Tuesday, April 15, 2014

Entri Emo Loh Pulokk...


     Lama betul rasanya aku tidak menulis di blog ini. Bukan tidak peduli, tapi semangat untuk menulis sedikit terganggu. Secara jujurnya (yang aku tidak pernah ceritakan sebelum ini), salah satu sebab aku mula berblog dulu adalah kerana ingin melupakan sesuatu. Dengan kata lain, blog ini tercipta di atas dasar 'rindu dendam'. Ya, mungkin berbunyi 'kurang ikhlas', tapi aku anggap menulis blog sebagai terapi buat aku untuk memulihkan semangat aku yang hilang (selain berdoa kepada Tuhan).

     Kini, tahun ini, perkara yang hampir sama berulang lagi. Walaupun mungkin situasinya sedikit berbeza, tapi cukup untuk membuatkan aku tertekan. Puas aku memikirkan cara untuk menghentikan rasa ini. Menulis blog bukan lagi 'penawar yang mujarab' bagi aku. Aku sedar aku harus mencari alternative lain supaya focus aku pada kehidupan tidak terganggu. Sungguh, aku rindukan diri aku yang dulu, yang sentiasa riang dalam apa jua keadaan. Ini bukan aku.

La Hawla Walaa Quwwata Illa Billah
Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah s.w.t.
     Ya, hidup bukan mudah. Tapi kita masih ada tuhan. Hanya Dia sebaik-baik tempat mengadu. Bukan Facebook, bukan Twitter, bukan blog. Don't worry, I'm getting better. Dan aku akan teruskan berblog, kerana dari blog lah aku kenal ramai kawan baru. Why should I quit?