Sedang mendeposit cek siang tadi, tiba-tiba didatangi seorang wanita, tak perlulah dinyatakan dia berbangsa apa, dalam lingkungan 50-60an menadah tangan, meminta sedikit wang. Peminta sedekah? Pakaian ok jer. Cuma nampak lusuh aje sikit. Aku lantas memberikan isyarat tangan 'talk to the hand' sambil berkata ''sorry''. Dia berlalu pergi...
"Nak meminta minta lah pulak... nak duit pergilah cari kerja... " aku membebel dalam hati. Aku bukanlah seorang yang sombong, cuma mood aku tidak berapa baik tadi lantaran terlalu letih bekerja.
Selesai mendeposit cek, aku berpaling dan kelihatan wanita tua itu berdiri si satu penjuru berdekatan sebuah restoran. Aku lihat dia mengusap-usap matanya. Dia menangiskah? Aku berlalu dari situ. Beberapa langkah ke hadapan, aku berhenti berjalan... dan berpatah balik. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Rasa tak sedap hati. Aku berjalan menuju ke arah wanita tadi berdiri. Ohh dia masih lagi di situ, bersama-sama beg sandang dan payungnya. Aku menghulurkan sedikit wang padanya. Tangan kurusnya menggeletar menyambut wang itu.
"... terima kasih... terima kasih... "
Aku tersentuh. Sebak dalam dada. Aku merenungnya dalam beberapa saat. Tanpa berkata apa-apa aku terus meninggalkan wanita tua itu di situ.
Apa yang membuat aku berpatah balik tadi? Sedangkan kalau nak diikutkan, aku memang ingin segera pulang ke rumah. Ya, aku sangat penat... aku mahu berehat. Aku berpatah balik bukan semata-mata kerana mahu memberikannya wang, tapi kerana ada satu persoalan yang bermain-main dalam fikiran aku. Memang hidupnya sebegitu ke? Atau....
Di mana anak-anaknya?
No comments:
Post a Comment