge, inilah bentuk 'perjuangan' gadis-gadis jelita ini untuk negara masing-masing. Mereka bukanlah askar yang berjuang di medan perang. Kecantikan dan kebijaksanaan menjadi taruhan untuk satu tujuan, mengharumkan nama negara masing-masing, walaupun terpaksa memakai bikini. Wahh, agak sarkastik ayat itu. Ya, mungkin ada yang mempersoalkan, signifikankah lagi pertandingan seperti ini, di saat dunia menyaksikan runtuhnya benteng keamanan dan penindasan yang semakin menjadi-jadi saban hari?

     Barangkali gadis-gadis ini ada jawapannya. Bagi aku sendiri... ini hiburan. Enough said.

     Dan untuk wakil Malaysia, Kimberly Leggett, harapan Malaysia di bahumu. Kau bukan Pandelela Rinong, ratu terjun negara, kau juga bukan Nicol David, ratu skuasy negara, juga bukan Shila Amzah, yang memperjuangkan suaranya di Shanghai beberapa bulan lepas dan menang 5 juta. Kau adalah ratu cantik, yang dengan mudah akan dilabel 'bimbo' jika tidak kena gayanya. Apapun konsekuensinya esok, Malaysia boleh!

Kimberley Leggett, 19

P/S: My top 16 prediction - Malaysia, Vietnam, Philipines, Venezuela, Denmark, Croatia, Jamaica, Kosovo, Mexico, Paraguay, Russia, South Africa, Namibia, Colombia, Finland, Thailand