Thursday, January 2, 2014

Asrama Saaana Sabah

 
SELAMAT TAHUN BARU 2014
Jadikan tahun ini penuh makna!
 
 
 

     Sudah lama aku perhatikan novel ini di kedai buku. Gambar muka depan memang menarik dan nampak spooky di situ. Tapi, bila membaca sinopsisnya, aku terbayang filem Histeria, yang dilakonkan oleh Scha Al Yahya dan Liyana Jasmay. Lantaran itulah pada awalnya aku memutuskan untuk tidak membeli novel ini kerana cerita-cerita 'sekolah berhantu' sebegitu amat membosankan bagi aku. Sehinggalah pada suatu hari, sedang asyik chatting tentang buku bersama blogger, kak Ogy di laman Facebook, dia ada menyebut tajuk novel terbitan FIXI yang satu ini... ASRAMA. Suspen, katanya. Ohh aku memang suka cerita-cerita yang suspen. Lalu aku pun pergi ke kedai buku beberapa hari selepas itu dan membeli novel ini. Semangat tuu...

     Secara ringkasnya, novel Asrama ini mengisahkan tentang Dahlia yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan berpindah ke sekolah baru. Di sini dia berkenalan dengan kawan baru, dan menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama yang tipikal. Namun dia sedikit terganggu dengan kejadian-kejadian aneh dan mistik yang terjadi ke atas dirinya. Tanpa dia sedari, kesemua gangguan itu adalah petunjuk kepada suatu pembongkaran kisah silam.

     Satu persatu kejadian-kejadian pelik yang dialami Dahlia membuatkan pembaca terus menerus ditebak rasa ingin tahu dan mula membuat konklusi awal. Ditambah lagi dengan kemunculan watak-watak misteri yang sesekali muncul, bukan saja membingungkan Dahlia tapi juga pembaca sendiri jadi pusing. Oh tidak, bukan maksud aku jalan ceritanya berbelit-belit macam awan larat, cuma sedikit tricky. Penulis berjaya membangkitkan keterujaan pembaca untuk terus menyelak helaian demi helaian untuk mnghabiskan pembacaan; tidak sabar untuk mengetahui kesudahannya.

     Novel ini berlatar tempat di Sabah. Sayangnya, bahasa perbualan yang digunakan untuk watak-watak di dalam novel ini tidak menggambarkan yang mereka tinggal di negeri Sabah. Kalau tidak silap aku, cuma ada satu ayat saja di dalam novel ini yang terselit perkataan 'bah'. Jadi untuk mengatakan penceritaannya berlatarbelakangkan negeri Sabah, di mana signifikannya (selain daripada menyebut nama-nama tempat yang common di Sabah)? Apapun, itu tidak mencacatkan jalan ceritanya. Tidaklah penting sangat pun untuk watak-watak itu semua didialogkan ikut slang orang Sabah. Barangkali penulisnya, Muhammad Fatrim, mahu pembaca fokus sepenuhnya pada jalan cerita. Kalau terlalu banyak 'bah' nanti, jadi terlebih humor lah pula, tenggelam elemen paranormalnya. 3.5 bintang.

     Hmm... bercakap tentang slang Sabah, teringat mesej dari kawan yang dihantar melalui whatsapp siang tadi...


     Kalau boleh semua ayat kau nak letak 'ba' kat belakang. Farid, kau failed cakap Sabah... LOL!


P/S: Semoga semuanya sukses di tahun baru ini! XOXO





10 comments:

  1. selamat tahun baru...aku jenis tak baca novel tapi baca sipnosis jer nampak macam menarik jer...klik inti sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... sinopsis belakang buku tu penting... kadang-kadang novel tu bagus tp sinopsis kurengg... tu sebab orang tak nak beli...

      Thanks Azlan Strider! :)

      Delete
  2. aku suka cakap dengan orang dengan perkataan bah dia kahirnya..hahaha. Dulu rajinlah baca novel masa duduk asrama sekarang macam dah jarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kawan dengan orang sabah ni... Hehe...

      Delete
  3. Bestkan..pening sket jln ceri..kalau dikemaskini lagi...lagi seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga... Hehe... Ada satu part tu yang buat Jee meremang... Tapi dah lupa part mana...satu part tu jer...tp jalan cerita boleh tahan la...

      Delete