Sunday, February 10, 2013

Hey Minah!

  
     Akukah Juwita itu?

     Bukan. Aku bukan juwita itu. Hehe... aku nak cerita pasal novel 'Akukah Juwita?' sebenarnya.


     Dilema, dilema, dilema. Hidup adalah satu permainan yang memerlukan kita untuk memilih. Pilihlah dengan bijak untuk menang. Seperti kata pakcik Poweroot suatu ketika dahulu... "saya menang mottoor..."

     Hidup MINAH BINTI TEMON sentiasa dibelenggu dengan dilema. Minah bertuah kerana walaupun dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak kampung yang sederhana, dia menjadi rebutan lelaki-lelaki kacak semalaya. Untung Minah, cinta datang dengan sendiri tanpa perlu dia bersusah payah mencari. Terserah padanya, tinggal pilih.

     Tetapi tidak semudah ABC. Minah bukan perempuan keberet... eh silap... Minah bukan perempuan yang mudah alpa. Walaupun menjadi pujaan lelaki-lelaki ganteng, dia tetap dengan prinsip hidupnya. Soal hati bukan perkara main-main baginya. Pada Minah, suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. 

     Novel ini adalah tentang 'journey' Minah, dalam mencari erti cinta sebenar. Antara beberapa orang lelaki yang menagih cinta Minah, siapakah yang berjaya menambat jiwanya? Benar, cinta perlu ada mutuality. Tapi kadang benci juga, boleh bertukar menjadi suka dan seterusnya cinta. Jadi berusahalahh. Chewahhhh...

     Pusing-pusing ke mana pun, jodoh tetap di situ kalau sudah tersurat. Walaupun lelaki yang berjaya mencuri hatinya dalam cerita ini, bukanlah 'pilihan' aku (aku lebih suka jika dia memilih yang sorang tu), tapi itulah istimewanya novel ini. Realistik dan tidak straightforward. Minah terpaksa mengharungi banyak rintangan dan lelaki yang menagih cintanya juga sanggup berjuang demi cinta.

     Perlu diingatkan, ini bukan cerita cinta sendu (walaupun ada juga bahagian-bahagian yang sedih). Bagi peminat-peminat novel sedih, ini bukan novel untuk anda. Novel ini sangat kelakar ya. Sebab itulah aku menyukainya. Biasanya aku akan membaca buku di tempat kerja selepas selesai menyiapkan semua tugasan (sementara menunggu masa untuk pulang ke rumah), dan membaca novel 'Akukah Juwita?' ini buat aku happy dan terrelease (haa..bahasa apa ni?) segala tension dan stress bekerja. Beberapa kali juga aku tergelak sorang-sorang membacanya. Kredit untuk penulis novel ini, Rina Farizq. Tak rugi membaca novel Melayu yang berkualiti.

     Aku suka. 5 bintang untuk novel ini. Unputdownable.

     Ok, nak sambung baca novel bahasa Inggeris. Ughh, siapa pula yang call ni, nak ajak aku keluar la tu...................



10 comments:

  1. wah! macam syok je. suke novel-2 lawak ni plus cintan sikit. hehe...tapi dah lama tak beli novel. huhu

    ReplyDelete
  2. :-) saya pun dah bertahun tak baca novel

    ReplyDelete
  3. Elfarahin & Murni, tak apa... ada masa bacalah. Saya pun tak banyak masa terluang sangat...tp sebab minat, saya cuba cari masa untuk membaca.... curi-curi masa jer.. hehe...

    ReplyDelete
  4. menarik novel ni, kna cari lpas ni.

    ReplyDelete
  5. salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

    ReplyDelete
  6. Cute la sangat kan. Haha... Okay thanks.... will do...

    ReplyDelete
  7. Jarang baca novel melayu. Biasa baca english novel...novel2 james patterson, jodi picoult..i love reading, semua saya baca, newspaper, magazines..even cosmopolitan, cleo, harpersbazaar, vogue pun sy baca. Dan comics juga.

    ReplyDelete