Monday, January 21, 2013

The Jantan Test: CUKUP RASA!

Ini sambungan dari entri yang lepas, tentang novel Andai itu takdirnya. http://jeefairuzjoe.blogspot.com/2013/01/the-jantan-test_5.html


     Berjaya juga aku habiskan membaca buku ni, walaupun bukan genre yang aku gemar. Mungkin kerana ini bukan cerita cinta antara dua insan yang tipikal semata mata. Aku cukup meluat dengan kisah cinta yang corny, baik novel ataupun drama tv/ filem. Novel Andai Itu Takdirnya adalah cerita tentang ketabahan seorang wanita, pengorbanan seorang isteri dan ibu, kesetiaan insan yang bergelar sahabat, rajuk orang tua, keegoan seorang lelaki, konflik dengan rakan sekerja, maruah sebuah keluarga etc... all rolled into one. Rojak... tapi best!

     Wujudkah wanita seperti Aleya dalam kehidupan sebenar? Kekuatan jiwa Aleya yang digambarkan dalam buku ini tiada taranya. Bermula dari seorang gadis yang diam-diam menyimpan perasaan cinta pada seorang lelaki yang hot (dengan kata lain syok sendiri), lalu menjadi isteri 'segera' pada lelaki itu, dan selepas itu dinafikan haknya sebagai isteri. Namun dia tetap sabar. Terkadang aku sendiri merasakan dia seorang perempuan yang bodoh. Tapi cinta itu buta, kalau kita terlalu cinta seseorang itu, kita sanggup melupakan segala keburukannya. Itu FAKTA.

     Dan watak Syed Aizril, suami kepada Aleya, lelaki yang melampau-lampau egonya. Walaupun tidak ditulis di dalam buku ini, aku secara personal menggambarkan dia seorang lelaki yang menghidap penyakit bipolar, kerana mood swingnya yang terlampau. Memang aku sendiri rasa macam nak baling buku ini ke luar tingkap kerana geram terhadap watak Syed Aizril.  Geram jangan engkau geram... geram geram... 

     Sampai begitu sekali 'hidup'nya buku ini. Ada lagi watak-watak lain yang tidak perlulah ditulis disini kerana kalau diceritakan, dikhuatiri akan menjadi spoiler pula pada mereka yang belum membacanya. Setiap karakter hidup dengan jelas di dalam minda semasa membacanya. Garapan yang menyengat...cukup rasa! Hebat penulis buku ini, Siti Rosmizah yang juga merupakan seorang peguam. Peguam / penulis novel... hmm interesting. 

     Adakah aku menangis membaca buku ini seperti orang-orang yang lain? Aku berbohong jika aku kata tiada langsung rasa sedih membaca kisah seorang Aleya ini. Tapi aku tak adalah menangis teresak-esak. It's a good story, hati memang sebak membacanya. Memandangkan ini bukan kisah benar yang dibukukan, aku selalu mengingatkan diri aku agar tidak terlalu emosional membacanya. Ada lagi perkara yang lebih patut ditangisi. Ya, air mata lelaki mahal harganya. Walaupun ada ketikanya airmata bergenang juga, tapi tidak pula jatuh ke pipi. Ahaks! 

     Apapun, ini bukan karya picisan. Tahniah Siti Rosmizah yang berjaya menghasilkan novel yang mampu merentap jiwa nurani pembaca. Aku tak boleh bandingkan novel ini dengan novel-novel melayu yang lain, sebab aku pun jarang membaca novel melayu. Tapi aku bagi 4 bintang untuk novel ini. Bagus banget!

P/S: Tolak satu bintang untuk watak-watak yang membahasakan diri mereka 'You' dan 'I'. Untuk novel melayu, rasanya tak perlu kot. Huhu...



11 comments:

  1. maveles..sy bgi 4 bintang untuk entry anda..tolak 1 bintang sebab xdak tertulis watak sy dalam entry ni..sekian :p

    ReplyDelete
  2. mcm da lame je novel ni kan.tapi lame2 pon wawa pon tak bace lagi.haha.

    ReplyDelete
  3. dah lama... saya pun baru nak baca... haha... orang kata best... tp memang best pun...pppp

    ReplyDelete
  4. best tak novel ni.. rmai kata best tp cr at popular jj xjmpe wa.... geram3 nk novel nii...

    ReplyDelete
  5. novel lama ni... sbb tu susah nak cari kot. tp rasanya kat sogo ada... tingkat 5 bahagian buku2 tu...

    ReplyDelete
  6. ohh... bagus la... membaca tu bagus... :-)

    ReplyDelete
  7. ramai yg kata novel ni sedih . tp bella tak baca lagi . kehkeh

    ReplyDelete
  8. memang sedih pun... hehe... jalan cerita pun not bad...

    ReplyDelete
  9. dah bc dah. best. tp dah bc karya ramli awang murshid? novel dia lg sgt best! mcm kita masuk dlm cerita tu. :-)

    ReplyDelete
  10. pernah baca Mandatori jer...dah lama, masa zaman sekolah dulu...hehe...nanti nak beli 9 Nyawa...mcm best jer cerita tu...

    ReplyDelete