Monday, February 10, 2014

Jumpa Frankenstein Di Putrajaya


     Aku jalan-jalan di Putrajaya pada cuti Hari Wilayah baru-baru ini bersama kawan (classmate masa di kolej dulu) yang sudah lama tak berjumpa. Alang-alang berada di Putrajaya, singgah di Alamanda untuk menonton wayang. Tajuk filem yang aku tonton sangat cool. I, Frankenstein. Sila sebut dengan penuh bergaya ala-ala "Bond... James Bond."


     Berdasarkan novel grafik " I, Frankenstein " oleh Kevin Grevioux, filem ini mengisahkan tentang makhluk Frankenstein yang bernama Victor Frankenstein/Adam yang berhayat abadi, menjadi subjek pertempuran antara makhluk Gargoyles dan Demon (syaitan) dalam usaha untuk membongkar rahsia immortalitinya. Menampilkan Aaron Eckhart sebagai pelakon utama  (yang membawa watak Adam), filem arahan Stuart Beattie ini biasa-biasa sahaja bagi aku, tapi menghiburkan jugalah dan sesuai untuk tontonan keluarga, kerana tidak ada paparan yang melampau-lampau ganas dan aksi romance yang tidak perlu. Yang melampau-lampau cuma efek CGInya saja yang nampak seperti di'exaggerate'kan. Cheap thrill. Tak perlulah aku sebut nama para pelakonnya di sini sebab yang aku tahu hanya Aaron Eckhart seorang saja. Yang lain tak popular kot. Hehe... 3/5 bintang untuk filem ini.


     Sedikit info, makhluk Frankenstein sebenarnya telah dipopularkan oleh penulis novel klasik Mary Shelly.  Frankenstein, di dalam novel Mary Shelly adalah makhluk hodoh setinggi 8 kaki, yang tercipta melalui kaedah saintifik oleh seorang doktor yang kemudiannya menafikan kewujudan makhluk itu dan mengabaikannya. Makhluk menakutkan itu yang sama sekali tidak tahu siapa dirinya, merayau rayau untuk menagih kasih dan penerimaan orang, namun dia dijauhi oleh manusia yang takut dan ada juga yang berbuat jahat padanya. Akhirnya dia fed up lalu membenci manusia dan pergi mencari doktor yang mencipta dirinya untuk membalas dendam. Sedih dan tragiknya. Tapi rasanya cerita nukilan Mary Shelly ini lebih menarik dari filem I, Frankenstein itu. Just saying...



P/S: Lambat menulis entri tentang filem ini kerana aku terlupa. Adakah aku yang pelupa, atau filem ini tidak memorable. Huhu...


6 comments:

  1. Replies
    1. Sila baca di atas... Hehe... Average saja sebenarnya.

      Delete
    2. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di 🐣PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL🐣

      Delete
  2. Makhluk dlm novel klasik Mary Shelley sebenarnya tak ada nama. Nama saintis yg menciptanya itu Victor Frankenstein. Tetapi lama-kelamaan nama tersebut menjadi sinonim dgn makhluk tu. Emm, belum tgk filem 'I, Frankenstein lagi'. Thanks for the review, nanti nak cuba tgk bila free ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul... orang memanggil makhluk itu Frankenstein sempena nama penciptanya, seorang saintis, Dr. Victor Frankenstein. Pernah baca novel tentang Frankenstein masa zaman sekolah dulu, tapi bukan versi Mary Shelly. Nak juga cari the original version. Thanks singgah blog saya, Lonely Scorpio Girl. :)

      Delete
  3. apa kaitannya makhluk tu ngan Elbert Einstein??

    ReplyDelete