Sunday, December 15, 2013

Tak Ada Beza Pun


Di Maju Junction Mall minggu lepas...

     Aku ditarik. Ya... aku ditarik oleh seorang salesgirl yang gigih mengedarkan leaflet di pintu masuk. Leaflet tu kira macam 'perangkap' lah. Sesiapa yang menyambut leaflet tersebut dari tangannya, pasti akan ditarik ke stall yang menjual krim kecantikan berdekatan dengan pintu masuk. Aku lihat berpuluh-puluh kotak yang mengandungi krim kecantikan itu tersusun rapi di atas meja.

     "Saya nak cepat ni..."
     "Sekejap saja abang. Tengok dulu, tak beli tak apa..." katanya lalu menarik tangan aku.

     Ughhh...

     "Krim ni bagus untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit... bla bla bla... tidak ada bahan kimia yang bahaya... bla bla bla..." bebel salesgirl krim kecantikan itu sambil menyapu-nyapu krim itu di belakang tapak tangan kanan aku. Sangat awkward rasanya. Dia ni tak rasa bersalah ke pegang-pegang tangan aku, bukan muhrim wehh, sempat aku bermonolog dalam hati. Sebagai seorang lelaki yang masih teruna (cewahh), aku kurang selesa dipegang-pegang dan diusap-usap seperti itu. Dan sebagai wanita yang bertudung, dia sepatutnya peka tentang itu. Tapi aku biarkan saja, demi memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keberkesanan produk itu. Mungkin perkataan 'professionalism' boleh dipakai dalam situasi ini. Tapi bukan isu itu yang aku mahu bincangkan di sini.

     Selepas beberapa saat tangan aku disapu dengan lembutnya, agak-agak krim itu sudah rata dan kering pada kulit aku, dia mula menyental-nyental pula dengan kuat menggunakan ibu jarinya, di tempat yang sama. Pelik. Apakah yang cuba dibuktikan di sini? Krim yang sudah melekat rata di tangan aku itu tertanggal semula dan menghasilkan 'effect' yang kelihatan seolah-olah seperti kulit mengelupas...

     "Nampak tak kulit mati dah tertanggal. Nampak tak abang?" tanyanya dengan mimik wajah konfiden. Ya, aku nampak permainan kau kat situ.  Dia menyambung lagi, "Sekarang abang cuba bandingkan dengan tangan kiri abang. Nampak lebih cerah kan?"

     Aku lunjurkan kedua belah tangan di hadapannya. "Eh?  Tak ada beza pun. Sama aja... " kataku. Ada nada sinis di situ. Ya, memang jelas sekali. Langsung tak ada beza. Dia terpinga-pinga buat seketika.

**Bunyi cangkerik**

     "Erm... sebenarnya, krim ni TIDAK mencerahkan tapi lebih kepada menghaluskan kulit. Sebab tu lah tak nampak perbezaan. Kalau disapu selalu, kulit abang akan jadi lebih lembut lagi," jelasnya lagi. E'eh... boleh pula tukar-tukar statement ya. Padahal dah terang-terang tertera kat leaflet itu...

 
     "Cuba try kat muka pula."

     Oh tidak. Not on my face. Tidak sama sekali akan membiarkan wajah aku dikesat-kesat olehnya.

     "Tak apa, tak apa. Saya nak cepat ni. Saya ambil satu... "
     "Satu aja? Ambillah sekotak abang."

     Hmm... selepas menyaksikan demonstrasi yang 'kurang berjaya' itu, do you really expect me to buy a dozen??? Barangkali orang lain akan berlalu dari situ tanpa membeli. Aku beli juga satu, sebagai tanda terima kasih. Dah berbuih-buih bercakap, tak sampai hati pula aku nak pergi macam itu saja. Aku nampak usahanya menjual produk itu walaupun tidak meyakinkan.

     Jangan salah sangka. Entri ini bukan untuk condemn produk itu. Malah aku tidak menyebut pun jenamanya. Aku tidak pernah prejudis terhadap produk buatan Malaysia. Malah pada pandangan aku ada juga produk tempatan yang lebih bagus daripada produk import. Mungkin produk itu bagus, tapi aku percaya proses pencerahan kulit itu tidak akan berlaku dalam beberapa saat sahaja. Walaupun begitu, mengapa dia tidak perjuangkan saja kata-katanya bahawa produk itu benar-benar mampu mencerahkan kulit?

      Aku menarik satu persoalan di sini, bagaimana mahu meyakinkan orang, jika kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita 'perjuangkan'? (Soalan ini agak universal).



P/S: "You can't convince people, if you can't convince yourself." ~dialog dari filem Cry Wolf



11 comments:

  1. kalau saya dari jauh dah nampak diorang, awal2 elak..hehe...

    ReplyDelete
  2. Entrance yang lagi satu jauh...malas nak berjalan...huhu...nak tak nak terpaksa lalu situ...

    ReplyDelete
  3. Haishh..macam ni punya salesgirl pun ada ke.. biasa yg ada tu just tahan kita je. Ni sampai main tarik2..kalau dgn suami sy yg garang tu mmg sah kena jerit..hihi

    ReplyDelete
  4. Suami yang jerit atau ctfand yang jerit melihat situasi itu? Haha.... Gurau ya...

    ReplyDelete
  5. auuww..sukanya dibelai2 lembut cmtu..mehmeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula lembut la...lepas tu bertukar kasar...haha...

      Delete
    2. ye la..geram awk xbeli sedozen..sental je la..

      Delete
  6. ya.. it true.. kalau penjual tu pun x mampu buat kita terpikatt dgn produk dia jual, bila kita tanya dia terkial2 nak jawap..bagimna pelanggan nak beli..
    selalu jadi situasi mcm ni..jual produk..lpas tu suka hati ltak kat tangan..dah x mintak kbenaran.. kalau kena yg jenis warak..mcm mana..
    klau dia sendiri x yakin dgn produk dia jual..mcm mana kita nak beli? senang je kalu produk tu x bgus mana pun..tapi kalau pandai caranya memujuk.. mesti org akan tertawan ::)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Penjual kene buat homework dulu la sebelum nak jual tu... Hehe... Entah-entah dia sendiri pun tak guna produk tu...

      Delete
  7. yups, mustahil bole cerah dalam mase yang singkat.. so, peniaga macam ni kene terangkan dengan jelas.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kalau tak jelas nanti orang blur plak...

      Delete