Wednesday, October 17, 2012

Bye For Now...


Balik KL hari ni. Berat hati nak balik, tapi nak buat macam mana... kerja. Seronok kat Labuan. Walaupun aku tak berjalan sangat kat sini, tapi rasanya quality time itu ada. Kat sini aku banyak habiskan masa di rumah jer dengan family, spend time dengan parents dan anak buah. Yelah, aku kat sini bukan lama pun, 6 hari jer. Luangkan sebanyak masa yang ada untuk family. Bukan selalu balik kampung kan, lain la kalau kampung aku ni dekat boleh balik tiap-tiap bulan...

     Aku sempat juga jalan-jalan ke pasar tani Ahad lepas, yang dibuka pada hari minggu sahaja. Nak cari ole-ole untuk dibawa pulang ke KL. Hmm... tak tau nak beli apa. Kawan-kawan sekerja kat KL pesan "beli lah apa-apa aje... makanan pun ok gak". Hmm... nak beli apa ek?

hmmm durian? haha... tak boleh bawa masuk kapal...
motif nak beli bunga... huhu...
hmmm....
nice... but no...next...
ikan masin...
Wahh.. macam bazaar Ramadhan pula rasa...
wahh seksi...

     Hmm... jumpa juga... akhirnya aku decide nak belikan kuih cincin untuk kawan-kawan di KL... ada la dalam 6 packet aku beli... kat KL setahu aku tak ada kuih ni...

kat semenanjung takde kuih ni... hehe...

     Sebelum balik ke rumah selepas misi mencari ole-ole di pasar tani, singgah sekejap ke satu-satunya shopping complex di labuan... Ujana Kewangan.

Ujana Kewangan aka. Financial Park
     Ini bukan Pavillion. Anda tidak akan jumpa butik-butik mewah seperti Louis Vuitton atau Zara di dalam ini. Tapi kedai duty free senang nak cari.





Anak buah... Danish...

Danish lagi...

The adventure of Danish continues...

     Meanwhile...

Bapa relax dengan kerusi urut

Dan semalam ajak mama dan bapa makan malam kat restoran tepi laut, Mawilla Yacht Club. Best makan sini, rasa sejuk jer... bukan sejuk sebab aircond, sejuk sebab angin laut, penghawa dingin semulajadi... membuatkan selera makan makin bertambah.

Mama & Bapa

Antara lauk yang diorder malam tu... ketam masak apa ntah aku pun tak tau... aku bukan makan sangat ketam, tapi malam tu aku melantak la jugak... sedap!
Itu adalah antara kenangan aku di Labuan. Nak tulis semua di sini nanti jadi berjela-jela pula entri ni. Apapun aku happy di sini. Kalau boleh nak lama lagi.


Bumi Allah itu luas, rezeki ada di mana-mana. Carilah. Goodbye for now... Labuan.

Friday, October 12, 2012

I Got A Feelin'...


Hmm... sampai jer kat Labuan dah rasa semacam. Lain betul suasana kat sini. Walaupun baru setahun lebih tak balik Labuan, tapi perbezaan 'ambience'nya begitu ketara. Sangat kontra dengan hiruk pikuk KL! Tenang. Ok... good! Kesimpulannya, tak perlu pegi jauh-jauh... kat kampung halaman sendiri pun boleh tenangkan fikiran ape... bazir duit jer gi Paris, Japan, Taiwan etc.Winter Sonata la sangat kan... (no offence!)

Labuan Airport

Dari airport... minum-minum di Restoran Seri Malindo...

Sampai rumah... terus tido...





Thursday, October 11, 2012

Untuk 6 Hari Sahaja



Done packing!

Nak kemana aku ni? Nak lari dari rumah ke? Hahaha... balik kampung. Dah lama tak balik, rindu rasanya dengan suasana di Labuan, dengan family dan rindu untuk kembali menjadi diri sendiri. Erk... adakah aku bukan diri aku sendiri selama ini? Alter ego mungkin. Ok, let's balik kampung!


Monday, October 8, 2012

Universal Soldier, bukan Miss Universe



Menonton wayang dengan kawan hari ini...

     "Ko nak tengok citer apa?"

     "Apa-apa aje la... asalkan bukan citer melayu..." Oops... jangan salah sangka dulu. Aku bukan prejudis dengan filem-filem melayu. Cuma aku cuba elakkan menonton cerita-cerita ringan yang bagi aku 'not worth every penny'. Filem-filem seperti Embun, Puteri Gunung Ledang, Bunohan etc, aku boleh tonton di pawagam. Filem-filem komedi ringan, tunggu raya sure keluar kat TV.

