Ini cerita Ahad lepas sebenarnya. Dek kerana terlalu bosan duduk di rumah dan tiada mood untuk keluar berhibur kerana kurang sihat terkena hujan, aku pun meluangkan masa memindahkan gambar-gambar dari kamera kompak aku ke dalam laptop. Bila melihat gambar-gambar yang terkumpul itu, tiba-tiba idea datang, "baik aku buat header baru untuk blog..." Sudah terlalu lama meninggalkan bidang rekaan grafik, kira nak test power lah ni. Hehe... menggunakan software Photoscape, inilah hasilnya...
Ini sajalah yang aku mampu lakukan untuk mencantikkan blog aku. Nak buat yang canggih-canggih macam orang lain aku tak pandai sangat. Risau juga masa nak tukar tu, takut kalau-kalau orang kata aku narsis
*.
"Over ke?" aku tanya pada kawan baik aku, Ayesha Mansor.
"No lah, it's okay. Trust me..." jawabnya. Oh well, semua orang yang sihat sememangnya ada sedikit sifat narsisme dalam diri mereka. Lantak lah, narsis atau tidak, kita memang harus mencintai diri kita dulu sebelum mencintai orang lain. ;-) Biarlah muka aku terpampang di situ, agar bila pembaca membaca entri-entri aku, mereka dapat membayangkan bahawa aku sedang bercerita di depan mata mereka. Tu diaa... Tujuan aku cuma nak mencantikkan blog saja, sebenarnya.
*Narsis: Mencintai dan mengagumi diri sendiri. Contoh paling ketara pada masa kini adalah selfie. Hehe...
Sebelum ini aku menggunakan gambar di atas sebagai header. Memang mengundang banyak pertanyaan. Ada juga kawan yang pernah kata,
"Apasal kau guna gambar ni? Tak menarik langsung. Gunalah gambar yang rare* sikit..." Aku sendiri tak pasti apa definisi rare menurut pandangannya. Tidak cukup rare lagikah gambar ini? Lol! Mungkin aku patut berpakaian pelik seperti Lady Gaga untuk kelihatan lebih rare. But that's not going to happen. Anyway, gambar ini diambil sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2012. Diambil secara candid oleh kawan aku yang sedang menunggu giliran untuk digunting rambutnya juga. Sengaja aku memilih gambar ini untuk dijadikan header, kerana aku sukakan gambar-gambar sebegini, yang 'jujur' dan tidak pretentious. Tidak ada sebab lain. Hehe... dan aku tak tahu kenapa muka aku kelihatan agak 'angry' dalam gambar ini....
*Rare: Luar biasa
Ini pula adalah header aku yang terawal sekali, sewaktu mula-mula berblogging dulu. Agak klasik di situ. Ada kawan yang kata
"macam pahlawan dulu-dulu". Erm... pahlawan dulu-dulu tak pakai jam tangan dan songkok rasanya. Mereka pakai tengkolok kot. Aku lebih suka kalau orang kata,
"macam gambar zaman P. Ramlee". Ya, mungkin songkok itu perlu lebih tinggi lagi. Hehe...
Bagi aku, cara seseorang blogger itu 'menghias' blognya melambangkan personalitinya. Aku sukakan sesuatu yang simple dan tidak berserabut. Perubahan yang dibuat bukan saja untuk menarik pembaca tetapi juga untuk membuatkan diri sendiri merasa tidak jelak melihat blog sendiri. Sayangilah blog anda. Hehe. Ohh... dan aku harap selepas ini aku akan lebih banyak menulis entri-entri baru.
What do you think guys? Ok ke header baru tu? Komen sikit... ;-)
Kangkung? Huh... I prefer kacang botol... (tetiba)
P/S: Missing someone...