Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013...Akulah Lelaki Moden Itu




"Apa azam tahun baru?"

     Dari kecik sampai berjanggut ni aku dengar soalan yang sama setiap kali tahun baru. Agak muak juga la. Someone please, sila tukar soalan itu... resolusi tahun baru? Hehe... modern sikit kan bunyinya. Aku masih ingat lagi, seorang guru masa aku di sekolah menengah dulu pernah bertanya, "siapakah anda 10 tahun akan datang?" Ada yang menjawab, doktor, model, businessman, peguam etc. Aku cuma menjawab "seorang lelaki moden yang masih mengekalkan nilai-nilai hidup yang konservatif". Agak berbunga-bunga jawapan itu, tetapi mendapat sorakan gemuruh lah pula dari kawan-kawan. Ya aku mengaku aku masih 'kampung' dalam sesetengah perkara, tetapi bukan bererti aku tidak mengikuti peredaran zaman. Bagi aku semuanya perlu seimbang. Bukan semua yang moden itu baik dan bukan semua yang konservatif itu buruk, dan begitu juga sebaliknya. Prinsip itu yang aku bawa hingga ke hari ini. Dan..ya, aku benci K-POP.

     Harapan aku semoga semuanya berjalan lancar tahun ini. Aku tak kisah jika hari-hari yang aku lalui seperti roller coaster ride sekalipun. Biarlah penat bekerja, asalkan masih boleh ketawa. Mudah mudahan tahun ini tahun keberuntungan buat kita semua.

     Dari segi kesihatan, rasanya beberapa kali jugalah aku demam tahun lepas. Entah, kenapalah aku tak seperti mak dan bapa aku yang sentiasa sihat dan punya antibodi yang kuat. Alhamdulillah. Semoga mereka sentiasa sihat hendaknya. Tapi setiap kali demam aku tahu apa puncanya. Hujan. Ya... mungkin aku perlu membawa payung setiap kali keluar rumah kerana aku adalah seorang yang terlalu sensitif pada air hujan. Tapi itu tidak mungkin berlaku. Huhu... apapun, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Semoga diberi kesihatan yang tip top sepanjang tahun.

ohh tidak...
     Dari segi perhubungan dengan kawan-kawan dan orang sekeliling pula, syukurlah tidak ada pergaduhan yang serius berlaku pada tahun lepas. Salah faham sikit tu biasalah. Diplomasi itu penting... dan bermaaf maafan bukanlah hanya pada hari raya aidilfitri sahaja.  Harap keadaan itu berterusan.

     Semoga kita semua berada di bawah lindungan yang maha Esa. PEACE!

"Bila nak kahwin?"

     Apa? Kahwin??? Satu lagi soalan yang aku tak tahu nak jawab apa. Jodoh itu rahsia tuhan. Ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada... aku redha. Macam pasrah jer bunyinya kan. Macam skrip drama TV pun ada. Huhu...
  
     Ayat di atas seolah-olah aku ni tak laku lah pula. Bukan tak ada yang datang mengetuk pintu hati (cehh), cuma aku perlu memilih untuk kebaikan diri sendiri. Ha... jawapan ni ala-ala berlagak lah pula. Siapalah aku untuk memilih dalam soal jodoh. Ok sebenarnya aku tidak ada jawapan untuk soalan ini. Aku sedar tuhan tidak akan turunkan jodoh yang baik dari langit. Maka kita perlu mencari.

     Mencari... adakah ini salah satu azam tahun baru aku tahun ini? Entri ini terhenti di sini.



2 comments:

  1. jodoh tu boleh datang tiba2 xkira masa dan tmpat..ada saja caranya kan. berdoalah hehe.. :) *peace.

    ReplyDelete