     So filem apa yang aku pilih?


     Ya... Universal Soldier: Day Of Reckoning. Why? Sebab ada Van Damme, one of my favorite action star. Tapi tak banyak pun scene dia dalam filem ni. Pelakon lain, Scott Atkins (memegang watak utama yang bernama John) dan Dolph Lundgren. Scott who???

      Intro jer dah ganas. Babak bunuh yang sangat mengerikan. Itu baru intro belum lagi the whole movie. Inilah kali pertama aku begitu teruja menonton keganasan di layar perak. Rasanya filem SAW lebih ganas kot, cuma ada babak-babak dalam filem SAW yang aku tak sanggup nak tonton. Tapi untuk filem ini, mata aku 'menerima' semuanya, tanpa perlu mengalihkan pandangan dan berpura-pura melihat jam tangan atau handphone. Babak-babak ganas dalam filem ini begitu berseni sekali... erkk... definitely not for kids. Kalau anda ingin lihat teman wanita anda terjerit-jerit dengan gediknya di dalam pawagam, inilah filem yang sesuai ditonton.

     Sedikit sinopsis filem ini, copy dari Wikipedia (sorry, aku malas nak translate..huhu)...

John (Scott Adkins) awakens from a coma to discover his wife and daughter were slaughtered in a brutal home invasion. Haunted by images of the attack, he vows to kill the man responsible: Luc Deveraux (Jean-Claude Van Damme). While John tries to piece his reality back together, things get more complicated when he is pursued by a relentless UniSol named Magnus (Andrei Arlovski). Meanwhile, Deveraux and surviving UniSol Andrew Scott (Dolph Lundgren) are preparing to battle anarchy and build a new order ruled by Unisols without government oversight. They are weeding out the weak and constantly testing their strongest warriors in brutal, life-and-death combat. Luc has emerged operating the Unisol Church of Eventualism, taking in wayward Unisols whom the government has been secretly operating as remote-controlled sleeper agents. His mission is to liberate these Unisols from the implanted memories and the lies the government has inserted in them. As John gets closer to Deveraux and the rogue army of genetically enhanced warriors, he discovers more about himself and begins to call into question everything he believed to be true.


      "Ko saja nak takutkan aku ek Jee? Ngeri doww... " kata kawan aku.



P.S.: Sedap betul English accent pelakon utama Scott Atkins...



4 bintang


     

Friday, October 5, 2012

'Skema'ism



"apsal bahasa ko dalam ni skema sangat? Ko nak tulis cerpen ke apa? Patut la takde orang nak subscribe..." kata seorang kawan setelah dipaksa oleh aku untuk mengkritik blog ini. Ohh peluang untuk mengkritik itu dimanfaatkan dengan baik sekali, sungguh jujur dia...

     'Biarlah... bukan blog nenek ko... blog aku..' ikutkan hati memang nak cakap begitu, tapi tak tergamak pula memandangkan dia kawan baik aku dan aku sendiri yang minta dikritik. Hahaha...

     "... err ok... aku akan cuba untuk tidak skema dan lebih relax dalam penulisan... "

     Bukan apa, aku tak nak la nanti dikata merosakkan bahasa. Jadi aku memilih jalan selamat untuk tidak menggunakan bahasa SMS di dalam tulisan aku. (No offence!) Erm... sikit-sikit boleh kot... hehehe...

     Segala kritikan (membina) amat dialu alukan... terima kasih...


P.S.: Happy World Teacher's Day...


Gambar sekadar hiasan semata mata








Tuesday, October 2, 2012

Abang Bunga

     
Cynara... bunga 'jantan'...

    
     "...abg bunga, kat sini pun letak bunga juga ya..."

     E'eh! Bila masa pula aku tukar nama. Sesedap rasa aje panggil aku dengan nama tu. Haha... aku dah biasa sebenarnya. Aku tak ambil pusing pun. Cuma sedikit terkilan dengan pandangan prejudis mereka yang beranggapan kerja yang aku buat ini hanya sesuai untuk kaum wanita dan golongan lelaki lembut. No offence!

