Monday, February 17, 2014

LEGO dan Kawanku Yang Awesome

 

     The Lego Movie, adalah filem terakhir yang aku tonton di pawagam bersama kawan baik/movie buddy, sebelum beliau berpindah ke Sabah atas tuntutan kerja. Sedih. Am I being too dramatic here? Ya, maybe. Macamlah aku tak boleh tengok wayang dengan orang lain kan selepas ini? Tapi, kawan yang baik adalah kawan yang mampu memberi impak kepada sesebuah persahabatan itu. Anda akan terasa kehilangannya, apabila tidak ada lagi orang yang akan menceriakan hari-hari anda. Kalau anda punya kawan baik, anda tahu bagaimana rasa berpisah dengannya. Kalau tidak, anda memang tidak punya perasaan. Oleh itu, aku dengan sukacitanya ingin menganjurkan peraduan...

'WHO WANTS TO BE MY NEW BFF?'
(tetiba)
 
     Just kidding. Lol! Jee Fairuz, kau ingat kau Paris Hilton?! Jangan risau sahabatku, dengan siapa pun aku keluar dan menonton wayang selepas ini, kau takkan ada pengganti. I love you my friend. Wish you all the best! We'll meet again someday. Itu pasti!
 
     Okay, tak banyak yang aku mahu ceritakan tentang Lego Movie ini. Penonton tahu kenapa mereka memilih untuk menonton filem ini. Lego Movie adalah sebuah tontonan ringan yang bagi aku tidak perlu dikritik kerana filem seperti ini sememangnya bertujuan untuk menceriakan penontonnya.  Tidak ada apa yang 'wrong' dalam filem ini. Ceria-ceriakanlah diri menontonnya dan ketawalah bersama dengan keluarga dan teman tersayang.

     Filem animasi The Lego Movie mengisahkan tentang Emmet, minifigure LEGO yang tersilap dianggap sebagai Master Builder yang hebat dan  berupaya untuk menyelamatkan dunia. Bersama-sama dengan minifigure LEGO yang lain, Wyldstyle, Batman etc., mereka berusaha untuk menghentikan perbuatan kejam President Bussiness ke atas dunia LEGO. Perjalanan mereka yang kurang persediaan itu mengalami pelbagai rintangan dan kejadian yang melucukan. Klik SINI untuk trailer The LEGO Movie.
 
 
ANYBODY CAN LOVE YOUR LOOKS,
BUT IT'S YOUR HEART AND PERSONALITY
THAT MAKES SOMEONE STAY WITH YOU.


 

6 comments:

  1. Apa qualification nk msuk peraduan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di 🐣PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL🐣

      Delete
  2. Apa qualification nk msuk peraduan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti nak tau sangat ni sampai tanya dua kali? Hahaha... gurau jer la tu...

      Delete
  3. belum tengok lagi movie ni, sejak akhir2x ni jarang tengok movie sebab tak ada member teman. Pergi sorang biasanya kalo tengah tension. haha. siapalah bff baru tu nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la dengan keluarga dan anak-anak buah... budak-budak mesti enjoy tengok filem ni... haha... bff baru? susah nak cari kawan macam dia... ko pun kawan aku gak kan Bahrain? hehe...

      Delete