     Whatever lah yer. Pada aku kerja aku sangat cool. Walaupun kadang-kadang, rasa nak termuntah pula tengok bunga. Ya lah, dah menghadap benda yang colourful hari-hari. Tapi aku enjoy dengan kerja aku. Kalau kita suka apa yang kita lakukan, ia bukan satu beban lagi buat kita.
     
     Teringat seorang teman yang bekerja sebagai jururawat lelaki/male nurse. Mungkin dia malu bergelar seorang jururawat kerana kerja itu dimonopoli oleh kaum wanita. Marah benar dia bila dipanggil nurse... habis tu nak panggil apa lagi?

    "...erm... pembantu perubatan okay! "

     Panjang sangat tu nak sebut. Ahh... itu pun nak malu. Male nurses are cool! Don't you watch Grey's Anatomy? E.R?

     "... err... Aku tengok Gerak Khas jer.... "

     Fine!

     Aku percaya Qada & Qadar. Dah Allah campak aku ke bidang ini. Aku terima walaupun bukan cita-cita aku yang sebenar. But there's always a positive side to everything.

     Ya... aku seorang penggubah bunga. Aku tidak kisah digelar Abg Bunga. Jangan mereka panggil aku Abg Rose atau Abg Orkid sudah...

P.S.: Pernah juga dipanggil Flowerman. Aku rasa seperti Superman ketika itu....



   

Monday, October 1, 2012

Ini Blog Aku


Bismillah...

Assalamualaikum...

    Umur makin meningkat. Macam-macam benda dah lama aku tak buat dan macam-macam benda juga yang aku tak pernah buat. Aku nak cari hobi baru. Maybe I should start blogging. Ya... blogging! Mungkin ada sesuatu yang berguna, yang boleh dikongsi bersama. Aku tak mengharapkan sesuatu yang 'grand' bakal terjadi kepada aku dengan adanya blog ini. If it happen, it happens. And if it doesn't... well, be it. Buat masa ni, aku nak puaskan diri sendiri dulu dengan menulis apa-apa saja topik... randomly. Dan mulakan semula apa yang tertinggal...

     Jika dilihat di dalam profile aku... 'start blogging: 2009'. Jangan confuse. Memang blog ini wujud dari tahun 2009 lagi. Tapi dibiarkan kosong. Tanpa tulisan. Hanya gambar hitam putih dengan initial JFJ menghiasi blog ini. Ya... ini idea seorang rakan sebenarnya yang menyarankan aku untuk memiliki blog sendiri. But that's just another story. Lalu aku mula create blog dan meletakkan gambar pada header. Itu saja la yang aku mampu buat masa tu. Terlalu sibuk dengan study dan seterusnya bekerja, berulang alik ke dari satu tempat ke satu tempat... sampai aku lupa pada blog ni. Dibiarkan saja begitu...

     Dan hari ini, aku cuba merajinkan diri untuk menulis, di dalam blog yang tidak seberapa ini... huhu. Password pun aku dah lupa, terpaksa buat password baru. "Arrgh! gambar apa ni!" reaksi pertama aku setelah berjaya membuka semula blog ini. Sudah tidak ada gambar lain agaknya masa tu, gambar itu juga yang aku pilih untuk diletakkan pada header... 

     Hmm... dah lama meninggalkan zaman sekolah, rasa kekok pulak nak menulis. Sedangkan menulis karangan adalah 'forte' aku suatu ketika dulu. Lantak la, bukan kertas Bahasa Melayu SPM pun...

     Sedikit tentang aku, nama aku Jee Fairuz Johari. Ini nama betul ya, bukan rekaan. Fauziah Latif (Jee) bukan penyanyi kegemaran aku dan tidak pernah sama sekali nak meniru nama glemer Fizz Fairuz.. Suka bersederhana. Meminat seni, wayang, fesyen, muzik. Aku seorang yang memiliki sifat pemalu yang semulajadi (cehh)... tetapi aku suka berdiplomasi, dalam keadaan yang memerlukan aku berbuat demikian. Aku tak banyak cakap, tapi banyak berfikir. Lain-lain tentang aku akan dihighlight secara tak langsung dalam entri-entri yang seterusnya.

     Jadi apa hubungannya foto mee goreng mamak di atas dengan entry ini? Terpulanglah pada interpretasi pembaca... (Sebenarnya nak test mengupload gambar... kebetulan itulah yang ada di depan mata sekarang). Huhuhu...

  
  2009... dah habis handsome la kot posing gini...